Showing posts with label KTAJ. Show all posts
Showing posts with label KTAJ. Show all posts

Monday, June 15, 2015

"sunat" kucing??

Assalamualaikum.. Hujung bulan lepas, aku bawak budak dua ekor kat rumah aku ni pi "sunat". "sunat" tu bahasa senang untuk kembiri. tau tak ape tu kembiri? kembiri tu satu proses memandulkan haiwan.  kenapa memandulkan haiwan? tak kesian ke?....... ini soalan biasa yang aku dapat bila orang tau aku memang "sunat" kan kucing² aku. sebab aku ni sedar diri. aku tak mampu nak jaga kalau kucing banyak² kat rumah aku tu. nak senang faham, macam ni lah kan. manusia pun merancang dalam melahirkan anak, betul tak? ada yang merancang dengan pakai kondom la, pil perancang la, ada jugak yang terus ikat peranakan kan? sebab apa? sebab manusia berakal. kita boleh berfikir. boleh guna anugerah Allah bagi tu untuk rancang keluarga, tapi binatang tak berakal. kita lah sebagai khalifah kat muka bumi pinjaman Allah ni yang boleh nak bantu haiwan² ni. 

ni hah budak dua ekor yang aku hantar pi sunat.  ni gambar sebelum.. kalau korang perasan, populasi haiwan jalanan dah terlalu banyak kat luar sana tu. dari kita penuhkan rumah dengan anak² kucing yang baru lahir tu, kan ada baiknya kalau kita kutip & tolong kucing² atau anjing² terbiar yang merempat & tak cukup makan kat luar tu.  "alaaa... saya duduk rumah kampung, takde masalah la kucing nak beranak banyak²" ini benda yang dah biasa dah aku dengar. okay lah, beranak banyak², lebih kurang kucing kat kampung tu dah ada 20 ekor, cuba tanya diri balik.  mampu bagi makanan terbaik tak untuk diorang??? mampu ke nak rawat kalau 20 ekor tu sakit nya berjangkit sesama sendiri??? mampu ke nak bahagi kasih sayang kat yang 20 ekor tu??? mampu ke nak sediakan tempat selamat, tempat selesa untuk diorang tidur???? kalau mampu, Alhamdulillah. tapi kalau tak mampu??? secara tak langsung nya kite dah 'mendera' kebajikan kucing² tu tanpa kita sedar. betul tak? okay lah, berbalik cerita aku pi "sunat" anak bulus aku yang dua ekor tu. si Momo dengan si Polka. dua² nya aku rescue masa diorang ni kitten lagi. sekor dari kedai makan, sekor lagi dari bawah rumah dalam longkang. aku memang ada soft spot untuk kitten, bukan sebab diorang comel je tau, tapi sebab anak kucing ni belum cukup mahir lagi dengan keadaan sekeliling. sebab tu banyak anak kucing yang jatuh longkang tak pandai panjat balik la, kena lenyek kereta la, masuk enjin kereta la & macam² la. macam baby manusia jugak la kes nya. 

 
 ini video sehari selepas sunat.. tak sampai 24jam lagi ni. kenapa selepas aku upload video? supaya korang nampak "Terseksa" nya kucing aku kena sunat.
hahahaha.. takde lah. diorang dah back to their normal self dah. macam tak de apa² pun kan? 
jangan risau. kucing² ni okay je. kat rumah aku ni ada 11 ekor, alhamdulillah semua dah selamat kena sunat dah. aku ada 4 ekor kucing betina, 7 ekor jantan. semua sihat walafiat... alhamdulillah.. so ape korang tunggu lagi? hehe..
adios~~ 

Monday, May 18, 2015

Volunteer & sukarela. Apa tu?

Assalamualaikum...
selamat pagi Isnin..
nak meluah rasa kecewa pulak pagi ni. bukan sebab apa, sebab manusia² yang tak pernah cuba nak faham maksud sebenar SUKARELA.
Aku pernah cerita, aku join volunteering dengan NGO yang dipanggil SCRATCH f.k.a. Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. mungkin ada yang familiar dengan nama ni & mungkin jugak ada yang tak pernah tahu pun pasal SCRATCH ni.


