Showing posts with label strays. Show all posts
Showing posts with label strays. Show all posts

Monday, June 15, 2015

"sunat" kucing??

Assalamualaikum.. Hujung bulan lepas, aku bawak budak dua ekor kat rumah aku ni pi "sunat". "sunat" tu bahasa senang untuk kembiri. tau tak ape tu kembiri? kembiri tu satu proses memandulkan haiwan.  kenapa memandulkan haiwan? tak kesian ke?....... ini soalan biasa yang aku dapat bila orang tau aku memang "sunat" kan kucing² aku. sebab aku ni sedar diri. aku tak mampu nak jaga kalau kucing banyak² kat rumah aku tu. nak senang faham, macam ni lah kan. manusia pun merancang dalam melahirkan anak, betul tak? ada yang merancang dengan pakai kondom la, pil perancang la, ada jugak yang terus ikat peranakan kan? sebab apa? sebab manusia berakal. kita boleh berfikir. boleh guna anugerah Allah bagi tu untuk rancang keluarga, tapi binatang tak berakal. kita lah sebagai khalifah kat muka bumi pinjaman Allah ni yang boleh nak bantu haiwan² ni. 

ni hah budak dua ekor yang aku hantar pi sunat.  ni gambar sebelum.. kalau korang perasan, populasi haiwan jalanan dah terlalu banyak kat luar sana tu. dari kita penuhkan rumah dengan anak² kucing yang baru lahir tu, kan ada baiknya kalau kita kutip & tolong kucing² atau anjing² terbiar yang merempat & tak cukup makan kat luar tu.  "alaaa... saya duduk rumah kampung, takde masalah la kucing nak beranak banyak²" ini benda yang dah biasa dah aku dengar. okay lah, beranak banyak², lebih kurang kucing kat kampung tu dah ada 20 ekor, cuba tanya diri balik.  mampu bagi makanan terbaik tak untuk diorang??? mampu ke nak rawat kalau 20 ekor tu sakit nya berjangkit sesama sendiri??? mampu ke nak bahagi kasih sayang kat yang 20 ekor tu??? mampu ke nak sediakan tempat selamat, tempat selesa untuk diorang tidur???? kalau mampu, Alhamdulillah. tapi kalau tak mampu??? secara tak langsung nya kite dah 'mendera' kebajikan kucing² tu tanpa kita sedar. betul tak? okay lah, berbalik cerita aku pi "sunat" anak bulus aku yang dua ekor tu. si Momo dengan si Polka. dua² nya aku rescue masa diorang ni kitten lagi. sekor dari kedai makan, sekor lagi dari bawah rumah dalam longkang. aku memang ada soft spot untuk kitten, bukan sebab diorang comel je tau, tapi sebab anak kucing ni belum cukup mahir lagi dengan keadaan sekeliling. sebab tu banyak anak kucing yang jatuh longkang tak pandai panjat balik la, kena lenyek kereta la, masuk enjin kereta la & macam² la. macam baby manusia jugak la kes nya. 

 
 ini video sehari selepas sunat.. tak sampai 24jam lagi ni. kenapa selepas aku upload video? supaya korang nampak "Terseksa" nya kucing aku kena sunat.
hahahaha.. takde lah. diorang dah back to their normal self dah. macam tak de apa² pun kan? 
jangan risau. kucing² ni okay je. kat rumah aku ni ada 11 ekor, alhamdulillah semua dah selamat kena sunat dah. aku ada 4 ekor kucing betina, 7 ekor jantan. semua sihat walafiat... alhamdulillah.. so ape korang tunggu lagi? hehe..
adios~~ 

Monday, May 18, 2015

Volunteer & sukarela. Apa tu?

Assalamualaikum...
selamat pagi Isnin..
nak meluah rasa kecewa pulak pagi ni. bukan sebab apa, sebab manusia² yang tak pernah cuba nak faham maksud sebenar SUKARELA.
Aku pernah cerita, aku join volunteering dengan NGO yang dipanggil SCRATCH f.k.a. Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. mungkin ada yang familiar dengan nama ni & mungkin jugak ada yang tak pernah tahu pun pasal SCRATCH ni.


