Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Elli? Markonah? hah?

Assalamualaikum!
aku jumpa budak ni kat stesen LRT Sungai Besi, sekor² tanggal 10 Januari 2013.
mula² memang niat aku nak bagi makan je, macam yang biasa aku buat kalau aku jumpa kucing² terbiar ni.
tapi hati ni macam berat sangat nak tinggal budak ni kat stesen LRT tu. tak tau kenapa.
masa tu bigboss yang ambil aku kat LRT, aku dengan berat hati tu tinggal jugak budak ni kat situ tapi kejap je la.
kereta da sekerat jalan nak sampai rumah (tak jauh dari LRT), aku mintak bigboss patah balik.
die tengok aku, aku ulang lagi suruh patah balik.
nasib baik bigboss ni kuat melayan aku. IloveU hahaha.
jadi die pon patah balik ke stesen LRT tu dan aku pun angkut la si budak ni balik rumah aku.



ni gambar malam aku bawak balik die tu.
nampak macam berisi kan, tapi sebenarnya kurus. die berisikan anak dalam perut je.
itu antara sebab utama aku nekad bawak die balik jugak.
manja sangat. suka cium muka kalau kite dekatkan muka kite dengan muka die.

aku cerita dekat kawan² SCRATCH aku pasal budak ni, aku risau aku tak mampu nak tanggung kos rawatan & penjagaan die masa tu, jadi aku fikir nak carikan fosterer lain.
jadi salah sorang kawan aku offer nak tolong foster kan.
aku biasa panggil die BangBo je. 
jadi nya 2-3 hari kemudian, si budak ni dah beralih ke tangan BangBo.



ni masa agak baru sampai rumah BangBo rasanya. masa ni die masih okay.
BangBo bagi nama budak ni Elli.
lepas tu ade BangBo nak pegi travel mane tah, die mintak ada sorang hamba Allah ni jagakan sementara die takde, balik je BangBo dari travel ni perangai Elli da lain.
Elli jadi tak manja, agresif.
tak suka di pegang, tak suka di usap. lain nya dari Elli yang aku kutip dulu.
sibuk nak melarikan diri dari rumah.


ni hidung die luka dalam cubaan melarikan diri melalui tingkap.
haih Elli.. Elli..
Tuhan je yang tau kenapa kau tiba² berubah kelaku.
lepas tu, BangBo tukar nama Elli ke Markonah.
kononnya macam kes baby² manusia la, nama berat so anak asyik nangis je kan.
jadi Elli dah bertukar ke Markonah.
ajaibnya, lepas tukar je nama Markonah, die dah makin okay.
kurang sikit meroyan nya tu.


lepas dari tu, si Markonah ni semakin cantik.
nak nama melayu jugak la rasa nya. hahaha

Markonah, MiHo & Jojo (anak Markonah - RIP).




macam kucing kacukan kan? padahal asalnya dari tepi jalan je.


biar gambar² ni  jadi bukti, kucing terbiar pun boleh jadi lagi cantik dari kucing² yang dibeli tapi tak terjaga.


bila dah lawa macam ni, post dekat wall for adoption bukan main berlumba² nak adopt.
tapi nak bagi ke? sorry la. tu hanya nak test market je.
biasa lah manusia kan tamak, nak yang cantik je.
BangBo dah jatuh cinta dengan Markonah dan bercadang nak adopt terus si Markonah ni.
aku tak boleh bayang kan adopter yang lebih baik dari BangBo.
aku tak menyesal sikit pun kutip die dulu tapi aku akan terus senyum sebab Markonah dah happy dengan Apark kesayangannya.

semoga Allah murahkan lagi rezeki BangBo.

p/s>> owh aku ade cakap si Markonah ni pregnant kan masa aku kutip die? nanti aku cerita pasal anak² die pulak bila aku rajin.


Wednesday, February 13, 2013

F.R.I.E.N.D.S...

assalamualaikum..
just to share some friendship quotes so we'll remember how important a person called FRIEND is...
:'(
 




 





FRIENDS.. please stay & never go..
may we'll be friends forever
iLoveYou
insyaAllah...
wassalam~

Monday, February 4, 2013

ATTENTION CAT LOVERS!!!!!

assalamualaikum!
heee.. hari ni nak share pasal satu social networking page yang khusus untuk pencinta kucing!
gila excited masa mula² tau pasal web ni...
tadaaaaa~~
comel kan? comel kannnnnn???
heeeeeeeeee


jom lah join! die punya web ni lebih kurang macam instagram punya application..
lebih fokus pada gambar² rasanya..
tapi memang sangat bagus untuk menghilangkan tekanan.. 
sebab apa?
sebab banyaaaaakkkkkk sangaaaatttttt gambar nyeow yang tiut²!
macam ni.....
 aloloooo.. yang itam tu.. kemain lagi ye...
ni lagi....

