Wednesday, January 2, 2013

New Year, New house, New start!

assalamualaikum!
SubhanAllah.. sekejap je dah berlalu setahun kan?
dah masuk 2013 dengan izin-Nya.. 
so apa azam korang tahun ni? 
azam aku sama je tiap2 tahun, 
Untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.. 
mcm boring je kan azam aku?
sebab apa azam aku macam ni? sebab azam tu lebih universal. dalam apa jua bidang yang aku akan ceburi, aku nak jadi lebih baik, kalau list satu2 banyak sangat.. hehe
contohnya, study aku, insyaAllah aku akan cuba dapatkan anugerah dekan, untuk kerja pulak, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjadi lebih baik dan lebih rajin untuk membantu yg lain, untuk kehidupan aku, aku nak cuba menguruskan kewangan aku yang tak pernah terurus ni  (-_-") dan lain2...
ada member aku cakap, buat wishlist barang2 atau target yang kita nak capai, insyaAllah, sekurang kurang nya 3/10 dari wishlist tu akan tercapai.. ini aku akan cuba tahun ni...
tapi next entry baru aku kongsi wishlist aku ok? bagi aku masa fikir dan berangan dulu.. hehehe
errrrr.... aku pindah rumah lagi.. yes! aku tau korang mesti fikir "pindah lagi minah ni"
tp aku tak bermasalah tau! saje nak rasa duduk sendiri. lagipun anak2 dah makin ramai. 
bila menyewa bilik ni, kite kena jugak fikir pasal housemate yang lain ye tak? dah la nakal2 semua nya.. 
sekurang2 nya, bila aku da dok sendiri, anak2 nak tunggang terbalik kan rumah pun, aku je yang nak hadap. bilik pun lebih bersih sebab litter tray boleh letak kat luar, bukan dalam bilik lagi. 
nak solat pun tak was2 dah. :)
ok lah.. walaupun aku da lambat satu hari, tetap jugak nak wish...

avatar aku xnak kalah.. hahaha.. :p
selamat tahun baru.. semoga semua akan ke arah yang lebih baik.. 
semoga maju jaya & sejahtera hendak-Nya.. 
semoga dikurnia kan kesihatan yang baik.... 
semoga dilimpahi rezeki & rahmat dari Nya...
semoga dipermudah kan segala urusan..
amin......
insyaAllah....

Wassalam...

p/s>> sape kucing kiri atas sekali yang nama ebby tu? jeng..jeng..jeng.... entry akan datang ye...

~Tabung FurKids~