SCRATCH ni satu pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan ROS  a.k.a Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kami bantu kucing² dan anjing² terbiar. Membantu dari segi apa?
memandangkan SCRATCH tak ada pusat perlindungan atau shelter, ramai yang keliru apa fungsi kami dalam dunia haiwan jalanan ni.
SCRATCH menawarkan subsidi perubatan & subsidi pemandulan bagi kucing² dan anjing² jalanan.
tujuan subsidi perubatan diberikan adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan bagi rescuer²  kucing dan anjing terbiar di sekitar Malaysia. manakala tujuan subsidi pemandulan pula adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan di luar sana, ini secara langsung dapat mengurang kan kejadian yang tidak diingini seperti penderaan dan penganiayaan haiwan.
Mana SCRATCH dapat duit untuk pemberian subsidi ni?
kewangan SCRATCH mainly datang dari untung penjualan barang² SCRATCH seperti Tshirt, non-woven bag, rubber bracelet dan lain². selain dari untung jualan, sumbangan derma dari pengunjung secara terus di booth dan juga melalui no akaun Maybank persatuan SCRATCH.
tapi kenapa aku kecewa harini?


aku kecewa sebab ada manusia yang tak faham konsep volunteering. volunteer ni buat kerja tak berbayar, tak berupah. apa yang kami belanja untuk pergi dan balik event semuanya di atas diri kami sendiri. satu sen pun kami tak usik duit SCRATCH. makan minum semua kami tanggung sendiri. penat lelah kami tak siapa pun ambil peduli tapi kami pun tak harapkan apa². dapat jual merchandise dan donation ada yang masuk untuk anak² bulus terbiar kat luar sana pun kami dah happy sangat.

kerja² mengendalikan page & email semua nya dibuat secara sukarela. nak diingatkan jugak, kesemua volunteer kami bekerja sepenuh masa. kerja dengan majikan. bukan kerja suka hati. bukan 24jam akan menghadap PC, bukan 24jam tunggu email masuk untuk direply.
kami manusia biasa. kami pun ada keluarga yang nak diuruskan. ada kucing² yang nak kan belaian. ada anak² untuk diberi makan. ada suami/isteri yang perlu dijaga.
tapi ada orang yang tak faham. bila lambat reply email, perli² kata kami ni tak efficient. kata kami lambat. bila post dekat wall kadang² terlepas pandang, dah mula nak kata admin tak peka. tak ambil peduli. LETIH. bila berdepan dengan manusia² selfish macam ni memang LETIH.
sumpah aku tak tipu.
nasib baik la kawan² yang sama volunteer ni semua nya kuat semangat. jiwa diorang sangat tough. diorang la yang buat aku kuat jugak. aku akan terus buat kerja ni selagi mampu.
toodles..
p/s: ada ke yang berminat nak jadi volunteer SCRATCH?
kalau berminat boleh email ke ktaj.volunteer@gmail.com
kalau ada yang nak apply subsidy pemandulan pulak,
email ke ktaj0311@gmail.com
kalau ada yang nak iklankan kucing untuk adoption atau tengah mencari kucing untuk adoption,\
boleh check-out KTAJ Online Adoption House
kalau yang belum follow SCRATCH main FB,
klik SINI.

Tuesday, April 21, 2015

Elli? Markonah? hah?

Assalamualaikum!
aku jumpa budak ni kat stesen LRT Sungai Besi, sekor² tanggal 10 Januari 2013.
mula² memang niat aku nak bagi makan je, macam yang biasa aku buat kalau aku jumpa kucing² terbiar ni.
tapi hati ni macam berat sangat nak tinggal budak ni kat stesen LRT tu. tak tau kenapa.
masa tu bigboss yang ambil aku kat LRT, aku dengan berat hati tu tinggal jugak budak ni kat situ tapi kejap je la.
kereta da sekerat jalan nak sampai rumah (tak jauh dari LRT), aku mintak bigboss patah balik.
die tengok aku, aku ulang lagi suruh patah balik.
nasib baik bigboss ni kuat melayan aku. IloveU hahaha.
jadi die pon patah balik ke stesen LRT tu dan aku pun angkut la si budak ni balik rumah aku.



ni gambar malam aku bawak balik die tu.
nampak macam berisi kan, tapi sebenarnya kurus. die berisikan anak dalam perut je.
itu antara sebab utama aku nekad bawak die balik jugak.
manja sangat. suka cium muka kalau kite dekatkan muka kite dengan muka die.