heeeee... si tabby gemok belah lanan tu da kenapa tangan gaya saloma..
dan banyaaakkkk lagiiii....

haaaaa... camne? tergoda tak? kikiki
dah², jom klik link ni ramai²..
CATMOJI
masa nak mendaftar tu, catmoji akan kata korang kena di'invite' dulu baru boleh sign up.
jadi, tinggalkan je email korang kat situ.
nanti catmoji akan hantar invitation ke email tu.
lebih kurang macam ni...

lepas tu baru korang leh daftar secara rasminyaaaaaaaaa....
kalau korang nak tau lebih lanjut pasal catmoji pun boleh dekat
CATMOJI BLOG
atau
CATMOJI TUMBLOG
atau
CATMOJI TWITTER 
&
CATMOJI FACEBOOK

hah! yang paling penting sekaliiii....
bila dah join CATMOJI, sila² lah melawat ke page aku..
heeeeheeeeheeee
CATMOJI AKU

buh-bye~
wassalam.

Wednesday, January 9, 2013

Say 'NO' to backyard-breeder!! - a tribute for noona.. R.I.P syg..

assalamualaikum kawan²...
topik kali ni bagi aku agak serius la.
'BACKYARD BREEDER',
ada yang sinonim dengan dua gabungan perkataan ni?
'BACKYARD BREEDER' kalau nak diikutkan penterjemahan secara terus & telus adalah
'PEMBIAK BACKYARD'.
"thanks" google translate -_-"

bagi pemahaman aku, backyard breeder adalah manusia yang membiakkan (tidak berlesen) a.k.a. 'kahwin' kan haiwan peliharaan mereka (sama ada kucing, anjing, dll.) bagi mendapatkan baka² yang 'lebih cantik' dan 'lebih menarik' kemudian menjual haiwan² tersebut dengan harga yang tidak masuk akal bagi mendapatkan keuntungan.
contoh : pure persian (hidung penyek) + tabby cat (biasa) = kitten comel harga ribu riban..
pastu jual kat orang harga kucing persian.. duhh?
NONSENSE!
dah la tak berlesen, kau memperdagangkan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. pulak tu..
lepas tu harga melampau².
even kucing² dan anjing² dekat petshop tu kebanyakannya dari backyard breeder.
percaya atau tidak.
so tolong lah..
STOP BUYING, START ADOPTING!
masa nak beli kucing² dekat petshop tu, cuba fikirkan kucing² yang tengah tunggu masa untuk di 'TIDUR' kan dekat pusat² haiwan terbiar seluruh Malaysia ni..


kenapa aku tak sokong sangat beli kucing?
sebab bila ada pembeli, penjual makin tamak la.
kalau dapat kacukan lagi cantik, boleh jual mahal lagi.
ade korang terfikir tak apa jadi pada anak² kucing yang lahir tak seperti apa yang 'backyard breeder' ni nak?
contohnya tak gebu, bulu pendek, nampak macam kucing kampung biasa, nak tau apa jadi kat diorang?
kena buang lah! what do you expect?
kalau diorang sampai hati nak bagi seekor kucing betina tu beranak je sepanjang tahun bagi MENJANA PENDAPATAN diorang, setakat buang anak kucing?
banyak kali sangat dah jumpa anak kucing yang belum putus susu dalam kotak tak ber-ibu.
tolong lah manusia, PAKAI OTAK jangan pakai lutut untuk berfikir!
nak tau apa jadi bila kucing betina yang dijadikan mesin JANA PENDAPATAN diorang tu dah tua, tak boleh beranak atau sakit?
DIBUANG! ye.. dibuang..





ini lah NOONA.. seekor kucing parsi baka asli yang dijumpai merayau kat area bangsar.
semasa dijumpai, 
bulu bergumpal + berat hanya 2.1 kg + cirit birit + badan penuh kutu + buah pinggang bengkak sebelah..
lebih menyedihkan, bahagian sulit noona bengkak jadi vet conclude noona adalah mangsa backyard breeder. disebabkan dia dah tak boleh beranak, jadi dia di buang.
i've met her once, she slept on my lap at a mamak store.
such a calm cat.. manja sangat..



tapi Noona dah takde, she left us on the 29th disember 2012.
buah pinggang noona tak mampu nak bertahan lagi.
R.I.P noona..


you're pain free and happy up there at the rainbow bridge..
more about noona CLICK HERE...

semoga Allah buka hati mereka² yang menganiayai binatang & makhluk² sekalian alam ini..
sesungguhnya kita berkongsi dunia ini bersama makhluk² yang lain.
hormati mereka seperti mana anda mahu anda di hormati.
Allah tu Maha Adil.
what you give, you'll get back..
mungkin bukan di dunia, tapi PASTI di akhirat kelak..
wallahualam...
wassalam...


