Showing posts with label cats. Show all posts
Showing posts with label cats. Show all posts

Monday, June 15, 2015

"sunat" kucing??

Assalamualaikum.. Hujung bulan lepas, aku bawak budak dua ekor kat rumah aku ni pi "sunat". "sunat" tu bahasa senang untuk kembiri. tau tak ape tu kembiri? kembiri tu satu proses memandulkan haiwan.  kenapa memandulkan haiwan? tak kesian ke?....... ini soalan biasa yang aku dapat bila orang tau aku memang "sunat" kan kucing² aku. sebab aku ni sedar diri. aku tak mampu nak jaga kalau kucing banyak² kat rumah aku tu. nak senang faham, macam ni lah kan. manusia pun merancang dalam melahirkan anak, betul tak? ada yang merancang dengan pakai kondom la, pil perancang la, ada jugak yang terus ikat peranakan kan? sebab apa? sebab manusia berakal. kita boleh berfikir. boleh guna anugerah Allah bagi tu untuk rancang keluarga, tapi binatang tak berakal. kita lah sebagai khalifah kat muka bumi pinjaman Allah ni yang boleh nak bantu haiwan² ni. 

ni hah budak dua ekor yang aku hantar pi sunat.  ni gambar sebelum.. kalau korang perasan, populasi haiwan jalanan dah terlalu banyak kat luar sana tu. dari kita penuhkan rumah dengan anak² kucing yang baru lahir tu, kan ada baiknya kalau kita kutip & tolong kucing² atau anjing² terbiar yang merempat & tak cukup makan kat luar tu.  "alaaa... saya duduk rumah kampung, takde masalah la kucing nak beranak banyak²" ini benda yang dah biasa dah aku dengar. okay lah, beranak banyak², lebih kurang kucing kat kampung tu dah ada 20 ekor, cuba tanya diri balik.  mampu bagi makanan terbaik tak untuk diorang??? mampu ke nak rawat kalau 20 ekor tu sakit nya berjangkit sesama sendiri??? mampu ke nak bahagi kasih sayang kat yang 20 ekor tu??? mampu ke nak sediakan tempat selamat, tempat selesa untuk diorang tidur???? kalau mampu, Alhamdulillah. tapi kalau tak mampu??? secara tak langsung nya kite dah 'mendera' kebajikan kucing² tu tanpa kita sedar. betul tak? okay lah, berbalik cerita aku pi "sunat" anak bulus aku yang dua ekor tu. si Momo dengan si Polka. dua² nya aku rescue masa diorang ni kitten lagi. sekor dari kedai makan, sekor lagi dari bawah rumah dalam longkang. aku memang ada soft spot untuk kitten, bukan sebab diorang comel je tau, tapi sebab anak kucing ni belum cukup mahir lagi dengan keadaan sekeliling. sebab tu banyak anak kucing yang jatuh longkang tak pandai panjat balik la, kena lenyek kereta la, masuk enjin kereta la & macam² la. macam baby manusia jugak la kes nya. 

 
 ini video sehari selepas sunat.. tak sampai 24jam lagi ni. kenapa selepas aku upload video? supaya korang nampak "Terseksa" nya kucing aku kena sunat.
hahahaha.. takde lah. diorang dah back to their normal self dah. macam tak de apa² pun kan? 
jangan risau. kucing² ni okay je. kat rumah aku ni ada 11 ekor, alhamdulillah semua dah selamat kena sunat dah. aku ada 4 ekor kucing betina, 7 ekor jantan. semua sihat walafiat... alhamdulillah.. so ape korang tunggu lagi? hehe..
adios~~ 

Tuesday, April 21, 2015

Elli? Markonah? hah?