aku cerita dekat kawan² SCRATCH aku pasal budak ni, aku risau aku tak mampu nak tanggung kos rawatan & penjagaan die masa tu, jadi aku fikir nak carikan fosterer lain.
jadi salah sorang kawan aku offer nak tolong foster kan.
aku biasa panggil die BangBo je. 
jadi nya 2-3 hari kemudian, si budak ni dah beralih ke tangan BangBo.



ni masa agak baru sampai rumah BangBo rasanya. masa ni die masih okay.
BangBo bagi nama budak ni Elli.
lepas tu ade BangBo nak pegi travel mane tah, die mintak ada sorang hamba Allah ni jagakan sementara die takde, balik je BangBo dari travel ni perangai Elli da lain.
Elli jadi tak manja, agresif.
tak suka di pegang, tak suka di usap. lain nya dari Elli yang aku kutip dulu.
sibuk nak melarikan diri dari rumah.


ni hidung die luka dalam cubaan melarikan diri melalui tingkap.
haih Elli.. Elli..
Tuhan je yang tau kenapa kau tiba² berubah kelaku.
lepas tu, BangBo tukar nama Elli ke Markonah.
kononnya macam kes baby² manusia la, nama berat so anak asyik nangis je kan.
jadi Elli dah bertukar ke Markonah.
ajaibnya, lepas tukar je nama Markonah, die dah makin okay.
kurang sikit meroyan nya tu.


lepas dari tu, si Markonah ni semakin cantik.
nak nama melayu jugak la rasa nya. hahaha

Markonah, MiHo & Jojo (anak Markonah - RIP).




macam kucing kacukan kan? padahal asalnya dari tepi jalan je.


biar gambar² ni  jadi bukti, kucing terbiar pun boleh jadi lagi cantik dari kucing² yang dibeli tapi tak terjaga.


bila dah lawa macam ni, post dekat wall for adoption bukan main berlumba² nak adopt.
tapi nak bagi ke? sorry la. tu hanya nak test market je.
biasa lah manusia kan tamak, nak yang cantik je.
BangBo dah jatuh cinta dengan Markonah dan bercadang nak adopt terus si Markonah ni.
aku tak boleh bayang kan adopter yang lebih baik dari BangBo.
aku tak menyesal sikit pun kutip die dulu tapi aku akan terus senyum sebab Markonah dah happy dengan Apark kesayangannya.

semoga Allah murahkan lagi rezeki BangBo.

p/s>> owh aku ade cakap si Markonah ni pregnant kan masa aku kutip die? nanti aku cerita pasal anak² die pulak bila aku rajin.


Wednesday, February 6, 2013

hemsem nya awak!

ASSALAMUALAIKUM..
sesetengah dari korang mungkin tahu aku bekerja sambil belajar..
so hari ahad 2 minggu lepas aku pergi kelas macam biasa la kan, pastu dari tingkat 3 (kelas aku) boleh dengar bunyi kucing mengiau..
punya lah kuat.. bayangkan la dari bawah, die punya MEOW sampai tingkat 3 boleh dengar..
hati dah tak senang sebab selalunya kucing mengiau kuat sebab die cari sesuatu atau dalam kesusahan kan?
aku pun meng'excuse'kan diri aku ke bilik air kejap.
turun bawah carik budak mana yang mengiau tu..
ini diaaaa tuan punya suara....
hensem kan die??
tapi ganas.. main kasar.

die memang lapar. aku bagi makan. kemain lg melahap.
tapi kalau tengok dari badan + tahap kebersihan, macam ada orang jaga.
berisi badan die ni. bersih lagi. comot sikit² je la..
belek punya belek, betul² dekat hujung ekor budak ni ada putih sikit.
agak unik la. jarang jumpa kucing ada se-coe't kt hujung ekor cmni..
hehe
heeee... hensem sangat kannn????
kat atas ni semua gambar 27.1.2013..
yang kat bawah ni yang latest..
3.2.2013
ok.. serius! kucing ni masuk kelas aku pagi² buta, mengiau ikut suka hati je..
dah la lecturer tengah mengajar.
berlawan-lawan suara lecturer dengan suara si hemsem ni. hahahaha
lepas tu die senyap. aku ingat da keluar.
aku biarkan je la..
pastu lecturer tarik kerusi nak duduk, tapi tak jadi duduk sebab terkejut.
nak tau kenapa?
sebab.........