Wednesday, February 22, 2012

abang madan... balik la..

assalamualaikum..
mesti kawan2 yang xkenal abang madan tertanya2 siapa abg madan ni..
abg madan ni kucing kawan bloggers aku..
hilang.. xbalik2.. xtau ke mana...
rindu sangat nak baca cerita pasal die..
ni ada beberapa gambar abg madan yang aku copy dari blog kak kim..
klik SINI untuk cerita tentang abg madan..

gambar passport abg madan..
rindunya aku pada kau abg madan.. walaupun kite xpernah jumpa, tp setiap kali mama kamu update entri pasal kamu, insyaAllah aku xpernah terlepas...

terdetik nak tanya pada mama kamu haritu kenapa dah lama xada cerita pasal kamu..
tp xlama lepas tu mama kamu khabarkan berita sedih.. kamu xbalik rumah...
mana kamu pergi abg madan.. kamu sesat ke? kamu jumpa tuan baru ke?

abg madan yang hensem, pulang lah ke pangkuan mama kamu...
kami semua rindukan kamu...
:'(
abg madan, sumpah aku xtipu.. aku rindu sgt pada kamu.. apatah lagi mama kamu.. pulanglah abg madan... masa mama kamu post entri INI, aku rasa macam nak menjerit keriangan.. kamu dah pulang ke madan???
kurus pun xpe lah, asalkan kamu dah pulang.... 
tapi selepas mama kamu buat PENGESAHAN IDENTITI, ternyata, dia.... bukan kamu abg madan... 

gambar yang akan buat semua orang senyum..
abg madan balik lah.. bagi kami semua senyum lagi..
terutama sekali mama kamu..
abg madan... walau dimana abg madan berada sekarang ni, aku harap kamu dapt rsa telepathy dr mama kamu.. dari kami semua... agar kamu jumpa jalan pulang.. agar kamu tahu kami semua rindukan kamu...
cepat2 pulang ye abg madan.. semoga Allah melindungi kamu & kawan2 kamu di luar sana dr bala bencana..
kami menanti abg madan.. terus menanti!
untuk kak kim, 
Bella akan sentiasa doakan kepulangan & keselamatan abg madan..
akak jaga kesihatan ye.. banyakkan bersabar.. 
pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi...
semoga abg madan cepat2 pulang ke sisi akak....
insyaAllah....



Saturday, March 26, 2011

hati terusik.. terharu..

assalamualaikum kawan2..
:)
semoga semua nya sihat & bahagia di samping keluarga & meow2 masing2.,
entry kali ni aku rase macam nak share ape aku rasa...

hari2 aku buka dashboard blog ni.. semata2 untuk tengok update dari kawan2 yang same2 gilakan kucing macam aku...
setiap kali ada entry baru, aku boleh stop buat kerja & baca dulu entry diorg..
tah la.. rase mcm setiap entry tu punya ilmu yang banyak sgt.. even sgt simple..
semakin hari, aku rasa macam semakin rapat dengan kwn2 pencinta kucing..
even kitorg xpenah jumpa, tapi disebab kan minat yang sama, banyak perkara yang kami boleh sembangkan..
seronok sgt..

sejak aku kerja di KL ni, pengetahuan tentang kucing dah semakin bertambah..
aku dah faham kenapa 'PEMANDULAN BINATANG PELIHARAAN ITU HARUS'..
juga yang paling ketara aku dapat rasa ialah mentaliti aku terhadap anjing totally berubah...

dulu, aku akan lari kalau nampak anjing lalu kat sebelah aku..
but now, aku dah xlari lagi.. aku dah xtakut..
sebab aku tahu, xkan ada binatang yang akan carik pasal dengan kita kalau kita xkacau die..
xmacam manusia, punya akal untuk berfikir, tp xgunakan akal yg diberi dengan baik..
aku dah boleh kongsi sidewalk jalan dengan anjing..
aku dah xelak lagi kalau bertembung dengan diorg..
syukur sgt Allah bg aku rasa semua ni..
sumpah, terasa nikmatnya bila perasaan takot pada anjing 2 sudah berkurang..
tp belum lagi sampai tahap untuk memegang anjing.. cuma berani untuk tinggalkan sedikit kibbles untuk mereka jamah kalau terlalu lapar...
masih perlu ambil kira sensitiviti masyarakat & masih perlu belajar dengan lebih lanjut tentang ni...