Assalamualaikum!
aku jumpa budak ni kat stesen LRT Sungai Besi, sekor² tanggal 10 Januari 2013.
mula² memang niat aku nak bagi makan je, macam yang biasa aku buat kalau aku jumpa kucing² terbiar ni.
tapi hati ni macam berat sangat nak tinggal budak ni kat stesen LRT tu. tak tau kenapa.
masa tu bigboss yang ambil aku kat LRT, aku dengan berat hati tu tinggal jugak budak ni kat situ tapi kejap je la.
kereta da sekerat jalan nak sampai rumah (tak jauh dari LRT), aku mintak bigboss patah balik.
die tengok aku, aku ulang lagi suruh patah balik.
nasib baik bigboss ni kuat melayan aku. IloveU hahaha.
jadi die pon patah balik ke stesen LRT tu dan aku pun angkut la si budak ni balik rumah aku.



ni gambar malam aku bawak balik die tu.
nampak macam berisi kan, tapi sebenarnya kurus. die berisikan anak dalam perut je.
itu antara sebab utama aku nekad bawak die balik jugak.
manja sangat. suka cium muka kalau kite dekatkan muka kite dengan muka die.

aku cerita dekat kawan² SCRATCH aku pasal budak ni, aku risau aku tak mampu nak tanggung kos rawatan & penjagaan die masa tu, jadi aku fikir nak carikan fosterer lain.
jadi salah sorang kawan aku offer nak tolong foster kan.
aku biasa panggil die BangBo je. 
jadi nya 2-3 hari kemudian, si budak ni dah beralih ke tangan BangBo.



ni masa agak baru sampai rumah BangBo rasanya. masa ni die masih okay.
BangBo bagi nama budak ni Elli.
lepas tu ade BangBo nak pegi travel mane tah, die mintak ada sorang hamba Allah ni jagakan sementara die takde, balik je BangBo dari travel ni perangai Elli da lain.
Elli jadi tak manja, agresif.
tak suka di pegang, tak suka di usap. lain nya dari Elli yang aku kutip dulu.
sibuk nak melarikan diri dari rumah.


ni hidung die luka dalam cubaan melarikan diri melalui tingkap.
haih Elli.. Elli..
Tuhan je yang tau kenapa kau tiba² berubah kelaku.
lepas tu, BangBo tukar nama Elli ke Markonah.
kononnya macam kes baby² manusia la, nama berat so anak asyik nangis je kan.
jadi Elli dah bertukar ke Markonah.
ajaibnya, lepas tukar je nama Markonah, die dah makin okay.
kurang sikit meroyan nya tu.


lepas dari tu, si Markonah ni semakin cantik.
nak nama melayu jugak la rasa nya. hahaha

Markonah, MiHo & Jojo (anak Markonah - RIP).




macam kucing kacukan kan? padahal asalnya dari tepi jalan je.


biar gambar² ni  jadi bukti, kucing terbiar pun boleh jadi lagi cantik dari kucing² yang dibeli tapi tak terjaga.


bila dah lawa macam ni, post dekat wall for adoption bukan main berlumba² nak adopt.
tapi nak bagi ke? sorry la. tu hanya nak test market je.
biasa lah manusia kan tamak, nak yang cantik je.
BangBo dah jatuh cinta dengan Markonah dan bercadang nak adopt terus si Markonah ni.
aku tak boleh bayang kan adopter yang lebih baik dari BangBo.
aku tak menyesal sikit pun kutip die dulu tapi aku akan terus senyum sebab Markonah dah happy dengan Apark kesayangannya.

semoga Allah murahkan lagi rezeki BangBo.

p/s>> owh aku ade cakap si Markonah ni pregnant kan masa aku kutip die? nanti aku cerita pasal anak² die pulak bila aku rajin.


Monday, April 20, 2015

Sanggup ke korang nak potong kucing² ni??

