Tuesday, January 26, 2016

Puree Apple

Assalamualaikum..
hari ni aku share pengalaman aku buat Puree Epal ye.
puree epal ni kira macam first food yang paling kerap di buat ibu² sebagai makanan pertama baby diorang.
lepas tu cara buat puree epal ni pun paling banyak yang keluar dulu kalau google pun.

Cara buat Puree Epal


(kalau google pun banyak resepi)
1. sediakan tempat kukus & panaskan air kukusan dulu.
2.kupas kulit epal dulu dan buang bahagian biji epal kat tengah tu.
3. potong dadu epal tadi. lagi kecik potongannya lagi cepat epal tu lembut.
4. letak epal dalam bekas & masukkan dalam bekas kukus.
(supaya masa proses kukus, jus dari epal tu berkumpul dalam bekas tu)
biarkan kukus dalam 10-15 minit. bergantung macam mana kau potong epal kau tadi.
5. siap kukus, masukkan dalam food processor/ blender, blend sampai halus.

Nota kaki penting: 
1. kalau pakai blender biasa, sila pastikan buah tu betul² dah di blend halus semuanya. kalau tak halus, sila tapis dan guna sudu untuk penyek² kan puree tu pada penapis, just to make sure there are no apple chunks kat puree kau. bahaya untuk baby, takut tersangkut kang, tak pasal je.
 sebab aku pakai blender, puree tak smooth dan halus macam pakai baby punya food processor.
contoh zip bag
contoh ice tray
2. simpan puree ikut portion anak makan. nak senang guna ice tray macam ni. bila dah betul beku, masukkan dalam zip bag atau tupperware (asalkan bertutup)
 supaya terjamin bersih & bau bau dari barang lain (ikan, ayam) dalam freezer kite tu tak lah terserap kat dalam puree ni.
(kat daiso ada jual ice tray yang bertutup, lagi senang, tak payah alih² puree tu dah)
3. dah bagi makan, bukan bermaksud baby dah tak minum susu. baby akan minum susu macam biasa juga ye. jangan kau catu pulak susu baby tu. huhu
4. boleh campur susu ibu dalam puree, seeloknya masa nak makan baru campur susu. elakkan campur susu untuk puree yang nak disejuk beku.

ok lah. tu je. apa² nanti kite sambung entry lain ye..
~toodles~

No comments :

Post a Comment

CommenT Here guys~~

~Tabung FurKids~