aku baca blog kawan2 aku.. aku terharu..

menitis airmata aku sebab rasa syukur sgt Ya Allah.. dipertemukan dengan mereka2 ini..
manusia2 yang masih punya perasaan belas pada haiwan xbermaya..
terutama yang sakit & memerlukan pertolongan kita manusia..
sekaligus menyedarkan aku, yang aku juga mampu membantu walaupun sedikit.
kita semua mampu membantu jika kita mahu.
sedih juga rasa bila ada memperlekehkan & memandang rendah niat murni kawan2 aku membantu kucing2 yg xbermaya tu..
semoga Allah sedarkan dia yang dia juga menumpang di muka bumi ni sepertimana binatang yang xbermaya itu..

kepada PAPA MEOW, KAK SS, NERQ, KAK TEDI, PAPA HERO, & semua kawan2 pencinta haiwan, jangan pernah putus semangat.. saya akan sentiasa menyokong & membantu selagi ada daya saya..
ingat! keikhlasan kita bukan mereka yang tentukan.. Allah itu Maha Kuasa.. kita hanya mengharapkan bekalan untuk ke SANA nnt.. insyaAllah..

maaflah kalau entry kali ni terlalu panjang & serabut untuk dibaca..
aku xmengarang.. aku cuma luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni..
=)
salam~




Monday, March 14, 2011

Pusat Jagaan Kucing Terbiar, Jasin.. siri "JALAN- JALAN"

salam..
hehehhee... mesti pelik kenapa ada siri "BUAT KERJA" dengan siri "JALAN-JALAN"...
sebab kami buat kerja sekejap dari pukul 12pm ke lebih kurang pukul 3pm..
yang selebihnya... Bandar Hilir Tour oleh cik Tedi & Didi...
terima kasih daun keladi.. lain kali bawak jalan lagi..
:P

sebenarnya lepas be'kerja' dekat pusat jagaan tu, kami dijamukan dengan bihun goreng, sambal tumis, nasi impit, kari ayam, cucur badak, kuih gula melaka, kek coklat oleh kak Tedi, Kak E & kawan2 lain.. 
haaa... aku? ape aku bawak? aku bawak perut yang kosng untuk diisikan makanan2 tu lah.. hahaha
sedap nye la hai~ terima kasih sangat2 siapa yang masakkan untuk kami makanan2 yang superb tu..
tapi sayangnya... gambar tak ada... masa ni sibuk makan sebab lapar & tak tahan tengok makanan2 yang menggoda tu.. hehe

lepas makan & menyelesaikan apa yg perlu diselesaikan, kami bergerak ke bandar hilir..
melepaskan hajat PM & Thalhah..
katanya baru pertama kali sampai Melaka..
so over excited sikit..
aku pon excited jugak.. lame tak jalan2 macam ni dengan kawan2..
Alhamdulillah.. semua nya satu kepala..
kelakar, cool, sempoi...
:)

sampai penat pon tak terasa sebab happy sangat.
panjat... jgn xpanjat~~
kak SS!!!... cepat laaa.......
macam photographer professional tau~
antara mereka2 yang ikut kami jalan2..
Mr. T dengan kamera nya~
disebabkan mereka yang paling excited masa jalan2 ni,
so banyaklah gambar mereka..
sila jangan jeles ok..
Mr. T dah xmacam pegg kamera.. dah mcm pegg gitar
PM tgkap gambar ape tuu
model, sila duduk dengan sopan..
jurukamera nak tangkap gmbr tuu
kak SS.. ape yang dimenungkan tu.. jauhh sgt tuuu..
kami nak naik ni, tapi tak jadi sebab ramai sangat~!

last2, kami ambil keputusan untuk bergerak pulang...
lalu kat dataran pahlawan ni..
PM mcm biase la.. posing dulu.. hehe
kamera bertukar tangan nampaknya.. hehe
masa ni dah mula terasa penat sebab dah nak balik kan
PM tanya "dah nak balik ke?"
hehe.. xpe.. lain kali kite terjah Melaka lagi..
"KITE", ko ingat PM nak ajak ko ke Bella?
xmalu..hahahahaha...
:P



Pusat Jagaan Kucing Terbiar, Jasin.. siri "BUAT KERJA"

assalamualaikum...
akhirnyaaaaaa... setelah agak berkurun juga lah aku tak update blog ni..
hehe
maaf ye, tak sempat & mood untuk update blog tak nak mari..
:P

ok.. skrg kite cerita pasal aktiviti terbaru dulu (yg paling best sbnrnya)..
 entri2 kemudian aku cerita hal yang lepas2..