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!
ehem²... mata tu bukak luas sikit...
confirm korang macam aku kan, layu je bangun nak pegi keje tadi.
meh aku tolong kurangkan Monday blues korang...

sekarang kek dah boleh buat macam² bentuk kan?
geram kadang², dilema antara nak makan atau nak simpan.
hahaha.. boleh macam tu?
well.. for animal lover macam aku ni kan, semua kek yang ada rupa binatang aku sayang nak makan.
tapi yang paling aku sayang nak makan kalau kek gambar kucing la.


  kalau yang jenis macam ni aku okay lagi la.
tapi tu pon mesti aku tangkap gambar puas² dulu baru ngap.
tapi kalau macam ni........



 macam mana nak potong kek macam ni?


lagi la tak sanggup oiii...
waaaaaaaaaa....


aaaa... tak sampai hati nak potong..
macam nak buat kekejaman terhadap haiwan je.

 haaaaa.... yang last ni aku confirm takde siapa pun yang nak makan!





isyyhh... uwekk... tengok pun aku da boleh kenang bau litter tray kat rumah aku.
hahahahaha

Thursday, July 18, 2013

insta whatttt???...

haha..
assalamualaikum...
hey kawan² semua..
apa khabar kah? hehe
aku kurang update blog sekarang ni.. 
semester baru da mula, kerja kat ofis pun da melambak kat meja.


xsempat (bajet busy sgt).. hewhew
kalau ade yang aku nak bebel panjang², insyaAllah aku menaip kt sini (kalau rajin lah.. huk)
aaaaa... balik ke tajuk asal...
korang ade instagram?
aku ni suka tgkp gmbr (walaupun xcantik, suke ati aku lah kan) :p
so aku memang rajin update intagram aku.
banyak gambar pasal kucing, pemandangan je.
jangan risau, aku da kurang mood 'camwhore'-ing..
insyaAllah korang xmenyampah kot tengok insta aku..
waaaakakakaka..

ok.. ni nama insta aku..
g la search (kalau rajin eh)

bella_bahrin

orait...
tu je buat masa ni..
jumpa lagi di lain blog post.. insyaAllah
wassalam

Wednesday, February 6, 2013

hemsem nya awak!

ASSALAMUALAIKUM..
sesetengah dari korang mungkin tahu aku bekerja sambil belajar..
so hari ahad 2 minggu lepas aku pergi kelas macam biasa la kan, pastu dari tingkat 3 (kelas aku) boleh dengar bunyi kucing mengiau..
punya lah kuat.. bayangkan la dari bawah, die punya MEOW sampai tingkat 3 boleh dengar..
hati dah tak senang sebab selalunya kucing mengiau kuat sebab die cari sesuatu atau dalam kesusahan kan?
aku pun meng'excuse'kan diri aku ke bilik air kejap.
turun bawah carik budak mana yang mengiau tu..
ini diaaaa tuan punya suara....
hensem kan die??
tapi ganas.. main kasar.

die memang lapar. aku bagi makan. kemain lg melahap.
tapi kalau tengok dari badan + tahap kebersihan, macam ada orang jaga.
berisi badan die ni. bersih lagi. comot sikit² je la..
belek punya belek, betul² dekat hujung ekor budak ni ada putih sikit.
agak unik la. jarang jumpa kucing ada se-coe't kt hujung ekor cmni..
hehe
heeee... hensem sangat kannn????
kat atas ni semua gambar 27.1.2013..
yang kat bawah ni yang latest..
3.2.2013
ok.. serius! kucing ni masuk kelas aku pagi² buta, mengiau ikut suka hati je..
dah la lecturer tengah mengajar.
berlawan-lawan suara lecturer dengan suara si hemsem ni. hahahaha
lepas tu die senyap. aku ingat da keluar.
aku biarkan je la..
pastu lecturer tarik kerusi nak duduk, tapi tak jadi duduk sebab terkejut.
nak tau kenapa?
sebab.........

