Showing posts with label married. Show all posts
Showing posts with label married. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Set Bersalin mana pilihan korang?

Assalamualaikum...
 kali ni aku nak minta pendapat korang pulak. aku kan tengah bersiap² barang nak sambut orang baru kan.. barang baby aku beli dah agak banyak jugak la. sampai lupa diri, mujur husband aku tanya haritu. "ni dok beli barang baby, barang awak dah ada yg beli ke belum?"
 baru sedar diri weh. barang aku untuk masa pantang nanti satu hape pon aku tak beli lagi. haha. sebenarnya aku pun macam un-aware apa barang yang ibu bersalin kena ada. yang aku tau set bersalin mesti kena ada. itu benda wajib kan.
 aku ada la survey², tengok review kat blog² semua. tapi kebanyakkan nya macam review berbayar, review produk yang diorang jual. tapi tak pe la. aku share jugak dengan korang produk mana yang aku dapat tengok & survey...
set bersalin yang paling banyak aku tengok blogger review ialah

Set Bersalin Nona Roguy (NR).

  (harga runcit: RM365)

apa yang ada dalam set bersalin NR ni?
1. PhytoNatal (90 biji)
2. Krim Herbanika Barut (60g)
3. Herbanika Lulur (100g)
4. Minyak Herbanika (100ml)
5. Uncang Cuci Herbanika (10 T-bag)
6. Akar Herbanika (10 T-bag)

mama aku memang pengamal jamu nona roguy dari muda lagi. aku boleh ingat lagi uncang2 jamu die kalau dibancuh, fuhhh... bau satu rumah.. macam mana la mama boleh telan.. haha.. sebab dulu kan mana ada pil² jamu Nona Roguy ni. semua serbuk kena bancuh dengan air pastu minum. memang jenuh ler....

Set Bersalin TanaMera.

 (harga runcit: RM335)

dalam set bersalin TanaMera ni ada...
1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml)
2. Herbal Massage Oil (100ml)
3. Firming Herbal Blend Paste (14 sachets x 15g)
4. Calming Herbal Paste (4 sachets x 20g)
5. Herbal Tea (14 sachets x 2g)
6. Abdominal Body Wrap (Bengkung)
 7. Boreh Body Scrub (4 sachets x 20g)
8. Brown Formulation Body Soap (125g)
9. Herbal Bath (14 sachets x 10g)
10. Feminine Herbal Wash (14 sachets x 10g)
 macam banyak kan barang ni dari barang set nona roguy. macam menarik jugak...

tapi ada lagi satu set bersalin yang tarik perhatian aku. masa aku pegi Mom & Baby Expo kat Mid Valley haritu, ada salesperson bagi pamphlet set bersalin Spa & Ma. so here we go...

 Set bersalin Spa & Ma.
(harga runcit: RM299)

1. Jamu Ratu Dara (60 kapsul)
2. Shape Up Lotion (150 ml)
3. Pilis Herba (50 gm)
4. Bengkung Ratu (1 Helai)
5. Gamat Emulsion (245 ml)
6. Herba Mandian Spa (5 gm x 10 Uncang)
7. Feminine Cleanser (100 ml)
8. Lulur Frangipani (250 gm)
9. Extra Virgin Coconut Oil (130 ml)
10. Tungku Herba (200 gm)
11. Minyak Seri Herba (50 ml)

 haaaa.... macam menarik jugak kan... plus murah lagi dari set famous dua kat atas tu. hehe. baca review dari blogger pun macam okay. hmmmm..... korang ada ke set bersalin yang memang korang prefer atau suka? share la. aku dah pening ni. hahaha
~~toodles~~

Thursday, April 9, 2015

blog bersarang.. sobs..

Assalamualaikum..
Lama sangat dah aku tak jengukkan blog ni.. last post July 2013?? pengsan
hmmm... entah la.. banyak sebenarnya yang nak diluah, yang nak dikongsi..
tapi tak terluah dengan kata-kata.. even dengan kawan-kawan rapat pun aku tak berapa nak cerita..
bukan tak nak kongsi, tapi aku rasa masalah diorang lagi besar kot dari masalah aku.


Alhamdulillah. aku dah pun selamat disatukan dengan si dia yang aku kenal dari 2008 pada 24 Oktober 2014. dan harini cukup aku 23 minggu hamil.. lagi 17 minggu lagi untuk diharungi.. risau jugak sebenarnya, bersedia ke aku nak jadi mak ni? cukup ke pendapatan kami suami isteri nak tambah sorang lagi tanggungan? tapi aku yakin. yakin akan rezeki yang akan Allah beri (insyaAllah).. ada alasan untuk aku lebih berusaha lagi lepas ni, ada alasan untuk aku dan suami untuk lebih rajin lepas ni. semuanya bergantung pada diri sendiri kan? syukur sangat selama mengandung ni memang tak ada langsung alahan atau morning sickness. tak rasa macam mengandung pun kadang-kadang. cuma bila dah masuk 2nd trimester ni je emosi tunggang terbalik sikit tambah-tambah lepas dapat tau berita yang tak best dari kampung.


tahun ni  family aku dapat tahu mama tak sihat. sekarang mama dalam rawatan radioterapi. pertengahan bulan Mei ni mama nak kena buat radioiodin pulak. sebab tu apa jadi pun aku kena balik jugak awal bulan depan, sebelum mama start buat radioiodin. kenapa? sebab pesakit yang mendapatkan rawatan radioiodin tak boleh ada perhubungan secara langsung semasa rawatan & seminggu selepas rawatan dengan manusia lain. even doktor & nurse yang merawat pun kena pakai sut khas kalau nak approach diorang. untuk perempuan mengandung, kanak-kanak lagi lah tak digalakkan dekat, takut radioaktif tu memberi kesan pada tumbesaran diorang. mulanya mama tak bagi aku balik mei, sebab sepatutnya rawatan mama mula pertengahan april. mama suruh aku balik masa nak bersalin nanti je, SubhanAllah. lambat lagi. aku tak mampu tunggu lama tu. masa mama bagitahu tarikh rawatan dah ubah ke pertengahan mei, lega rasa. serius lega.

rasanya tu je kot buat masa ni. ada kerja yang kena diselesaikan.
lepas tu nak study sikit. esok final exam paper statistik.
doakan aku boleh menjawab ye esok. bye~



~Tabung FurKids~