Wednesday, May 6, 2015

pengalaman cabut gigi kekal 1st di klinik gigi kerajaan

Assalamualaikum... 
Like i promise lah kan.. Aku ada cakap kat last post yang aku nak share pasal aku punya visit ke Klinik gigi kerajaan.
Okay. Appointment aku pukul 10 pagi, jadi aku sampai klinik dalam pukul 9.40 mcm tu. Letak kad appointment kat dalam bekas kat meja pendaftaran dan tunggu diorang panggil. Memandangkan ni first time aku buat rawatan kat sini, ada la benda yang aku nak kena isi kan. 
Dalam 10-15 minit lepas aku setel hal pendaftaran, nama aku kena panggil. Not bad. Tak lama sangat. Berdebar debar weh jalan ikut nurse yang panggil aku tu. Dah masuk bilik rawatan, macam biasa la, bukak sandal duduk atas kerusi rawatan dan rawatan pun bermula. 


Ada dua gigi aku nak kena tampal dan dua nak kena cabut. Bab tampal aku macam okay lagi la kan, maybe ngilu sikit² la tapi bab nak cabut tu yang aku tak tahan. Macam aku cakap hari tu, aku macam trauma dengan dentist sebab injection sebelum cabut gigi tu la. 
Seriously, doktor gigi ni buat kerja cepat giler. Doktor ni tampal dua gigi aku secara teliti dalam masa kurang 20 minit kot. *clap clap. Kagum aku. Lepas tu die tanya aku nak cabut gigi hari ni jugak atau nanti, aku cakap, sekali jalan je la doktor. Bukan sebab apa, aku takut aku dah takde kudrat nak menapak ke klinik gigi lagi. Macam² alasan aku buat nanti. Hahahahahahhaa.
Terus la doktor suruh nurse siap kan syringe, aku dengar 2 suntikan. Nak pengsan dah masa tu. Aku punya cuak, aku da membebel bebel kat doktor cakap aku takut la, ape la semua. Doktor tu siap boleh cakap kat aku, sakit injection ni tak sesakit nak bersalin tau. Adoi.. Memang la doktor oiii. Kemudian sampai la nurse bawak jarum suntikan dua ketul. Aku da gugup, gigil. Adohai.. Doktor suruh aku relax dan die masukkan jarum dalam mulut....... Nyettt... Rasa macam kena gigit semut tapi kat gusi la. Hehe. Fuhhh lega weh masa tu. Aku dah macam "yeay! I survived!" drama sangat. Haha. Aku lupa, ada lagi satu jarum belum dicucuk.. Kali ni kat tepi gusi, nyett sekali lagi.. Phewww... Serius weh, aku lega gila. Injection ni xsakit mana pun!


Siap boleh berlagak lagi cakap kat doktor, ok, tak sakit. Haha.. Doktor gelakkan je aku ni. Macam mana nak jadi mak budak ni. Aku rasa dah hilang sikit kot aku punya trauma nak cabut gigi. Tak tau nak cakap macam mana tapi aku happy sangat. Hahaha.. Tak pernah orang nak cabut gigi happy macam aku kot.
lepas kena cucuk tu, doktor suruh aku keluar dulu sebab nak bagi betul² kebas gusi & mulut aku baru cabut gigi nya. sementara tu doktor tu panggil next patient & buat rawatan kat dia dulu. aku pun melepak la kat kerusi luar bilik rawatan tu. segala takut, cuak, trauma aku da tak de. aku boleh sengih² sambil menaip entry ni. (tapi baru nak post harini).


ni gambar aku nak menyengih (senyum), tapi senyum senget sebab sebelah mulut dah kebas. haha. 
boleh tahan lama jugak la aku tunggu doktor rawat patient die yang masuk lepas aku tu, dekat sejam tapi sebab aku ni dah happy kena cucuk gusi tak sakit macam yang aku expect, aku masih boleh bersabar la. haha. 
Doktor keluar dari bilik rawatan pertama & ajak aku ke bilik rawatan sebelah. berkali² die mintak maaf sebab buat aku lama menunggu, tapi macam aku cakap tadi. aku takde rasa nak marah pun sebab happy. hahaha.. gilo. doktor tu cakap, mesin gerudi gigi kat bilik tu dah lama sangat, masa die pakai dekat aku okay je. datang patient lepas tu macam enjin kereta lama jadinya. sangkut². lepas tu slow je. die pun penat, nak kena duduk menghadap mulut patient lama sangat. padahal prosedur nya kejap je. 
dah masuk bilik rawatan lagi satu, aku pun dah ready atas kerusi rawatan nak cabut gigi. agak ngilu jugak la masa doktor korek² gigi aku yang nak cabut tu. rasa la tekanan sikit kat rahang tapi memang tak sakit. jangan risau. dalam 10-15 minit macam tu doktor dah berjaya cabut gigi aku. Alhamdulillah...
setiap gigi yang dicabut, memang doktor akan bagi mc, so aku dapat mc untuk 29 April 2015. terus la aku balik rumah. dah balik rumah baru terfikir, berapa lama ubat kebas ni tahan? macam mana kalau dah tak kebas nanti? sakit berdenyut² ke? sebab orang kata sakit gigi ni sakit ke-3 selepas sakit nak mati & sakit nak beranak. risau jugak la. tapi syukur, gusi aku berdenyut sikit² je. aku siap boleh makan roti dengan sambal telur lagi tenghari tu. sempoi kan? hahaha.. owh.. doktor takde bagi ubat tahan sakit pun dekat aku. ye la sebab ibu mengandung kan. seeloknya tak payah makan ubat apa² pun. tak elok untuk baby dalam perut ni.
so takat ni je la aku cerita pengalaman cabut gigi kekal aku yang pertama. doktor cakap good dekat aku sebab takde jerit² atau nanges². hahaha..
adios!
till next post~

~Tabung FurKids~