waaaakakakkaka...
sabor je la aku.. nasib baik la lecturer baik. 
lecturer aku tarik kerusi die, letak tepi pastu lecturer duduk kerusi plastik je.. 
hahahaha... hemsem...hemsem...
kemain nyenyak lagi..
lepas abes kelas, aku kejut die sebab nak bagi makan..
lajuuuuuu je ngikot.. mulut SubhanAllah.. bising!
hahahahaha....
lepas makan die da merayap entah kemana..
aku biarkan je la sebab ni tempat die kan.
masa pukul 2, aku nak masuk kelas lagi satu..
die datang lagi.. hahahha... aku angkat bagi tidur atas kerusi.
lepas tu die tak selesa kot, die turun tidur atas lantai.
kitorang jalan kan kelas macam biasa je la kan.
siap buat presentation bagai semua.
si hemsem ni?
xsedarkan diri.. tah pengsan ke ape. hahaha
sekali sekala je die pusing ubah posisi.
kitorang habis kelas baru die bangun tau tak??
tu pun sebab aku kacau.
kalau takkkkk... memang tak bangun lagi la tu.
pastu aku nak balik, die ikut je turun bawah.
sedeyy plak die macam nak cakap bye²
xpe lah hemsem, insyaAllah 17hb febuari ni kite jumpa lagi ok?
aku bawak wetfood untuk ko.. hehe
semoga ko dalam keadaan baik² je kat sana tu..
jaga diri!
till we meet again~
Wassalam......


Monday, February 4, 2013

ATTENTION CAT LOVERS!!!!!

assalamualaikum!
heee.. hari ni nak share pasal satu social networking page yang khusus untuk pencinta kucing!
gila excited masa mula² tau pasal web ni...
tadaaaaa~~
comel kan? comel kannnnnn???
heeeeeeeeee


jom lah join! die punya web ni lebih kurang macam instagram punya application..
lebih fokus pada gambar² rasanya..
tapi memang sangat bagus untuk menghilangkan tekanan.. 
sebab apa?
sebab banyaaaaakkkkkk sangaaaatttttt gambar nyeow yang tiut²!
macam ni.....
 aloloooo.. yang itam tu.. kemain lagi ye...
ni lagi....

heeeee... si tabby gemok belah lanan tu da kenapa tangan gaya saloma..
dan banyaaakkkk lagiiii....

haaaaa... camne? tergoda tak? kikiki
dah², jom klik link ni ramai²..
CATMOJI
masa nak mendaftar tu, catmoji akan kata korang kena di'invite' dulu baru boleh sign up.
jadi, tinggalkan je email korang kat situ.
nanti catmoji akan hantar invitation ke email tu.
lebih kurang macam ni...

lepas tu baru korang leh daftar secara rasminyaaaaaaaaa....
kalau korang nak tau lebih lanjut pasal catmoji pun boleh dekat
CATMOJI BLOG
atau
CATMOJI TUMBLOG
atau
CATMOJI TWITTER 
&
CATMOJI FACEBOOK

hah! yang paling penting sekaliiii....
bila dah join CATMOJI, sila² lah melawat ke page aku..
heeeeheeeeheeee
CATMOJI AKU

buh-bye~
wassalam.

Wednesday, January 23, 2013

TSU-NAMI & aku yang didera...

assalamualaikum kawan²..
tahu kah anda maksud asal perkataan tsunami?
dalam bahasa jepun, TSU bermaksud besar dan NAMI bermaksud ombak..
jadinya TSUNAMI ialah ombak besar.
teringat kejadian tsunami yg berlaku dulu..
al Fatihah buat semua yang telah pergi kepada Nya....

hmmm.. kenapa aku cerita pasal tsunami pulak eh tiba²?
sebab rumah aku bagai dilanda tsunami kecil...
walaupun kecil, tapi pengaruhnya besarrrrrr...
pening kepala jadinya..
nak tengok TSUNAMI kat rumah aku?



kenapa aku bagi nama tsunami?
sebab budak ni umpama OMBAK BESAR!
huhuhuhu...
jumpa dekat bawah rumah lama, kecik tapi lincah.
mula² ingat nak biarkan je dulu, nanti ada adoption drive dengan SCRATCH baru nak bawak..
lepas tu ade pakcik rumah bawah tu keluar, tegur jangan bagi die makan kat situ sebab budak tu berak kat tempat letak kasut die.
muka die takyah cakap la, nampak sangat tak suka nya...
lepas tu, orang tu masuk rumah, si budak kecik ni boleh ikut kaki pakcik tu.
aku fikir² balik, kalau orang tu menyampah, die sepak plak budak tu nanti..
issshhh.. terus la aku angkut bawak naik rumah..
kalau da besar, aku memang tinggal je. tapi sebab die kecik lagi. 


