Monday, May 18, 2015

Volunteer & sukarela. Apa tu?

Assalamualaikum...
selamat pagi Isnin..
nak meluah rasa kecewa pulak pagi ni. bukan sebab apa, sebab manusia² yang tak pernah cuba nak faham maksud sebenar SUKARELA.
Aku pernah cerita, aku join volunteering dengan NGO yang dipanggil SCRATCH f.k.a. Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. mungkin ada yang familiar dengan nama ni & mungkin jugak ada yang tak pernah tahu pun pasal SCRATCH ni.


SCRATCH ni satu pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan ROS  a.k.a Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kami bantu kucing² dan anjing² terbiar. Membantu dari segi apa?
memandangkan SCRATCH tak ada pusat perlindungan atau shelter, ramai yang keliru apa fungsi kami dalam dunia haiwan jalanan ni.
SCRATCH menawarkan subsidi perubatan & subsidi pemandulan bagi kucing² dan anjing² jalanan.
tujuan subsidi perubatan diberikan adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan bagi rescuer²  kucing dan anjing terbiar di sekitar Malaysia. manakala tujuan subsidi pemandulan pula adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan di luar sana, ini secara langsung dapat mengurang kan kejadian yang tidak diingini seperti penderaan dan penganiayaan haiwan.
Mana SCRATCH dapat duit untuk pemberian subsidi ni?
kewangan SCRATCH mainly datang dari untung penjualan barang² SCRATCH seperti Tshirt, non-woven bag, rubber bracelet dan lain². selain dari untung jualan, sumbangan derma dari pengunjung secara terus di booth dan juga melalui no akaun Maybank persatuan SCRATCH.
tapi kenapa aku kecewa harini?


aku kecewa sebab ada manusia yang tak faham konsep volunteering. volunteer ni buat kerja tak berbayar, tak berupah. apa yang kami belanja untuk pergi dan balik event semuanya di atas diri kami sendiri. satu sen pun kami tak usik duit SCRATCH. makan minum semua kami tanggung sendiri. penat lelah kami tak siapa pun ambil peduli tapi kami pun tak harapkan apa². dapat jual merchandise dan donation ada yang masuk untuk anak² bulus terbiar kat luar sana pun kami dah happy sangat.

kerja² mengendalikan page & email semua nya dibuat secara sukarela. nak diingatkan jugak, kesemua volunteer kami bekerja sepenuh masa. kerja dengan majikan. bukan kerja suka hati. bukan 24jam akan menghadap PC, bukan 24jam tunggu email masuk untuk direply.
kami manusia biasa. kami pun ada keluarga yang nak diuruskan. ada kucing² yang nak kan belaian. ada anak² untuk diberi makan. ada suami/isteri yang perlu dijaga.
tapi ada orang yang tak faham. bila lambat reply email, perli² kata kami ni tak efficient. kata kami lambat. bila post dekat wall kadang² terlepas pandang, dah mula nak kata admin tak peka. tak ambil peduli. LETIH. bila berdepan dengan manusia² selfish macam ni memang LETIH.
sumpah aku tak tipu.
nasib baik la kawan² yang sama volunteer ni semua nya kuat semangat. jiwa diorang sangat tough. diorang la yang buat aku kuat jugak. aku akan terus buat kerja ni selagi mampu.
toodles..
p/s: ada ke yang berminat nak jadi volunteer SCRATCH?
kalau berminat boleh email ke ktaj.volunteer@gmail.com
kalau ada yang nak apply subsidy pemandulan pulak,
email ke ktaj0311@gmail.com
kalau ada yang nak iklankan kucing untuk adoption atau tengah mencari kucing untuk adoption,\
boleh check-out KTAJ Online Adoption House
kalau yang belum follow SCRATCH main FB,
klik SINI.

~Tabung FurKids~