Monday, January 11, 2016

Keadilan Kepintaran... buah hati terbaru..

Assalamualaikum..
apa yang adil? apa yang pintar?
hehe..
buah hati pengarang jantung aku yang terbaru.
macam tak percaya sebenarnya aku dah mengandung 9 bulan.
aku dah ada anak sorang yang Alhamdulillah mudah di jaga.
syukur sangat ya Allah pemberian-Mu.
terlalu baik dari selayak nya aku.

ini lah dia si 'keadilan kepintaran' aku.


gambar dari suami. sebab masa baby baru sampai aku masih mamai mengantuk kesan ubat bius kan.

baby aku lahir pada 29 Julai 2015, berat baby aku masa keluar dari perut ialah 3.14kg.
Alhamdulillah sempurna semua nya.
~Adeelia Batrisya~
'keadilan kepintaran' nama diberi.



bila kesan bius dah nak hilang, kesakitan dah mula terasa.
orang yang pernah kena operate tau la. perasaan yang macam tempat kena belah tu nak terkoyak balik. ngilu nya subhanallah!
Alhamdulillah sampai sekarang dia masih lagi membesar dengan susu ibu.
susu tin mahal oi
masa 2 minggu pertama, adel (nama panggilan Adeelia) kena demam kuning. asyik tidur je. masa tu kan aku pun tak reti lagi. masa hari ke-3 lahir, adel dah kena tido wad asing dengan aku. aku punya sedih tu tak tau nak cakap macam mana. baru satu malam tau.
betul lah orang cakap, naluri ibu dengan anak die ni lain macam. aku baru rasa.
lepas keluar hospital, sempat la pantang 2 hari kat rumah, lepas tu kena masuk wad balik sebab kuning si Adel.



tak sampai hati tengok anak tido bawah lampu ni tak berbaju.
kejap² aku pegang tangan dengan badan die yang kesejukan tu nak panaskan.
agaknya sebab aku ganggu proses bawah lampu yang kuning adel susah sangat nak turun kot. 
tapi tak sampai hati laaa.. nak buat macam mana. aku yang gemuk, berbaju penuh ni pun sejuk, lagikan lah si Adel.

nasib baiklah wad NICU kat hospital sungai petani ni,
ibu boleh check in sekali.

aku siap nangis lagi, sebab risau kuning anak aku susah turun. banyak statik je.
sampai tahap kena amek darah kat tangan, hantar makmal la.
nak pastikan hati dia berfungsi sempurna. selama 2 minggu tunggu result darah, berdebar-debar.
hari² aku doa agar adel sihat walafiat.
dan Alhamdulillah, Adel okay je. result semua elok.


membesar dengan baik sayang.
mummy cuma nak awak membesar sihat & gembira je sekarang ni.
insyaAllah..

~Tabung FurKids~