waaaakakakkaka...
sabor je la aku.. nasib baik la lecturer baik. 
lecturer aku tarik kerusi die, letak tepi pastu lecturer duduk kerusi plastik je.. 
hahahaha... hemsem...hemsem...
kemain nyenyak lagi..
lepas abes kelas, aku kejut die sebab nak bagi makan..
lajuuuuuu je ngikot.. mulut SubhanAllah.. bising!
hahahahaha....
lepas makan die da merayap entah kemana..
aku biarkan je la sebab ni tempat die kan.
masa pukul 2, aku nak masuk kelas lagi satu..
die datang lagi.. hahahha... aku angkat bagi tidur atas kerusi.
lepas tu die tak selesa kot, die turun tidur atas lantai.
kitorang jalan kan kelas macam biasa je la kan.
siap buat presentation bagai semua.
si hemsem ni?
xsedarkan diri.. tah pengsan ke ape. hahaha
sekali sekala je die pusing ubah posisi.
kitorang habis kelas baru die bangun tau tak??
tu pun sebab aku kacau.
kalau takkkkk... memang tak bangun lagi la tu.
pastu aku nak balik, die ikut je turun bawah.
sedeyy plak die macam nak cakap bye²
xpe lah hemsem, insyaAllah 17hb febuari ni kite jumpa lagi ok?
aku bawak wetfood untuk ko.. hehe
semoga ko dalam keadaan baik² je kat sana tu..
jaga diri!
till we meet again~
Wassalam......


Monday, February 4, 2013

ATTENTION CAT LOVERS!!!!!

assalamualaikum!
heee.. hari ni nak share pasal satu social networking page yang khusus untuk pencinta kucing!
gila excited masa mula² tau pasal web ni...
tadaaaaa~~
comel kan? comel kannnnnn???
heeeeeeeeee


jom lah join! die punya web ni lebih kurang macam instagram punya application..
lebih fokus pada gambar² rasanya..
tapi memang sangat bagus untuk menghilangkan tekanan.. 
sebab apa?
sebab banyaaaaakkkkkk sangaaaatttttt gambar nyeow yang tiut²!
macam ni.....
 aloloooo.. yang itam tu.. kemain lagi ye...
ni lagi....

heeeee... si tabby gemok belah lanan tu da kenapa tangan gaya saloma..
dan banyaaakkkk lagiiii....

haaaaa... camne? tergoda tak? kikiki
dah², jom klik link ni ramai²..
CATMOJI
masa nak mendaftar tu, catmoji akan kata korang kena di'invite' dulu baru boleh sign up.
jadi, tinggalkan je email korang kat situ.
nanti catmoji akan hantar invitation ke email tu.
lebih kurang macam ni...

lepas tu baru korang leh daftar secara rasminyaaaaaaaaa....
kalau korang nak tau lebih lanjut pasal catmoji pun boleh dekat
CATMOJI BLOG
atau
CATMOJI TUMBLOG
atau
CATMOJI TWITTER 
&
CATMOJI FACEBOOK

hah! yang paling penting sekaliiii....
bila dah join CATMOJI, sila² lah melawat ke page aku..
heeeeheeeeheeee
CATMOJI AKU

buh-bye~
wassalam.

Wednesday, January 23, 2013

TSU-NAMI & aku yang didera...

assalamualaikum kawan²..
tahu kah anda maksud asal perkataan tsunami?
dalam bahasa jepun, TSU bermaksud besar dan NAMI bermaksud ombak..
jadinya TSUNAMI ialah ombak besar.
teringat kejadian tsunami yg berlaku dulu..
al Fatihah buat semua yang telah pergi kepada Nya....

hmmm.. kenapa aku cerita pasal tsunami pulak eh tiba²?
sebab rumah aku bagai dilanda tsunami kecil...
walaupun kecil, tapi pengaruhnya besarrrrrr...
pening kepala jadinya..
nak tengok TSUNAMI kat rumah aku?



kenapa aku bagi nama tsunami?
sebab budak ni umpama OMBAK BESAR!
huhuhuhu...
jumpa dekat bawah rumah lama, kecik tapi lincah.
mula² ingat nak biarkan je dulu, nanti ada adoption drive dengan SCRATCH baru nak bawak..
lepas tu ade pakcik rumah bawah tu keluar, tegur jangan bagi die makan kat situ sebab budak tu berak kat tempat letak kasut die.
muka die takyah cakap la, nampak sangat tak suka nya...
lepas tu, orang tu masuk rumah, si budak kecik ni boleh ikut kaki pakcik tu.
aku fikir² balik, kalau orang tu menyampah, die sepak plak budak tu nanti..
issshhh.. terus la aku angkut bawak naik rumah..
kalau da besar, aku memang tinggal je. tapi sebab die kecik lagi. 


