Tuesday, April 21, 2015

Elli? Markonah? hah?

Assalamualaikum!
aku jumpa budak ni kat stesen LRT Sungai Besi, sekor² tanggal 10 Januari 2013.
mula² memang niat aku nak bagi makan je, macam yang biasa aku buat kalau aku jumpa kucing² terbiar ni.
tapi hati ni macam berat sangat nak tinggal budak ni kat stesen LRT tu. tak tau kenapa.
masa tu bigboss yang ambil aku kat LRT, aku dengan berat hati tu tinggal jugak budak ni kat situ tapi kejap je la.
kereta da sekerat jalan nak sampai rumah (tak jauh dari LRT), aku mintak bigboss patah balik.
die tengok aku, aku ulang lagi suruh patah balik.
nasib baik bigboss ni kuat melayan aku. IloveU hahaha.
jadi die pon patah balik ke stesen LRT tu dan aku pun angkut la si budak ni balik rumah aku.



ni gambar malam aku bawak balik die tu.
nampak macam berisi kan, tapi sebenarnya kurus. die berisikan anak dalam perut je.
itu antara sebab utama aku nekad bawak die balik jugak.
manja sangat. suka cium muka kalau kite dekatkan muka kite dengan muka die.

aku cerita dekat kawan² SCRATCH aku pasal budak ni, aku risau aku tak mampu nak tanggung kos rawatan & penjagaan die masa tu, jadi aku fikir nak carikan fosterer lain.
jadi salah sorang kawan aku offer nak tolong foster kan.
aku biasa panggil die BangBo je. 
jadi nya 2-3 hari kemudian, si budak ni dah beralih ke tangan BangBo.



ni masa agak baru sampai rumah BangBo rasanya. masa ni die masih okay.
BangBo bagi nama budak ni Elli.
lepas tu ade BangBo nak pegi travel mane tah, die mintak ada sorang hamba Allah ni jagakan sementara die takde, balik je BangBo dari travel ni perangai Elli da lain.
Elli jadi tak manja, agresif.
tak suka di pegang, tak suka di usap. lain nya dari Elli yang aku kutip dulu.
sibuk nak melarikan diri dari rumah.


ni hidung die luka dalam cubaan melarikan diri melalui tingkap.
haih Elli.. Elli..
Tuhan je yang tau kenapa kau tiba² berubah kelaku.
lepas tu, BangBo tukar nama Elli ke Markonah.
kononnya macam kes baby² manusia la, nama berat so anak asyik nangis je kan.
jadi Elli dah bertukar ke Markonah.
ajaibnya, lepas tukar je nama Markonah, die dah makin okay.
kurang sikit meroyan nya tu.


lepas dari tu, si Markonah ni semakin cantik.
nak nama melayu jugak la rasa nya. hahaha

Markonah, MiHo & Jojo (anak Markonah - RIP).




macam kucing kacukan kan? padahal asalnya dari tepi jalan je.


biar gambar² ni  jadi bukti, kucing terbiar pun boleh jadi lagi cantik dari kucing² yang dibeli tapi tak terjaga.


bila dah lawa macam ni, post dekat wall for adoption bukan main berlumba² nak adopt.
tapi nak bagi ke? sorry la. tu hanya nak test market je.
biasa lah manusia kan tamak, nak yang cantik je.
BangBo dah jatuh cinta dengan Markonah dan bercadang nak adopt terus si Markonah ni.
aku tak boleh bayang kan adopter yang lebih baik dari BangBo.
aku tak menyesal sikit pun kutip die dulu tapi aku akan terus senyum sebab Markonah dah happy dengan Apark kesayangannya.

semoga Allah murahkan lagi rezeki BangBo.

p/s>> owh aku ade cakap si Markonah ni pregnant kan masa aku kutip die? nanti aku cerita pasal anak² die pulak bila aku rajin.


~Tabung FurKids~