Thursday, December 13, 2012

Makanan manusia yang berbahaya kucing tak boleh makan!

Assalamualaikum kawan2...
aku rasa ramai antara2 kita yang punya haiwan peliharaan kan?
tak kira lah kucing ke anjing ke hamster ke tenuk ke tapir ke yang penting binatang yang korang bela kat rumah la.. tapi lebih berat post ni kepada kucing lah kan... :3
aku pasti tiap kali korang makan, si budak2 bulus ni sibuk nak jugak,
merengek macam tak makan seminggu! 
justeru itu, korang pon terasa kesian lalu korang pon menghulurkan la makanan tu untuk diorang melahap....
TAPI HATI-HATI YE KAWAN2!!

bukan semua makanan manusia tu elok untuk haiwan kesayangan kita.

ada makanan yang sedap untuk kita makan tapi rupa2 nya toksik dan racun untuk kucing kita!
antara makanan yang berbahaya tanpa kita sedar ialah:

1. SUSU LEMBU! 
(& apa2 yang diperbuat dari susu lembu seperti keju dll.)
terkejut tak? haaaa... tak semua orang tau pasal ni kan? 
perut kucing tidak dapat menghadam susu lembu kerana susu lembu mempunyai laktosa yang agak tinggi & ini akan menyebabkan kucing anda cirit birit & kemudian kekurangan air dalam badan
susu yang selamat untuk kucing hanyalah susu kambing atau susu formula khas untuk kucing & anjing yang ada dijual di kedai2 & klinik haiwan.

2. COKLAT!
tahukah anda, coklat merupakan TOKSIK pada kucing anda.
kandungan Theobramine yang terdapat di dalam coklat itu membuatkan ianya toksik pada kucing anda. 
coklat masakan & serbuk koko mempunyai kandungan Theobramine yang paling tinggi.
jika dimakan dalam satu kuantiti yang banyak, kucing anda boleh mengalami cirit birit kronik dan masalah saluran penghadaman. coklat juga boleh menyebabkan koma malahan kematian! kadar degupan jantung boleh naik secara mendadak & juga mampu menjejaskan sistem saraf.

3. SEGALA JENIS BAWANG!
hah! mesti korang fikir kucing siapa la yang nak mengunyah bawang tu kan?
tapi korang tau tak, sisa bawang yg kita masak buat tumis memasak tu kan dah ada rasa lauk yang kita masak, rasa ikan, ayam, daging. aku yang xsuka bawang sgt ni pun makan sebab da hilang rasa bawang. hee kita buang kat tong sampah atau pun budak berbulus bertuah ni curik2 makan masa kita tak nampak ke kan.
Bawang mengandungi N-propyl disulfida yang boleh memusnahkan sel-sel darah merah di dalam badan kucing dan menyebabkan sejenis anemia yang dipanggil Heinz body anemia

4. TELUR MENTAH!
eh.. bukan ke telur ni nanti jadi ayam jugak?
ye.. memang jadi ayam, tapi sebelum jadi ayam tu jangan lah bagi..
tahukah anda (ceewah), dalam telur mentah tu ada bakteria seperti Salmonella & E.Coli?
bakteria2 ini boleh menyebabkan keracunan makanan. selain itu, protein di dalam telur putih yang dipanggil avidin boleh mengganggu penyerapan vitamin b biotin yang boleh menyebabkan keguguran bulu & masalah kulit.

5. IKAN ATAU DAGING (LEMBU/KAMBING/AYAM) MENTAH!
Daging mentah dan ikan mentah sama je macam telur mentah, mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain tu, enzim dalam ikan mentah memusnahkan thiamine, yang merupakan vitamin B penting pada kucing. ia juga boleh menyebabkan masalah neurologi yang serius sehingga terjadi sawan dan koma.

6. UBAT-UBATAN MANUSIA!!!!!
yang ni aku BOLD besar sikit! sebab aku yang naif ni dulu pon penah bagi kucing aku makan panadol & ubat selsema manusia (kudusnya pemikiran aku masa tu!)..
seriously.... cuba fikir kalau dah ubat tu dicipta untuk manusia, sesuai ke dimakan kucing yang saiznya & sistem dalam badan die yang jauh lebih kecil dari manusia. maka kandungan bahan ubatan telah disesuaikan mengikut fungsi & saiz badan kita, bukan badan kucing! 
kandungan ubat terlebih dos boleh menyebabkan keracunan pada kucing anda & boleh membawa MAUT

kalau korang nampak kucing korang macam tak nak makan, tak nak minum walau pun dah cuba untuk force feed, tolong lah bawak ke veterinary terdekat secepat mungkin!
kan dah banyak klinik2 haiwan swasta dan kerajaan di serata negara kita ni, tolong lah bawa ke klinik.
jangan sesekali cuba untuk jadi doktor haiwan tak bertauliah (macam aku dulu. sobss..)

ada lagi sebenarnya makanan terlarang untuk kucing, tapi bagi aku ni yang selalu kita di Malaysia ni buat lah kan? jadi aku kongsi yang ni je.. 
yang lain2 korang boleh tengok dekat link2 yang aku bagi dekat bawah ni.
wassalam~~

SOURCE

No comments :

Post a Comment

CommenT Here guys~~

~Tabung FurKids~