mula² sampai.. memang la comel sangat!
semua kucing kat rumah die sembur!
kemain garang.. hehe
lepas tu mula lah tragedi yang tak diduga...
AKU KENA DERA!
waaaaaaa....
budak ni kuat menggigit weh.. kalau gigit manja² tak pe..
ini sesungguh- sungguhnyaa...
tengah syok² duduk tengok TV, tiba² die datang gigit tangan, betis, kaki, lengan...
adooiiiiiii.......
tambah² pulak, masa ni die belum serasi dengan abang² & akak die tu..
memang la aku je yang jadi mangsanyaa.. 
ada satu masa je die tenang...
masa die tengah....... 


TIDO!
masa ni je la nampak die tenang.. 
masa lain macam OMBAK BESAR!
sebab tu la nama die aku letak TSU-NAMI..
tapi panggil NAMI je.


ni dengan kawan baru kat rumah baru..
aku dah tak larat jadi chewing gum die da. kadang² bangun tido je mesti ade bekas cakar baru..
tau² pedih je masa mandi..
memang keje budak ni la..
nanti aku cerita lagi pasal die ye...
tungguuuuu..
(T_T)
wassalam....

Thursday, January 10, 2013

kecik hanya pada nama.....

assalamualaikum...
ternampak gambr kecik masa kitten kat atas tilam bono kid ni.
terpikir nak tengok perbezaan saiz masa bulan julai 2012 dengan bulan januari 2013...

membesar bagai johan!!
hahaha..

wassalam..

Wednesday, January 9, 2013

Say 'NO' to backyard-breeder!! - a tribute for noona.. R.I.P syg..

assalamualaikum kawan²...
topik kali ni bagi aku agak serius la.
'BACKYARD BREEDER',
ada yang sinonim dengan dua gabungan perkataan ni?
'BACKYARD BREEDER' kalau nak diikutkan penterjemahan secara terus & telus adalah
'PEMBIAK BACKYARD'.
"thanks" google translate -_-"

bagi pemahaman aku, backyard breeder adalah manusia yang membiakkan (tidak berlesen) a.k.a. 'kahwin' kan haiwan peliharaan mereka (sama ada kucing, anjing, dll.) bagi mendapatkan baka² yang 'lebih cantik' dan 'lebih menarik' kemudian menjual haiwan² tersebut dengan harga yang tidak masuk akal bagi mendapatkan keuntungan.
contoh : pure persian (hidung penyek) + tabby cat (biasa) = kitten comel harga ribu riban..
pastu jual kat orang harga kucing persian.. duhh?
NONSENSE!
dah la tak berlesen, kau memperdagangkan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. pulak tu..
lepas tu harga melampau².
even kucing² dan anjing² dekat petshop tu kebanyakannya dari backyard breeder.
percaya atau tidak.
so tolong lah..
STOP BUYING, START ADOPTING!
masa nak beli kucing² dekat petshop tu, cuba fikirkan kucing² yang tengah tunggu masa untuk di 'TIDUR' kan dekat pusat² haiwan terbiar seluruh Malaysia ni..


kenapa aku tak sokong sangat beli kucing?
sebab bila ada pembeli, penjual makin tamak la.
kalau dapat kacukan lagi cantik, boleh jual mahal lagi.
ade korang terfikir tak apa jadi pada anak² kucing yang lahir tak seperti apa yang 'backyard breeder' ni nak?
contohnya tak gebu, bulu pendek, nampak macam kucing kampung biasa, nak tau apa jadi kat diorang?
kena buang lah! what do you expect?
kalau diorang sampai hati nak bagi seekor kucing betina tu beranak je sepanjang tahun bagi MENJANA PENDAPATAN diorang, setakat buang anak kucing?
banyak kali sangat dah jumpa anak kucing yang belum putus susu dalam kotak tak ber-ibu.
tolong lah manusia, PAKAI OTAK jangan pakai lutut untuk berfikir!
nak tau apa jadi bila kucing betina yang dijadikan mesin JANA PENDAPATAN diorang tu dah tua, tak boleh beranak atau sakit?
DIBUANG! ye.. dibuang..