hari ahad lepas (13 March 2011), aku join team ANIMALS LOVER & ADVENTURES TEAM ataupun singkatan nya A.L.A.T ke Pusat Jagaan Kucing Terbiar, Jasin Melaka..
cik TEDI yang menguruskan semua hal2 yang berkaitan dengan pihak2 yang berkenaan..
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. seronok sgt2~




ok.. aku cerita dari awal lah ye..
aku bangun pukul 6pg.. untuk snooze kan alarm.. errkk..
hahahaha.. susah sangat nak bangun pagi tu, aku pun tak faham kenapa susah sangat nak bangun..
ingatkan pagi ahad tu nak bangun awal, nak buat sandwich telur buat sarapan dalam kereta, tapi disebabkan encik mata berat sangat nak terbuka, tak jadilah sandwich nya.. maaf ye.. lain kali sy buatkan...

pukul 7pg aku gerak dari rumah kawan aku ke UNITEN Bangi. aku janji dengan kak SS nak jumpa pukul 8-8.30pg di UNITEN je senang sikit.. pukul 7.50pg aku sampai UNITEN.. beli kuih 3 jenis buat lapik perut..
tunggu punya tunggu aku sempat online... main cityville... terlelap sekejap.. dah 8.15, tapi kak SS ni diam je.. jadi ke tak pergi Melaka ni.. huhu.. aku sms, kak SS kata tunggu kak E.. ok2.. aku terus menunggu.. perut pon dah mula memulas.. paham2 je lah pagi kan.. adoii.. mane kak SS ni..
last2 dekat pukul 9, dpt sms dr kak SS kata dia dah pun berada kat depan UNITEN.. errkk.. 
semangatnya aku sampai awal.. huuhuu...

mula2 jumpa kak E, wanie (student UNITEN), kak SS, lieya 3 orang lagi student UKM dalam kereta kak SS..
lepas tu tunggu Papa Meow & Thalhah..
rasa nervous giler nak jumpe PM, sebab aku respek kt dia.. korang tengok sendiri blog dia & korang akan tau kenapa aku respek dia..
 memang tabik springggg mantul2 untuk PM.. hehe.. depan2 segan nak buat.. buat dalam blog je tak pe kot PM? :P
bile dah jumpa, PM tak lah se"pemalu" yang kak SS & lain2 cakap...
biasa je.. mcm2 juga yang disembangkan..
tapi PM dah menang satu anugerah la.. anugerah POSING PALING BANYAK!!
sape sokong... angkat kaki!~
:P
hehehe... jgn marah haaa~~

ok2.. dah sampai PM & Thalhah kitorang terus gerak ke jasin...
kami tunggu cik TEDI kat petronas yang tak jauh dari exit Ayer Keroh..
rupa2 nya bukan kami je yang tunggu Tedi kt situ, ada lagi beberapa buah kereta ain yang sama menunggu ketibaan cik Tedi kite ni..
lepas cik Tedi sampai, kami gerak ke stesen bas Jasin (kot) untuk ambil si kecil molek aisyah yang datang dari wangsamaju naik bas semata2 untuk menyertai program ni.. **CLAP CLAP** 
semangat jitu betul die sorang2 naik bas ke Melaka.. SYABAS!
lepas ambil aisyah kami semua terus ke destinasi yang ditunggu2...
ke Pusat Jagaan Kucing Terbiar, Jasin, Melaka....

rombongan merisik kucing2 kt pusat jagaan ni baru sampai~
igt kawan2...
SAYANGILAH BINATANG PELIHARAAN KITA~~
kami dibenarkan gotong royong di sini dengan syarat..
antaranya adalah TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL GAMBAR..
jadi maaf lah ye, gambar semasa kucing2 ni di letakkan ubat, diberi makan ubat & disapu ubat pada luka tak ade lah..
juga tak ade lah gambar kami mengumpulkan bahan2 buangan meow2 di sini..
yang ada cuma gambar kami berposing.. :P
sila JELES!
hahahaha.. semua muka hepy je tau!
ade la gambar sikit2 yang diambil secara sedar & tidak sedar...
si bunting siamese ni sgt2 la comel..
mungkin dia sesat jalan? atau dibuang tuan nya?
entahlah~  :(
yang ni pun comel  & tersangatlah manja..
melese je kat kaki.. tapi kan.... die sangat kurus..
:(
ni antara kucing2 yang ada dekat pusat jagaan tu..
yang dah selamat dalam sangkar tu,
yang akan dibawa pulang ke rumah PM & kak SS..

~Tabung FurKids~