Tuesday, December 1, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Sulung 2 (HUKM)

Assalamualaikum.. hello²~
okay.. kite sambung balik cerita tergantung.
aku masuk wad 20hb Julai 2015. malam tu tido hospital, first time tido hospital oi
malam tu doktor da start masukkan tubing kat tangan.
selalu nya aku tak berapa heran sangat kalau kena cucuk ni, but this time serius sakit. aku rasa macam denyut², lain macam je ni, aku panggil doktor bagitau sakit. so doktor cabut la jarum ni, cucuk semula. mak aii.. tau cucuk kat mana, kat pelipat antara ibu jari dengan jari telunjuk tu.
lagi la haiii.. nak menggenggam barang pun ngilu tapi tak sakit macam yang mula la kan.



ni cucuk asal. yang cucuk kemudian tak tangkap gambar pulak. huhu


start 11 malam tu nurse dah suruh aku puasa. tak boleh makan minum apa². tp aku curik minum air jugak sikit. dahaga woi.

esoknya dalam pukul 8-9 macam ada satu group doktor pelatih + doktor pakar datang review setiap pesakit dalam wad tu. masa aku masuk memang takde orang sangat pun. area katil aku tu ada dalam 6 katil, cuma 3 je yang occupied termasuk katil aku.
bila sampai turn aku, doktor pelatih ni terang la pasal kes aku, baby breech bla bla. warded for ECV procedure bla bla.. pastu diorang mintak nak scan baby. nak tengok kedudukan baby pagi ni.
aku boleh dengar jugak la doktor pakar tu macam question kenapa aku kena warded a day before, tak tido hospital pun takpe. 
aku cuma ikut apa doktor tulis kat buku pink je. 
macam ada drama jugak la sikit plus aku cakap aku kalau boleh taknak bersalin kat sini, nak bersalin kat kedah. lagi la doktor pelatih tu kena hentam. huhu
tau kenapa doktor pelatih tu kena hentam? sebab ECV tu procedure die agak berisiko, kalau baby ada tunjuk tanda² kurang oksigen ke, terbelit tali pusat ke, jantung laju ke, kena terus operate hari tu jugak. so doktor pakar ni macam marah la kenapa tak terang dekat patient betul² sebelum buat keputusan. doktor pakar tu tanya aku balik, untuk reconfirm kalau aku bersedia kalau terpaksa operate sini, aku cakap kalau terpaksa aku redha je lah kan. tapi kalau boleh memang nak bersalin kat kedah. so proceed dengan procedure ECV tu.
dalam pukul 12-1 tengahari tu doktor datang bawak mesin ultrasound dan inject aku dengan ubat yang nak bagi jantung aku laju. maybe untuk aku relaks kot, tak ingat. tapi lepas kena inject ubat tu, tangan jadi macam gigil. effect macam lepas makan ventolin (ubat asthma). ko rasa badan ringan je.
bila ubat tu dah take effect, doktor sapu gel kat perut dan mula menolak perut aku. 
hmmm... sakit jugak la. tapi sebab fikirkan yang terbaik, tahan je la.
doktor yang buat ECV untuk aku tu, kurus, kecik. tangan die sangat menyakitkan. maybe sebab tulang je kot. banyak kali die try, dan banyak kali jugak aku tarik nafas panjang tahan sakit. kepala baby dah membongkok tapi bontot nya dah pun dalam laluan. so susah la sikit nak pusing.
last² die panggil lagi sorang doktor untuk cuba buat jugak. doktor lelaki, sorang pusing kan kepala, sorang lagi pusingkan bontot baby. pheww.. aku memang diam je. sebab menahan sakit.
doktor laki tu siap cakap kat aku "bagus la puan ni. kite cuba lagi ye."
aku nak cakap tak nak, tapi aku fikir kot la kali ni baby nak ikut pusing ke kan. so aku senyum kelat je la.
last try pun baby still tak pusing. pasrah je la. 
doktor pantau heartbeat baby setiap jam. dan bila diorang puas hati diorang discharge aku dengan syarat malam tu jugak aku kena gerak balik kedah dan kena refer hospital besar esok pagi.
 aku pun setuju.

dapat la aku makan tengahari kat hospital ni dulu sebelum balik,

petang sikit baru semua hal setel dan dapat discharge letter. terus balik rumah, kemas barang mana yang patut dan bertolak balik ke Kedah dengan suami terchenta...
kenapa kena terus balik kedah malam tu jugak? aku tak pasti tapi aku rasa sebab doktor takut apa² jadi kat baby kot. tiba² tak stabil ke kan sebab dah kena 'usik' kat Hukm ni. 
ok lah.. nanti aku sambung lagi cerita pegi Hospital Sungai Petani pulak macam mana.
adios~

~Tabung FurKids~