SCRATCH ni satu pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan ROS  a.k.a Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kami bantu kucing² dan anjing² terbiar. Membantu dari segi apa?
memandangkan SCRATCH tak ada pusat perlindungan atau shelter, ramai yang keliru apa fungsi kami dalam dunia haiwan jalanan ni.
SCRATCH menawarkan subsidi perubatan & subsidi pemandulan bagi kucing² dan anjing² jalanan.
tujuan subsidi perubatan diberikan adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan bagi rescuer²  kucing dan anjing terbiar di sekitar Malaysia. manakala tujuan subsidi pemandulan pula adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan di luar sana, ini secara langsung dapat mengurang kan kejadian yang tidak diingini seperti penderaan dan penganiayaan haiwan.
Mana SCRATCH dapat duit untuk pemberian subsidi ni?
kewangan SCRATCH mainly datang dari untung penjualan barang² SCRATCH seperti Tshirt, non-woven bag, rubber bracelet dan lain². selain dari untung jualan, sumbangan derma dari pengunjung secara terus di booth dan juga melalui no akaun Maybank persatuan SCRATCH.
tapi kenapa aku kecewa harini?


aku kecewa sebab ada manusia yang tak faham konsep volunteering. volunteer ni buat kerja tak berbayar, tak berupah. apa yang kami belanja untuk pergi dan balik event semuanya di atas diri kami sendiri. satu sen pun kami tak usik duit SCRATCH. makan minum semua kami tanggung sendiri. penat lelah kami tak siapa pun ambil peduli tapi kami pun tak harapkan apa². dapat jual merchandise dan donation ada yang masuk untuk anak² bulus terbiar kat luar sana pun kami dah happy sangat.

kerja² mengendalikan page & email semua nya dibuat secara sukarela. nak diingatkan jugak, kesemua volunteer kami bekerja sepenuh masa. kerja dengan majikan. bukan kerja suka hati. bukan 24jam akan menghadap PC, bukan 24jam tunggu email masuk untuk direply.
kami manusia biasa. kami pun ada keluarga yang nak diuruskan. ada kucing² yang nak kan belaian. ada anak² untuk diberi makan. ada suami/isteri yang perlu dijaga.
tapi ada orang yang tak faham. bila lambat reply email, perli² kata kami ni tak efficient. kata kami lambat. bila post dekat wall kadang² terlepas pandang, dah mula nak kata admin tak peka. tak ambil peduli. LETIH. bila berdepan dengan manusia² selfish macam ni memang LETIH.
sumpah aku tak tipu.
nasib baik la kawan² yang sama volunteer ni semua nya kuat semangat. jiwa diorang sangat tough. diorang la yang buat aku kuat jugak. aku akan terus buat kerja ni selagi mampu.
toodles..
p/s: ada ke yang berminat nak jadi volunteer SCRATCH?
kalau berminat boleh email ke ktaj.volunteer@gmail.com
kalau ada yang nak apply subsidy pemandulan pulak,
email ke ktaj0311@gmail.com
kalau ada yang nak iklankan kucing untuk adoption atau tengah mencari kucing untuk adoption,\
boleh check-out KTAJ Online Adoption House
kalau yang belum follow SCRATCH main FB,
klik SINI.

Wednesday, January 9, 2013

Say 'NO' to backyard-breeder!! - a tribute for noona.. R.I.P syg..

assalamualaikum kawan²...
topik kali ni bagi aku agak serius la.
'BACKYARD BREEDER',
ada yang sinonim dengan dua gabungan perkataan ni?
'BACKYARD BREEDER' kalau nak diikutkan penterjemahan secara terus & telus adalah
'PEMBIAK BACKYARD'.
"thanks" google translate -_-"

bagi pemahaman aku, backyard breeder adalah manusia yang membiakkan (tidak berlesen) a.k.a. 'kahwin' kan haiwan peliharaan mereka (sama ada kucing, anjing, dll.) bagi mendapatkan baka² yang 'lebih cantik' dan 'lebih menarik' kemudian menjual haiwan² tersebut dengan harga yang tidak masuk akal bagi mendapatkan keuntungan.
contoh : pure persian (hidung penyek) + tabby cat (biasa) = kitten comel harga ribu riban..
pastu jual kat orang harga kucing persian.. duhh?
NONSENSE!
dah la tak berlesen, kau memperdagangkan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. pulak tu..
lepas tu harga melampau².
even kucing² dan anjing² dekat petshop tu kebanyakannya dari backyard breeder.
percaya atau tidak.
so tolong lah..
STOP BUYING, START ADOPTING!
masa nak beli kucing² dekat petshop tu, cuba fikirkan kucing² yang tengah tunggu masa untuk di 'TIDUR' kan dekat pusat² haiwan terbiar seluruh Malaysia ni..


