Wednesday, April 29, 2015

Dentist.. oh Dentist...

Assalamualaikum & selamat pagi..
fuhh.. hari ni aku ada appointment dengan Dentist. 
kalau ikutkan hati aku tak nak pergi.
aku memang ada masalah sikit la dengan dentist, tak tau kenapa.
padahal masa kecik aku ingat lagi mama memang selalu je hantar aku pegi Pusat Latihan Pergigian masa aku dok Penang dulu. dapat rawatan free tapi kan sebenarnya jadi tikus putih untuk nurse² pergigian ni jalankan amali diorang. setiap berapa bulan tah mesti pegi. tapi masa tu sumpah tak heran pun. tak de rasa takut atau cuak sikit pun.


sampai la masa aku darjah 3 ke darjah 4 macam tu. aku pergi klinik gigi area rumah aku kat Lebuh Pantai, kena cabut gigi. aku tak ingat banyak mana gigi yang aku kena cabut, tapi yang paling aku ingat masa doktor tu cucuk gusi aku. mak aiii.. rasa nak terajang je doktor tu. sakit nak mampus woi!

start dari tu aku jadi alergik dengan perkataan dentist ni. dengar bunyi drill gigi pun aku dah ngilu² weh.

2-3 tahun lepas aku ade jugak pegi dentist buat root canal kat dentist area Maluri ni. tapi tu pun sebab aku betul² dah tak tahan sakit gigi ni. serius aku takut sangat masa doktor tu masukkan syringe untuk injek gusi aku. aku dah genggam kerusi kaw² dah. lepas tu tiba² je doktor tu kata "DAH". aku macam, "eh, dah cucuk ke doktor?" die senyum je cakap dah cucuk dah. tak sakit kan. baru aku ingat, sebelum injek tu doktor ada calit macam gel perisa berry kat gusi aku, gel tu rupanya nak bagi kebas tempat injek. phewwww.... serius lega. rasa macam takut pada dentist tu ade kurang sikit la. plus, doktor gigi aku tu HENSEM hoi. haha


tapi harini, aku nak kena ke klinik gigi kerajaan sebab appointment dibuat oleh klinik ibu & anak yang aku pegi check-up tiap² bulan tu. aku seriau (risau) jugak. sebab biasala, kat Malaysia ni ramai yang double standardkan yang swasta dan kerajaan kan. kononnya yang swasta akan sungguh² buat kerja manakala yang kerajaan sambil lewa. (aku kerja gomen, so aku memang selalu dengar org ckp macam ni & aku tak setuju pon!). so nanti aku share pasal pengalaman aku kat klinik gigi gomen ni ye.

ya Allah.. kuat kan lah hati aku. takut weh. serius...
doakan aku
macam nak pergi perang daa
sayonara for now..
happy wednesday...

~Tabung FurKids~