Thursday, December 27, 2012

tutorial meletakkan Nuffnang Ad (leaderboard) di bawah Blog Title

Assalamualaikum!
kali ni aku nak share sesuatu yang baru sahaja aku explore sendiri tadi.
aku tak suka iklan nuffnang aku ada kat atas blog title! tak cantik...... huhu
so aku google la kan cara2 untuk ubah leaderboard nuffnang tu ke bawah blog title.
aku dah bukak lebih sepuluh blog yang ajar tutorial ni tapi hampehhh.. satu pun tak berjaya..
so aku main2 sendiri je lah. ape orang kata? TRY AND ERROR lah...
dan Alhamdulillah!!!!!!! 
SUKSES! hehehe
meh aku ajar korang pulak.. dah boleh ni apa salah nya ajar orang lain pulak kan?
tapi....... 
AT YOUR OWN RISK lah ye..
aku buat menjadi.. so aku kongsi je lah...
so let's JOM!
(SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)




<div class='tabs-outer'>



TADAAAAAA......
 hehehe...
sekiaaaannn......

p/s> kalau ada apa2 tak faham, tanya lah ye... insyaAllah aku cuba jawab..

cat wall furniture a.k.a laluan kucing!

Assalamualaikum!
hello kawan2.. wahhhh.. cuti panjang! hehe
orang lain yang sambut krismas, kite pon sibuk nak cuti jugak...
rebut peluang kann... :p

korang perasan tak macam mana suka nya kucing2 korang memanjat atas almari, atas peti ais, atas semua benda yang boleh dipanjat la (kadang2 yang tak boleh panjat pon diorang panjat), lompat sana, lompat sini sampai kadang2 terasa macam bela monyet, bukan bela kucing.. haha
tapi itu memang tabiat (habit) diorang. 
kucing kan terkenal dengan ketangkasan diorang mendarat dari tempat tinggi, jadi itu cara diorang nak tunjuk hero kot? macam lion king la kan..

lagi satu yang aku dapat tengok dengan kucing kat rumah aku (MERLIN), kedudukan yang lebih tinggi dari kucing2 lain buat diorang rasa selamat (secure). MERLIN kan selalu jugak kena buli dengan si BOBO, jadinya dengan duduk kat tempat tinggi, die dapat mengawasi pergerakan BOBO. rasa aku laa

okay, kali ni aku nak sembang sikit pasal laluan khas kucing..macam takde kaitan je?
kih kih.. macam kelakar je bunyi.. 
alaa.... yang susun2 papan @ rak kat dinding tuuuu.....
macam ni..


wahh... seronoknyaaa...

kalau korang bela kucing lebih dari 3-4 ekor dalam satu rumah (INDOOR cat terutamanya), aku rasa seeloknya ada la laluan khas ni
bukan ape, kucing kita pon ada ruang yang lebih luas untuk bergerak.
selain dari tu, kucing2 korang pun akan rasa special cewahh dan selamat. secara tak langsungnya juga diorang exercise dan menjadi sihat!
diorang akan lebih tangkas sebab otot2 bergerak aktif. diorang jugak akan kurang stress sebab walaupun terperuk je kat dalam rumah, diorang ada ruang yang luas untuk di teroka..
haaa... amacam? terliur tak? hahahaha
aku ade ke tak benda ni kat rumah?
mestilah TAKDE! nanges (T_T)
aku kan duduk rumah sewa, mana boleh suke hati mak bapak aku je nak bertukang, kena halau keluar nanti acane???? 
tapi sebenar nya budget takde.. haha
tapi insyaAllah... murah rezeki, dah ada rumah sendiri memang nak buat macam ni.
doa2 kan lah jugak ye? ;)
meh aku kongsi design2 laluan kucing yang aku dapat dari Google search..
sebagai sumber inspirasi + angan2 kite semua.. hehe
enjoy!


  klik gambar untuk view yang lebih besar..


wassalam....



Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

Paper Craft

assalamualaikum & hello everybody!
im sure some of you guys know what i mean by papercraft..