ini lah NOONA.. seekor kucing parsi baka asli yang dijumpai merayau kat area bangsar.
semasa dijumpai, 
bulu bergumpal + berat hanya 2.1 kg + cirit birit + badan penuh kutu + buah pinggang bengkak sebelah..
lebih menyedihkan, bahagian sulit noona bengkak jadi vet conclude noona adalah mangsa backyard breeder. disebabkan dia dah tak boleh beranak, jadi dia di buang.
i've met her once, she slept on my lap at a mamak store.
such a calm cat.. manja sangat..



tapi Noona dah takde, she left us on the 29th disember 2012.
buah pinggang noona tak mampu nak bertahan lagi.
R.I.P noona..


you're pain free and happy up there at the rainbow bridge..
more about noona CLICK HERE...

semoga Allah buka hati mereka² yang menganiayai binatang & makhluk² sekalian alam ini..
sesungguhnya kita berkongsi dunia ini bersama makhluk² yang lain.
hormati mereka seperti mana anda mahu anda di hormati.
Allah tu Maha Adil.
what you give, you'll get back..
mungkin bukan di dunia, tapi PASTI di akhirat kelak..
wallahualam...
wassalam...


Thursday, October 4, 2012

hah? ade lagi? Owh Emmm Jiiii...

err.. Assalamualaikum kawan2...
aku segan sebenarnya nak bagitahu, tapi rasa nya ade kawan2 yang dah tahu & akan tahu...
aku tahu entry lepas aku kata limit aku cuma 2 ekor, tapi dah tertambah sekor lagi..
tapi kan.... (-_-)
pada suatu hari di musim hujan di bulan 6 yang lepas, aku jumpa budak kecik ni dalam kotak tepi jalan....
sanggup ke nak tinggal mcm tu je kecik camni?
masa tu aku baru je balik dari kerja, ada makcik jual kuih dekat situ cakap, "tadi die basah dik. makcik mintak tolong budak2 balik sekolah tadi lapkan bagi die kering. bawak la balik dik. dari tadi die mengiau. baru diam tu. dah penat kot"

adohai.... lama aku bertinggung tepi kotak tu. berfikir nak bawak balik ke tak. takut juga kalau aku bawak balik nanti ibu die cari, aku tanya ulang2 dekat makcik tu ade ke tak ibu die datang, makcik tu kata tak ada.
kalau die dah besar, memang aku biar kan je sebab aku memang tak boleh bela banyak. tapi sebab die kecik lagi, rsa nya baru 2 minggu.
bawak balik rumah, terus bagi die minum susu kitten formula member yang memang ada kat rumah tu pakai picagari. letak air panas dalam botol, and balut botol tu dengan stokin tebal dua lapis..
agaknya die da kenyang + selesa, tido xhengat ape dah!

hambek kau...
macam2 gaya!
mcm mumia! hehe
bila malam2, risau jugak die kena attack dengan si abang2 die yang 3 ekor tu, so letak die kat tepi bantal. kena peluk dengan tedi bear mcm gmbr bawah ni.


disebab kan die kecik lagi, tengah2 malam pun die memang akan bangun memekik mintak susu or nk poopee. macam anak orang lah jugak. masa tu terasa penat sangat.
dulu penah jaga 3 ekor, lagi kecik dari yang ni. tapi semua tak survive. :'(
jadi dari pengalaman lepas yg sikit sangat tu, cuba juga sedaya upaya jaga yang ni. 

ye die dalam shopping bag + tengah tido
disebabkan budak ni kecik lagi, aku pergi mana pun memang bawak die. 
dalam beg ni lah die duduk setiap kali aku bergerak. 
yang paling bes nya, besar2 ni keje die memang tido je. so setiap kali naik lrt, memang die tido je. 
dekat ofis die duduk dalam laci. time nak minum susu je die mengiau sekejap, lepas tu banyak tido je. :)
memang senang sangat jaga budak ni.
cuma kadang2, badan ni letih, kesabaran tu kurang.. tapi Alhamdulillah budak ni masih ada dengan aku
 tengoklah gambar bawah ni, semua gambar die tido dalam shopping bag a.k.a carrier die masa die kecik. hehe... comel sangat!