kenapa aku tak sokong sangat beli kucing?
sebab bila ada pembeli, penjual makin tamak la.
kalau dapat kacukan lagi cantik, boleh jual mahal lagi.
ade korang terfikir tak apa jadi pada anak² kucing yang lahir tak seperti apa yang 'backyard breeder' ni nak?
contohnya tak gebu, bulu pendek, nampak macam kucing kampung biasa, nak tau apa jadi kat diorang?
kena buang lah! what do you expect?
kalau diorang sampai hati nak bagi seekor kucing betina tu beranak je sepanjang tahun bagi MENJANA PENDAPATAN diorang, setakat buang anak kucing?
banyak kali sangat dah jumpa anak kucing yang belum putus susu dalam kotak tak ber-ibu.
tolong lah manusia, PAKAI OTAK jangan pakai lutut untuk berfikir!
nak tau apa jadi bila kucing betina yang dijadikan mesin JANA PENDAPATAN diorang tu dah tua, tak boleh beranak atau sakit?
DIBUANG! ye.. dibuang..





ini lah NOONA.. seekor kucing parsi baka asli yang dijumpai merayau kat area bangsar.
semasa dijumpai, 
bulu bergumpal + berat hanya 2.1 kg + cirit birit + badan penuh kutu + buah pinggang bengkak sebelah..
lebih menyedihkan, bahagian sulit noona bengkak jadi vet conclude noona adalah mangsa backyard breeder. disebabkan dia dah tak boleh beranak, jadi dia di buang.
i've met her once, she slept on my lap at a mamak store.
such a calm cat.. manja sangat..



tapi Noona dah takde, she left us on the 29th disember 2012.
buah pinggang noona tak mampu nak bertahan lagi.
R.I.P noona..


you're pain free and happy up there at the rainbow bridge..
more about noona CLICK HERE...

semoga Allah buka hati mereka² yang menganiayai binatang & makhluk² sekalian alam ini..
sesungguhnya kita berkongsi dunia ini bersama makhluk² yang lain.
hormati mereka seperti mana anda mahu anda di hormati.
Allah tu Maha Adil.
what you give, you'll get back..
mungkin bukan di dunia, tapi PASTI di akhirat kelak..
wallahualam...
wassalam...


Tuesday, January 8, 2013

dah sampai masa kecik...

assalamualaikum...
hah.. kecik selesai ape?
hehehe.. untuk pengetahuan semua kecik baru je nak cecah 6 bulan, tp die da miang...
dah mula menggatal.. mengiau-ngiau.. pening kepala amie die ni.. adooiii...
nak tau sape yang die paling berkenan?



hahahaha... ye.. kecik berkenan sangat dengan bobo..
si bobo ni buat muka tak paham. apehal la si kecik ni mengeliat depan die, meroyan semua.. hahaha
gelak tu gelak la jugak, tapi pelik aku. kenapa cepat sangat kecik ni miang. 
kesian tengok die meroyan ke hulu ke hilir ikut bobo. 
tp sabtu lepas aku da pun selesai kembirikan kecik.. alhamdulillah..
dengan bantuan SCRATCH f.k.a KTAJ. thank u so much!!
nak tengok kecik lepas operate?


ni gambar sehari selepas surgery.. kecik je diorang operate.. 
nampak tak nampak je kan? :)
ni pertama kali aku hantar neuter kucing betina, nebes jugak pada mula nya.
tapi alhamdulillah.. semua ok.. lega rasanya. 
kalau ikutkan pesan kawan2, kena kurung kucing betina yang baru lepas kembiri sekurang- kurang nya seminggu..


tapi aku memang tak sampai hati nak letak budak ni dalam cage. nanti sibuk korek- korek nak keluar.
jadi nya aku biarkan je die buat hal die.. harap- harap die ok je.
hari kedua, luka surgery da makin bercantum. die da mula nak menikus. -_-"
haiihh budak ini.. si merlin plak dok ajak die main..


pastu boleh pulak bergomol dua2 ekor ni. sabar je la aku..
kite yang seriau terkoyak balik luka die tu nanti!
kalau aku nampak die main macam ni, memang aku leraikan la. sebab si kecik ni baru sgt kena operate kan. 
risau plak nnt jadi teruk luka nya... yang luar tu xpe lagi, yang dalaman tu yang aku risau.
harapnya baik- baik aje la ye sayang amie ni..


da besar da si kecik yang dulu nya besar tapak tangan je..
naik lrt sama2 amie, dok dalam laci kat meja opis amie.. heee...
kejap je rasa! da setengah tahun kecik dok dengan amie..
da besar ni jangan nakal- nakal lagi ye.. 


tak habis- habis dengan tedi die tu!
ikut ko lah kecik, asal ko sihat & happy...
wassalam... 