mula² sampai.. memang la comel sangat!
semua kucing kat rumah die sembur!
kemain garang.. hehe
lepas tu mula lah tragedi yang tak diduga...
AKU KENA DERA!
waaaaaaa....
budak ni kuat menggigit weh.. kalau gigit manja² tak pe..
ini sesungguh- sungguhnyaa...
tengah syok² duduk tengok TV, tiba² die datang gigit tangan, betis, kaki, lengan...
adooiiiiiii.......
tambah² pulak, masa ni die belum serasi dengan abang² & akak die tu..
memang la aku je yang jadi mangsanyaa.. 
ada satu masa je die tenang...
masa die tengah....... 


TIDO!
masa ni je la nampak die tenang.. 
masa lain macam OMBAK BESAR!
sebab tu la nama die aku letak TSU-NAMI..
tapi panggil NAMI je.


ni dengan kawan baru kat rumah baru..
aku dah tak larat jadi chewing gum die da. kadang² bangun tido je mesti ade bekas cakar baru..
tau² pedih je masa mandi..
memang keje budak ni la..
nanti aku cerita lagi pasal die ye...
tungguuuuu..
(T_T)
wassalam....

Thursday, January 10, 2013

kecik hanya pada nama.....

assalamualaikum...
ternampak gambr kecik masa kitten kat atas tilam bono kid ni.
terpikir nak tengok perbezaan saiz masa bulan julai 2012 dengan bulan januari 2013...

membesar bagai johan!!
hahaha..

wassalam..

Wednesday, January 9, 2013

Say 'NO' to backyard-breeder!! - a tribute for noona.. R.I.P syg..

assalamualaikum kawan²...
topik kali ni bagi aku agak serius la.
'BACKYARD BREEDER',
ada yang sinonim dengan dua gabungan perkataan ni?
'BACKYARD BREEDER' kalau nak diikutkan penterjemahan secara terus & telus adalah
'PEMBIAK BACKYARD'.
"thanks" google translate -_-"

bagi pemahaman aku, backyard breeder adalah manusia yang membiakkan (tidak berlesen) a.k.a. 'kahwin' kan haiwan peliharaan mereka (sama ada kucing, anjing, dll.) bagi mendapatkan baka² yang 'lebih cantik' dan 'lebih menarik' kemudian menjual haiwan² tersebut dengan harga yang tidak masuk akal bagi mendapatkan keuntungan.
contoh : pure persian (hidung penyek) + tabby cat (biasa) = kitten comel harga ribu riban..
pastu jual kat orang harga kucing persian.. duhh?
NONSENSE!
dah la tak berlesen, kau memperdagangkan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. pulak tu..
lepas tu harga melampau².
even kucing² dan anjing² dekat petshop tu kebanyakannya dari backyard breeder.
percaya atau tidak.
so tolong lah..
STOP BUYING, START ADOPTING!
masa nak beli kucing² dekat petshop tu, cuba fikirkan kucing² yang tengah tunggu masa untuk di 'TIDUR' kan dekat pusat² haiwan terbiar seluruh Malaysia ni..


kenapa aku tak sokong sangat beli kucing?
sebab bila ada pembeli, penjual makin tamak la.
kalau dapat kacukan lagi cantik, boleh jual mahal lagi.
ade korang terfikir tak apa jadi pada anak² kucing yang lahir tak seperti apa yang 'backyard breeder' ni nak?
contohnya tak gebu, bulu pendek, nampak macam kucing kampung biasa, nak tau apa jadi kat diorang?
kena buang lah! what do you expect?
kalau diorang sampai hati nak bagi seekor kucing betina tu beranak je sepanjang tahun bagi MENJANA PENDAPATAN diorang, setakat buang anak kucing?
banyak kali sangat dah jumpa anak kucing yang belum putus susu dalam kotak tak ber-ibu.
tolong lah manusia, PAKAI OTAK jangan pakai lutut untuk berfikir!
nak tau apa jadi bila kucing betina yang dijadikan mesin JANA PENDAPATAN diorang tu dah tua, tak boleh beranak atau sakit?
DIBUANG! ye.. dibuang..





