Wednesday, December 30, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Sulung 4 (HSAH Sungai Petani)

Assalamualaikum..
so sambungannya.. maap la lambat sikit.
hakak kan dah ada anak, hari cuti panjang pun tak sempat nak update blog.
mana nak hadap anak, mana nak hadap laki, mana nak hadap anak bulus, mana nak hadap rumah... huhu memang tak sempat. 
ok lah.. kite sambung lagi...

maka pada 28hb Julai 2015, seperti dijanjikan, aku pun check-in la dekat hospital. nurse da limaploh kali pesan kat aku suruh datang awal. pukul 8 pagi dah kena ada dekat hospital. so aku pun dengan naif nya terpacak la kat lobi untuk daftar masuk wad pukul 8 pagi. 
isi borang, bagi Guaranatee Letter (GL), lengkap prosedur, diorang bagi surat dan bagitau wad mana. 
WAD KENANGA 12

berjalan lah aku ke wad dengan ayah & suami. 
mama tak ikut sebab ada banyak kerja rumah yang nak dibuat, lagipun nanti mama yang nak teman kat dalam wad kan.
sampai dekat wad, suami je boleh teman masuk untuk tolong angkat beg. 
masuk² tu dengan harapan terus dapat katil la kan macam masa kat HUKM, tapi hospital kerajaan biasa la kan. nasib baik la ade jugak kerusi malas kat situ. so nurse suruh aku rest dekat situ.
kat situ jugak lah doktor datang cucuk iv, amek darah.. huhu
  
tapi agak tak selesa sebab kat tempat orang nak lalu lalang kan, depan sinki tempat orang cuci tangan pulak tu. huu. tapi pasrah je la. aku suruh laki aku balik dulu la.
dalam pukul 8.30pagi aku naik wad, dekat pukul 3 petang baru aku dapat katil.
ada ibu² yang datang kemudian dari aku dah ke hulu ke hilir pegang perut layan kan contraction. 
huiihh.. lagi laa.. kesian. serius. tapi nak buat macam mana memang katil penuh. takde yang check-out pagi.
elok dapat katil, aku menyusun barang dulu dalam almari.aku layak untuk wad kelas 2, tapi aku dapat wad kelas 3.tapi tak kisah sebab selesa jugak. tempat luas. cuma bila waktu melawat tu semak sikit la sebab 6 katil penuh pelawat kan. waktu biasa ok je.
petang tu doktor check baby semua. lepas tu setiap 1-2 jam nurse akan datang pantau heartbeat baby, even pagi² buta time ko tengah tido. huhu
esok pagi pukul 6, nurse kejut nak check jantung baby lepas tu suruh aku mandi dan salin pakai baju OT yang warna putih tu. 
first time la kata kan, aku boleh pakai baju ni, tempat ikat nya tu kat depan. nurse gelakkan aku lepas tu die suruh pegi terbalikkan. jadi tak reti jalan aku angin masuk ikut belakang. hahahahha..
dalam pukul 7 macam tu nurse masukkan catherer atau tiub kencing (ngilu!), dan dalam pukul 8.30pagi aku ditolak masuk OT. aku ingat sempat jumpa laki dengan parents aku sebelum masuk OT, tapi disebabkan tak tau exact time nak kena operate, diorang standby je kt rumah dulu. masa nak kena tolak masuk OT baru nurse suruh call waris bagitau.
takutnya nak kena operate pertama kali, aku tak tau nak gambarkan macam mana.
aku cuba sedaya upaya untuk relaks kan otak & badan aku sebab tak nak OT tertangguh.
lepas kena inject ubat pelali kat tulang belakang, doktor tanya rasa kaki ke tak dan kemudian berlangsung lah operasi keluar kan baby.
bergoyang² je aku rasa masa doktor keluarkan anak aku. haha.
aku dengar bunyi 'ekkk' je. pastu diam. aku yakin tu bunyi baby aku. kenapa die tak nangis macam dalam cerita kat tv. huuhu. risau jugak sampai aku panggil doktor tanya baby aku da keluar ke belum. baru nurse tu bawak tunjuk baby kat muka aku.
macam tak percaya je aku dah ada anak oi!
baby nurse tolak keluar dulu. maybe nak bersihkan dulu kot.
pastu dalam pukul 11 macam tu aku keluar OT, muka mamai lagi.
nampak laki aku dengan mama senyum je.. aku masa tu memang tak daya nak senyum or buat apa.
sampai je wad nurse cakap boleh minum sikit², aku terus mintak air. dahaga yang amat.
baby belum sampai lagi masa ni. dalam 30 minit lepas aku kat wad baru diorang tolak baby ke katil aku.
tak tau macam mana nak gambarkan. ye ke budak comel ni yang keluar dari perut aku.
huhuhu....
nak tengok budak comel tu?
next post ye aku share.. hehe
dah panjang sangat dah ni.
toodles~

No comments :

Post a Comment

CommenT Here guys~~

~Tabung FurKids~