masa ni tgh panas. dalam kereta tak de aircond pulak.
tu pasal sampai cenggitu tido nye
kecik and tedinya..
Syukur sangat budak ni survive. masuk bulan ni dah nak cukup 4 bulan dah aku jaga die (dah 4 bulann??!!)
kejap nya rasa.. niat aku memang nak bagi orang tolong foster & adopt budak ni. tapi disebabkan aku tak de apa2 masalah untuk foster die, so aku foster kan dulu..
lepas tu kalau dah kemana pun aku memang bawak die, aku jaga die dari kecik sampai da jadi beruk jadian sekarang ni korang rasa senang ke nak bagi orang lain adopt pulak?
adohaiiii.... tambah la lagi sekor.........
disebabkan memang aku panggil die kecik je dari hari jumpa, so her name is officially
MokCik a.k.a Kecik..
and she is the first female cat i adopted in KL....
nanti aku update lagi gambar budak kecik yang dah besar ni ok?
wassalam....

Wednesday, April 13, 2011

Wonderful Wednesday

Salam semua.. 
tadi aku bagi mkn stray cat kt tepi sg.klang..
ada dua ekor, tercium sana, sini.. kesian..
hari2 lalu situ, xpenah pulak nampak diorg..
hurrmm.. mesti lapar..
diorang ni jinak2 merpati.. takot dgn org..
aku nk alih die nye kibbles bg jauh2 sikit so diorang xberebut makan.. 
skali dengan tangan2 aku die cakar.. huhu..


lepas tu, jalan la nk pegi ofis balik, ade sorang akak ni approach aku..
akak tu: nak tanya boleh?
aku: tanye la.. ape?
akak tu: mmg suka bagi stray cats makan ke?
aku: a.ah.  (senyum)
akak tu: kenapa eh?
aku: errm.. tah la.. terasa nak bg. lagipun kucing tu pon nampak lapar. terkial2 sana sini.. tgh2 bandar mcm ni, sape je yg pk psl mkn minum diorg. kesian.. sbb tu bg..
akak tu: jadi memang ade la makanan dalam beg tu? 
(sambil tunjuk beg plastik yg yg ade tupperware besar berisi durian yang diambil dr rumah mami Ana Lewis semalam..kenduri durian kt opis)
aku: eh.. bukan dlm beg tu, dalam beg ni.. (tunjuk handbag)
akak tu: bagus la ape yg awk buat tu.. kucing kan kesayangan nabi..

tersenyum aku dengar ape akak 2 cakap.. bukan sebab bangga.. sumpah bukan..
tapi sebab rasa bahagia.. sebab dia xpandang serong pada aku..
dan dia faham apa yg aku buat bukan lah untuk menarik perhatian sape2..
syukur Alhamdulillah..

Saturday, March 26, 2011

hati terusik.. terharu..

assalamualaikum kawan2..
:)
semoga semua nya sihat & bahagia di samping keluarga & meow2 masing2.,
entry kali ni aku rase macam nak share ape aku rasa...

hari2 aku buka dashboard blog ni.. semata2 untuk tengok update dari kawan2 yang same2 gilakan kucing macam aku...
setiap kali ada entry baru, aku boleh stop buat kerja & baca dulu entry diorg..
tah la.. rase mcm setiap entry tu punya ilmu yang banyak sgt.. even sgt simple..
semakin hari, aku rasa macam semakin rapat dengan kwn2 pencinta kucing..
even kitorg xpenah jumpa, tapi disebab kan minat yang sama, banyak perkara yang kami boleh sembangkan..
seronok sgt..

sejak aku kerja di KL ni, pengetahuan tentang kucing dah semakin bertambah..
aku dah faham kenapa 'PEMANDULAN BINATANG PELIHARAAN ITU HARUS'..
juga yang paling ketara aku dapat rasa ialah mentaliti aku terhadap anjing totally berubah...

dulu, aku akan lari kalau nampak anjing lalu kat sebelah aku..
but now, aku dah xlari lagi.. aku dah xtakut..
sebab aku tahu, xkan ada binatang yang akan carik pasal dengan kita kalau kita xkacau die..
xmacam manusia, punya akal untuk berfikir, tp xgunakan akal yg diberi dengan baik..
aku dah boleh kongsi sidewalk jalan dengan anjing..
aku dah xelak lagi kalau bertembung dengan diorg..
syukur sgt Allah bg aku rasa semua ni..
sumpah, terasa nikmatnya bila perasaan takot pada anjing 2 sudah berkurang..
tp belum lagi sampai tahap untuk memegang anjing.. cuma berani untuk tinggalkan sedikit kibbles untuk mereka jamah kalau terlalu lapar...
masih perlu ambil kira sensitiviti masyarakat & masih perlu belajar dengan lebih lanjut tentang ni...