'Papercraft is a form of cutting & crafting in which paper is used to create three dimensional objects such as models or sculptures. Some people refer to papercraft as pepakura, in an homage to the large Japanese papercrafting community. Papercraft can be large or small, humble or ambitious, and it is incredibly varied. It is also easy to learn, and the Internet has greatly facilitated the exchange of papercraft designs and patterns. In addition, many Internet forums provide useful tips for budding papercrafters who may be struggling with their work.' - WISEGEEK

I'M CRAAAAZZZZYYYYY ABOUT THIS RIGHT NOW!
i know about paper craft from a colleague and started this craft with sources from CUBEECRAFT
the best thing about this kind of craft is you can download it for FREE!!!!!!!

i know... no one can resist free stuff right? :P
just try it once, and I'm quite sure you can't stop downloading... 

here are some of the figure that I've completed..

click to ENLARGE
this dino is my new year 2013 calendar... 
nice huh?

u can get the template HERE..

Buh-Bye!

p/s>> starting today, Tuesday is going to be my English Language day.. one way for me to improve my writing in english at least. and PLEASE do correct me if i wrote anything wrong...



Thursday, December 13, 2012

Makanan manusia yang berbahaya kucing tak boleh makan!

Assalamualaikum kawan2...
aku rasa ramai antara2 kita yang punya haiwan peliharaan kan?
tak kira lah kucing ke anjing ke hamster ke tenuk ke tapir ke yang penting binatang yang korang bela kat rumah la.. tapi lebih berat post ni kepada kucing lah kan... :3
aku pasti tiap kali korang makan, si budak2 bulus ni sibuk nak jugak,
merengek macam tak makan seminggu! 
justeru itu, korang pon terasa kesian lalu korang pon menghulurkan la makanan tu untuk diorang melahap....
TAPI HATI-HATI YE KAWAN2!!

bukan semua makanan manusia tu elok untuk haiwan kesayangan kita.

ada makanan yang sedap untuk kita makan tapi rupa2 nya toksik dan racun untuk kucing kita!
antara makanan yang berbahaya tanpa kita sedar ialah:

1. SUSU LEMBU! 
(& apa2 yang diperbuat dari susu lembu seperti keju dll.)
terkejut tak? haaaa... tak semua orang tau pasal ni kan? 
perut kucing tidak dapat menghadam susu lembu kerana susu lembu mempunyai laktosa yang agak tinggi & ini akan menyebabkan kucing anda cirit birit & kemudian kekurangan air dalam badan
susu yang selamat untuk kucing hanyalah susu kambing atau susu formula khas untuk kucing & anjing yang ada dijual di kedai2 & klinik haiwan.

2. COKLAT!
tahukah anda, coklat merupakan TOKSIK pada kucing anda.
kandungan Theobramine yang terdapat di dalam coklat itu membuatkan ianya toksik pada kucing anda. 
coklat masakan & serbuk koko mempunyai kandungan Theobramine yang paling tinggi.
jika dimakan dalam satu kuantiti yang banyak, kucing anda boleh mengalami cirit birit kronik dan masalah saluran penghadaman. coklat juga boleh menyebabkan koma malahan kematian! kadar degupan jantung boleh naik secara mendadak & juga mampu menjejaskan sistem saraf.

3. SEGALA JENIS BAWANG!
hah! mesti korang fikir kucing siapa la yang nak mengunyah bawang tu kan?
tapi korang tau tak, sisa bawang yg kita masak buat tumis memasak tu kan dah ada rasa lauk yang kita masak, rasa ikan, ayam, daging. aku yang xsuka bawang sgt ni pun makan sebab da hilang rasa bawang. hee kita buang kat tong sampah atau pun budak berbulus bertuah ni curik2 makan masa kita tak nampak ke kan.
Bawang mengandungi N-propyl disulfida yang boleh memusnahkan sel-sel darah merah di dalam badan kucing dan menyebabkan sejenis anemia yang dipanggil Heinz body anemia

4. TELUR MENTAH!
eh.. bukan ke telur ni nanti jadi ayam jugak?
ye.. memang jadi ayam, tapi sebelum jadi ayam tu jangan lah bagi..
tahukah anda (ceewah), dalam telur mentah tu ada bakteria seperti Salmonella & E.Coli?
bakteria2 ini boleh menyebabkan keracunan makanan. selain itu, protein di dalam telur putih yang dipanggil avidin boleh mengganggu penyerapan vitamin b biotin yang boleh menyebabkan keguguran bulu & masalah kulit.

