Wednesday, October 3, 2012

si putih a.k.a Merlin

assalamualaikum..
hye semua.. lama sangat dah biarkan blog ni bersawang. huhu..
bukan nya taknak update, tapi disebabkan sibuk kerja + belajar + aktiviti dengan Scratch, memang tak sempat sangat nak update.
sebenarnya limit aku untuk bela kucing paling banyak cuma dua ekor, sebab aku cuma menyewa bilik je kan. kalau bela ramai2 nnt, diorg stress pulak. kalau korang memang pernah baca blog aku korang akan tau kucing aku cuma si KID & BOBO je.
tapi kan..
aku ada rahsia nk bagitahu......
ada tambahan baru pada bilangan anak2 bulus aku. jumpa dekat kawasan perindustrian shah alam. ada satu je kedai makan mamak kat situ, itu pun tiap kali kucing pergi kat kedai die, pekerja die akan halau. ada sekor kucing bunting, tapi nampak sihat. maybe ada yang bagi makan. lepas tu masa nak keluar jalan besar, nampak ada sekor kucing putih kurus + comot sembunyi2 belakang pokok. turun dari kereta member, cuba approach si putih tu tapi die lari masuk longkang. aku mintak member aku yang baik hati tu tolong bawak aku pergi 7-Eleven yang tak jauh dari situ, aku beli kan wetfood dua tin. satu untuk kucing bunting dekat mamak, satu lagi untuk umpan si putih tu. lepas dah bagi si bunting makan, cuba pergi approach si putih semula. bila dipanggil2 dgn tangan yang bau wetfood lepas bukak tin untuk si bunting tu, si putih datang.


nak dijadikan cerita, tempat pembuka tin wetfood untuk si putih ni boleh tercabut pulak! macam2 cara aku cuba untuk buka wetfood tu. aku ketuk dgn kayu, korek dgn kunci. xboleh jugak. kebetulan pulak dah lambat nak ke SACC sbb nk arrange barang untuk event lg 
(aku tlg Scratch handle event dekat SACC mall, Shah Alam). aku terus tanya member aku yang baik hati tu boleh tak kalau aku bawak kucing ni naik kereta die (dia suka kucing jugak tp sbb dia bukan gila kucing macam aku, kena tanya dulu), and die kata tak kisah..
alhamdulillah.. syukur kepada Mu ya Allah.. aku punya kawan yang baik hati. :)
nak tengok si budak putih ni?

ni la die si budak putih...
nama baru die MERLIN.
dah debab..
nnt aku upload gmbr die masa kurus dulu.
kalau tido, mmg tak ingat dunia.. hehe
tengok lah tu!
terjelir lidah.. haha
ni favourite spot merlin untuk tido.
depan pintu. suka sgt!
dalam cat tree.. hehe
kena cubit pipi!
ni gambar terbaru die... semakin membesar bagai johan!
die kuat makan, mungkin die takut akan jadi macam dulu kot, susah nk dapat makanan
 mula memang ingat nak foster je dulu kejap sebab die semi-long hair. putih + ada very light orange stripes kat badan die. takot ada yang suka- suki nak kawen2 kan die, so ingat nak kasikan die and bagi comel2 baru put for adoption..
tapi da tersayang pulak. :(  tak sampai hati nak bagi orang sebab kita tak tau macam mana orang akan layan die nanti. kalau kawan2 terdekat tak pe lagi. kalau complete stranger ni susah sikit. so last2, bela sendiri...
ini je lah dulu untuk hari ni..
nanti aku rajin, aku cerita lagi ok?
adios... amigos...
assalamualaikum.....

~Tabung FurKids~