ini lah NOONA.. seekor kucing parsi baka asli yang dijumpai merayau kat area bangsar.
semasa dijumpai, 
bulu bergumpal + berat hanya 2.1 kg + cirit birit + badan penuh kutu + buah pinggang bengkak sebelah..
lebih menyedihkan, bahagian sulit noona bengkak jadi vet conclude noona adalah mangsa backyard breeder. disebabkan dia dah tak boleh beranak, jadi dia di buang.
i've met her once, she slept on my lap at a mamak store.
such a calm cat.. manja sangat..



tapi Noona dah takde, she left us on the 29th disember 2012.
buah pinggang noona tak mampu nak bertahan lagi.
R.I.P noona..


you're pain free and happy up there at the rainbow bridge..
more about noona CLICK HERE...

semoga Allah buka hati mereka² yang menganiayai binatang & makhluk² sekalian alam ini..
sesungguhnya kita berkongsi dunia ini bersama makhluk² yang lain.
hormati mereka seperti mana anda mahu anda di hormati.
Allah tu Maha Adil.
what you give, you'll get back..
mungkin bukan di dunia, tapi PASTI di akhirat kelak..
wallahualam...
wassalam...


Tuesday, January 8, 2013

dah sampai masa kecik...

assalamualaikum...
hah.. kecik selesai ape?
hehehe.. untuk pengetahuan semua kecik baru je nak cecah 6 bulan, tp die da miang...
dah mula menggatal.. mengiau-ngiau.. pening kepala amie die ni.. adooiii...
nak tau sape yang die paling berkenan?



hahahaha... ye.. kecik berkenan sangat dengan bobo..
si bobo ni buat muka tak paham. apehal la si kecik ni mengeliat depan die, meroyan semua.. hahaha
gelak tu gelak la jugak, tapi pelik aku. kenapa cepat sangat kecik ni miang. 
kesian tengok die meroyan ke hulu ke hilir ikut bobo. 
tp sabtu lepas aku da pun selesai kembirikan kecik.. alhamdulillah..
dengan bantuan SCRATCH f.k.a KTAJ. thank u so much!!
nak tengok kecik lepas operate?


ni gambar sehari selepas surgery.. kecik je diorang operate.. 
nampak tak nampak je kan? :)
ni pertama kali aku hantar neuter kucing betina, nebes jugak pada mula nya.
tapi alhamdulillah.. semua ok.. lega rasanya. 
kalau ikutkan pesan kawan2, kena kurung kucing betina yang baru lepas kembiri sekurang- kurang nya seminggu..


tapi aku memang tak sampai hati nak letak budak ni dalam cage. nanti sibuk korek- korek nak keluar.
jadi nya aku biarkan je die buat hal die.. harap- harap die ok je.
hari kedua, luka surgery da makin bercantum. die da mula nak menikus. -_-"
haiihh budak ini.. si merlin plak dok ajak die main..


pastu boleh pulak bergomol dua2 ekor ni. sabar je la aku..
kite yang seriau terkoyak balik luka die tu nanti!
kalau aku nampak die main macam ni, memang aku leraikan la. sebab si kecik ni baru sgt kena operate kan. 
risau plak nnt jadi teruk luka nya... yang luar tu xpe lagi, yang dalaman tu yang aku risau.
harapnya baik- baik aje la ye sayang amie ni..


da besar da si kecik yang dulu nya besar tapak tangan je..
naik lrt sama2 amie, dok dalam laci kat meja opis amie.. heee...
kejap je rasa! da setengah tahun kecik dok dengan amie..
da besar ni jangan nakal- nakal lagi ye.. 


tak habis- habis dengan tedi die tu!
ikut ko lah kecik, asal ko sihat & happy...
wassalam... 


~Tabung FurKids~