5. IKAN ATAU DAGING (LEMBU/KAMBING/AYAM) MENTAH!
Daging mentah dan ikan mentah sama je macam telur mentah, mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain tu, enzim dalam ikan mentah memusnahkan thiamine, yang merupakan vitamin B penting pada kucing. ia juga boleh menyebabkan masalah neurologi yang serius sehingga terjadi sawan dan koma.

6. UBAT-UBATAN MANUSIA!!!!!
yang ni aku BOLD besar sikit! sebab aku yang naif ni dulu pon penah bagi kucing aku makan panadol & ubat selsema manusia (kudusnya pemikiran aku masa tu!)..
seriously.... cuba fikir kalau dah ubat tu dicipta untuk manusia, sesuai ke dimakan kucing yang saiznya & sistem dalam badan die yang jauh lebih kecil dari manusia. maka kandungan bahan ubatan telah disesuaikan mengikut fungsi & saiz badan kita, bukan badan kucing! 
kandungan ubat terlebih dos boleh menyebabkan keracunan pada kucing anda & boleh membawa MAUT

kalau korang nampak kucing korang macam tak nak makan, tak nak minum walau pun dah cuba untuk force feed, tolong lah bawak ke veterinary terdekat secepat mungkin!
kan dah banyak klinik2 haiwan swasta dan kerajaan di serata negara kita ni, tolong lah bawa ke klinik.
jangan sesekali cuba untuk jadi doktor haiwan tak bertauliah (macam aku dulu. sobss..)

ada lagi sebenarnya makanan terlarang untuk kucing, tapi bagi aku ni yang selalu kita di Malaysia ni buat lah kan? jadi aku kongsi yang ni je.. 
yang lain2 korang boleh tengok dekat link2 yang aku bagi dekat bawah ni.
wassalam~~

SOURCE

Wednesday, December 12, 2012

WORDless Wednesday : BOBOntot...




WORDless Wednesday : BoBo selamat f.k.a kasim selamat...

Harimau Malaya!! auummm~~!

Assalamualaikum...
salam sejahtera kawan2 semua.. diharap sihat selalu lah ye..
rasa nya semua orang tau tengah demam piala AFF Suzuki sekarang ni..
aku pun tak terlepas mengikuti permainan oleh skuad kebanggaan negara kita iaitu 
Harimau Malaya (HM)... 
AAUUUMMMMM!!! 
(xtau nape kalau sebut harimau malaya je rsa nak mengaum! -over-)
 walaupun tak de lah minat sangat bola, tapi disebab kan semangat kenegaraan yang tersemat dalam hati ni (ceewah), terus jadi minat bila HM main..
tapi tahun ni tak macam tahun lepas, banyak tengok game dekat TV je. tahun lepas boleh kata rajin jugak lah ke stadium, tahun ni takde masa.. huhu (T_T)
nak dijadikan cerita lah kan, aku tengah fokus tengok game, rupanya ada lagi yang lebih fokus dari aku... 
hahahaha.. cuba tengok ni.. bukan main fokus lagi tau!

macam paham je kan...
senget2 kepala.. hehe sp

khusyuk sungguh! hehe..
makin lama makin dekat die dengan tv.. ingat kan semangat sebab nak tengok gol la kan...
rupa- rupanyaaaaa.........

  
owwhhh... nampak bola rupanya.. die pon nak main bola samaaa.......


adohai.. lepas tu si kecik ni pon sibuk la mengejar bola sama naik macam player kat padang tu...
masa ni game malaysia vs laos.
 believe me or not, elok je laos bubuh satu gol, si kecik ni terus pusing datang duduk sebelah aku..
hampa la kot laos dapat gol.. hehe...
tapi si budak kecik ni memang suka TV la. kalau orang tgk tv, die duduk depan2 tv tu mengadap.
kadang2 aku terfikir, mungkinkah dia (binatang2) faham apa yang berlaku keliling die?
sebab selama hidup aku dengan binatang2 keliling aku, aku dapat rasa yang diorang faham..
wallahualam....
:)

~Tabung FurKids~