aku baca blog kawan2 aku.. aku terharu..

menitis airmata aku sebab rasa syukur sgt Ya Allah.. dipertemukan dengan mereka2 ini..
manusia2 yang masih punya perasaan belas pada haiwan xbermaya..
terutama yang sakit & memerlukan pertolongan kita manusia..
sekaligus menyedarkan aku, yang aku juga mampu membantu walaupun sedikit.
kita semua mampu membantu jika kita mahu.
sedih juga rasa bila ada memperlekehkan & memandang rendah niat murni kawan2 aku membantu kucing2 yg xbermaya tu..
semoga Allah sedarkan dia yang dia juga menumpang di muka bumi ni sepertimana binatang yang xbermaya itu..

kepada PAPA MEOW, KAK SS, NERQ, KAK TEDI, PAPA HERO, & semua kawan2 pencinta haiwan, jangan pernah putus semangat.. saya akan sentiasa menyokong & membantu selagi ada daya saya..
ingat! keikhlasan kita bukan mereka yang tentukan.. Allah itu Maha Kuasa.. kita hanya mengharapkan bekalan untuk ke SANA nnt.. insyaAllah..

maaflah kalau entry kali ni terlalu panjang & serabut untuk dibaca..
aku xmengarang.. aku cuma luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni..
=)
salam~




Monday, March 14, 2011

Pusat Jagaan Kucing Terbiar, Jasin.. siri "JALAN- JALAN"

salam..
hehehhee... mesti pelik kenapa ada siri "BUAT KERJA" dengan siri "JALAN-JALAN"...
sebab kami buat kerja sekejap dari pukul 12pm ke lebih kurang pukul 3pm..
yang selebihnya... Bandar Hilir Tour oleh cik Tedi & Didi...
terima kasih daun keladi.. lain kali bawak jalan lagi..
:P

sebenarnya lepas be'kerja' dekat pusat jagaan tu, kami dijamukan dengan bihun goreng, sambal tumis, nasi impit, kari ayam, cucur badak, kuih gula melaka, kek coklat oleh kak Tedi, Kak E & kawan2 lain.. 
haaa... aku? ape aku bawak? aku bawak perut yang kosng untuk diisikan makanan2 tu lah.. hahaha
sedap nye la hai~ terima kasih sangat2 siapa yang masakkan untuk kami makanan2 yang superb tu..
tapi sayangnya... gambar tak ada... masa ni sibuk makan sebab lapar & tak tahan tengok makanan2 yang menggoda tu.. hehe

lepas makan & menyelesaikan apa yg perlu diselesaikan, kami bergerak ke bandar hilir..
melepaskan hajat PM & Thalhah..
katanya baru pertama kali sampai Melaka..
so over excited sikit..
aku pon excited jugak.. lame tak jalan2 macam ni dengan kawan2..
Alhamdulillah.. semua nya satu kepala..
kelakar, cool, sempoi...
:)

sampai penat pon tak terasa sebab happy sangat.
panjat... jgn xpanjat~~
kak SS!!!... cepat laaa.......
macam photographer professional tau~
antara mereka2 yang ikut kami jalan2..
Mr. T dengan kamera nya~
disebabkan mereka yang paling excited masa jalan2 ni,
so banyaklah gambar mereka..
sila jangan jeles ok..
Mr. T dah xmacam pegg kamera.. dah mcm pegg gitar
PM tgkap gambar ape tuu
model, sila duduk dengan sopan..
jurukamera nak tangkap gmbr tuu
kak SS.. ape yang dimenungkan tu.. jauhh sgt tuuu..
kami nak naik ni, tapi tak jadi sebab ramai sangat~!

last2, kami ambil keputusan untuk bergerak pulang...
lalu kat dataran pahlawan ni..
PM mcm biase la.. posing dulu.. hehe
kamera bertukar tangan nampaknya.. hehe
masa ni dah mula terasa penat sebab dah nak balik kan
PM tanya "dah nak balik ke?"
hehe.. xpe.. lain kali kite terjah Melaka lagi..
"KITE", ko ingat PM nak ajak ko ke Bella?
xmalu..hahahahaha...
:P



~Tabung FurKids~