Tuesday, December 15, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Sulung 3 (HSAH Sungai Petani)

Assalamualaikum..
okay lah, kita sambung lagi cerita.....
21hb Julai, malam aku keluar wad (HUKM) tu jugak aku terus gerak balik ke Sungai Petani.
sebab 22hb pagi aku dah kena pegi jumpa Doktor Pakar dekat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. 
jadi nya pagi² rabu tu aku dah terpacak kat HSAH, bahagian O&G. amek nombor & buat checkup macam biasa, timbang berat, check HB, scan baby. tapi scan kali ni lama sikit, dalam setengah jam sebab nak monitor heartbeat baby normal atau tak kan lepas buat ECV tu.
then jumpa doktor balik, doktor cakap semua normal & aku boleh pilih tarikh untuk operate.
boleh tak masa tu aku tak terfikir pun nak pilih tarikh cantik ke, senang ingat ke, ape ke. aku cakap ikut doktor je. hahaha.. senang kan aku ni? pfftttt...
mula² doktor nak operate aku 30 Julai. aku macam ok je, lepas tu die check buku appointment dah penuh untuk OT untuk hari tu. jadinya bawak ke 29hb Julai. kenapa la aku tak pilih 1 Ogos je. kan senang. heww... serius tak terfikir ape dah sebab aku dok teringat nak kena belah perut je masa tu. haha.
so dah decide 29hb Julai 2015 untuk aku melahirkan secara pembedahan & aku kena masuk wad 28hb Julai pagi.....
memandangkan aku dah tau tarikh nak operate, apa lagi.. melantaklaaa...

balik dari hospital ajak laki aku pegi beli kek la apa bagai..

pegi lepak mamak, minum teh tarik. lepas tu petang tu laki aku balik kl dulu. nanti 27hb lepas keje die gerak balik sini balik.
esoknya tu, mak aku boleh ajak pegi makan seafood pulak kat Kuala Muda.
tepi pantai dekat area kena Tsunami dulu. ada satu kedai tu mak aku cakap sedap dan aku memang dok teringin nak makan ketam masak cili. dapat pulak makan kat situ memang puas hati...
haaaa.... amek kaw.. penuh satu pinggan. memang puas hati. sedap pulak tu.. huhu
ikan bakar lagi, sotong sambal lagi. aisyhh... terliur pulak aku tengok gambar ni. 
balik dari makan tengahari mak aku tanya ade nak makan ape lagi tak? tiba² aku teringat ais kacang special kat Pantai Merdeka. hehe.. menyinggah la ke sana pulak. 
mula aku nak beli satu je, pastu mak aku suruh amek dua. 
bungkus sebab masa tu da kenyang sangat, tak boleh masuk ape dah. 
kalau tak hujan, memang aku ajak mak aku melepak je situ amek angin laut.
esoknya pulak aku pegi Penang. ikut bapak aku dengan abang aku ke Komtar. abang dengan adik aku nak kawen so diorang ada tempah set baju blazer seluar kat Komtar tu. suprisingly murah okay tempah situ.
 
mak buyong excited nak pi Penang. hahaha
mengikut tu bukan sebab apa, dok teringat pasemboq penang.
nak pegi Padang Kota, tapi adik aku ada event Bon Odori that night kat Padang Kota. dan Padang Kota kalau ada event, tak payah la nak berangan pi jalan² dengan tenang. so kami makan dekat Padang Brown saja lah.
Boleh la dari tak ada kan... tak sedap sangat la. kuah dia kureng sikit. tapi cendol dengan LaiCiKang kat situ memang A+..
aku siap bungkus lagi nak buat minum dalam kereta. bapak aku dah geleng kepala. hahahahaha
memang puas aku berjalan & makan masa tu. hahaha
dok message laki aku bagitau pegi sana, makan ini, itu.. die ish² kan aje. hahahaha
so hari² terakhir aku melepak kat rumah je. dengan kucing² mak aku.




siap boleh mandikan kucing, mengemas barang baby.


ke hulu ke hilir macam orang belum sarat. hahaha
sampai pakcik aku tegur, kamu ni dah sarat macam tak mengandung je.
Alhamdulillah. aku mengandung tak ada alergi, mual² atau mengidam apa² sangat. teringin² biasa je.
boleh buat semua kerja sendiri, kaki tak bengkak sangat. memang tak teruk. syukur sangat².
lepak punya lepak, tiba lah tarikh 28hb.. aku kena check in kat HSAH.
nanti aku cerita lagi ye dari aku check in sampai la aku kena operate..
tunggu~~


~Tabung FurKids~