Thursday, October 11, 2012

cat tree ke cat disasterrr.....

ASSALAMUALAIKUM!
hye semua.. apa khabar?
aku curi masa sikit untuk update blog ni.. sepatutnya aku study, tp shhh... hehe
aku ada beli cat tree direct shipping dari china. 
pesan pada member yang kebetulan baru habis belajar and nak balik ke sini.
mula pasang, budak2 ni buat dek je. cium2, berlagak!
lama2 tengokla..


tempat si merlin gayut tangan tu, tempat favourite semua. 

dari si kecik, bobo, kid semua nak duduk situ.

  berkasih- sayang kemain lagi budak dua ekor ni.. hehe

kid da rimas.. haha

main bola gayut.. hahaha


  
bobo!!! turunnn.. da senget dah tuuuuu.... hahahhaa

si budak kecik nakal ni lagi la...
main loncat-loncat.. bukan main lagi die memanjat..
dari tingkat bawah sampai tingkat atas panjat pakai scratching post tu je!
pastu lompat macam stuntman dari atas..
lepas tu jalan henjut2.. haha

hah! merlin mengendap sape tu!!

diorang lagi..
  
ni gambar terbaru.. hahahaha..
da tercabut da tempat favourite diorang.. 
da kena letak supporter kt tingkat dua sebab goyang tahap gaban da. hahaha
abes da semua panjat ke situ..
tempat menggaru semua da berbuluuuu...
tu je dulu ye buat masa ni..

p/s>> kalau ade sesape nak beli cat tree macam ni or lebih kurang macam ni, boleh tengok dekat FB SCRATCH f.k.a Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. sambil membeli, sambil menderma...
adios!

Tuesday, January 31, 2012

kesibukan & kerinduan!

Assalamualaikum...
hai kawan2.. lame sangat dah aku mendiamkan diri kan.. 
sibuk sikit.. sejak kes PETKNODE, KTAJ atau nama barunya SCRATCH dapat jemputan untuk hadir ke banyak Fund Raising Event. Alhamdulillah.. rezeki agak nya..

haaa... tengok2... semua ceria je...
tapi apa kena mengena dengan aku plak kan? hahaha... aku menjadi salah seorang volunteer diorang, ke sana sini tolong jaga booth..
seronok sangat tau! kita boleh jumpa dengan kawan2 yang sama minat dengan kita. walaupun baru pertama kali jumpa, banyak sangat benda yang boleh di bawa bersembang...... semua sporting & happening!

lagi satu, aku dah pindah rumah yang dekat sikit dengan tempat keje..
yeayyyy~~ xperlu lagi nak terpacak tunggu bas pukul 6 pagi lagi....
tapi ade jugak yang sedih... susah lah nak jumpa dengan pinky lagi....
tapi siapa PINKY???



ni PINKY.. comel kan? belakang tu anak die..
pinky anjing liar yang melepak dekat bawah area rumah lama, tapi teramatlah manja & jinak. ada pekerja bakery dekat rumah tu yang rajin melayan & bagi makan pinky. sebab tu pinky manja agaknya. seronok tengok gelagat pinky anak beranak. ya Allah.. rindunya dekat kau pinky.... T_T
aku xboleh lupa masa aku bagitau kau aku nak pindah, kau macam faham je pinky. kau terus duduk, xnak makan nasi + telur yang selalu aku bagi kat kau. 
ni gambar pinky lepas aku bagitau yang aku nak pindah...
aku nampak mata kau berair.. Subhanallah.. binatang pun tau perasaan sedih. menitis air mata aku. xtertahan lagi. aku duduk dengan pinky lama sikit malam tu. aku janji aku akan datang jenguk kalau ada kelapangan. aku xrisau nak tinggal pinky sebab aku tau ramai lagi yang menjaga makan minum pinky dekat sini.. 
pekerja bakery pun bagi makan, warga nigeria yang duduk area situ pun ada bagi makan, auntie cina yang selalu naik bas dengan aku pun kadang2 bawak lebihan makanan semalam bagi pada diorang anak beranak, cuma aku sedih nak berjauhan dengan kau la pinky ..
xde lagi yang teman aku pagi2 jalan ke hentian bas.. xde lagi yang menyambut aku balik keje.. xde lagi yang nak berlari datang walau aku xpanggil (nak harap BOBO, KID & MERLIN? HAMPEH.. hehe) 
tapi xpe pinky, Allah tu sentiasa ada untuk menjaga kau kan? :')
nanti aku datang jumpa kau lagi yea pinky..
aku JANJI!!!!
:)



~Tabung FurKids~