Showing posts with label rescued cats. Show all posts
Showing posts with label rescued cats. Show all posts

Monday, June 15, 2015

"sunat" kucing??

Assalamualaikum.. Hujung bulan lepas, aku bawak budak dua ekor kat rumah aku ni pi "sunat". "sunat" tu bahasa senang untuk kembiri. tau tak ape tu kembiri? kembiri tu satu proses memandulkan haiwan.  kenapa memandulkan haiwan? tak kesian ke?....... ini soalan biasa yang aku dapat bila orang tau aku memang "sunat" kan kucing² aku. sebab aku ni sedar diri. aku tak mampu nak jaga kalau kucing banyak² kat rumah aku tu. nak senang faham, macam ni lah kan. manusia pun merancang dalam melahirkan anak, betul tak? ada yang merancang dengan pakai kondom la, pil perancang la, ada jugak yang terus ikat peranakan kan? sebab apa? sebab manusia berakal. kita boleh berfikir. boleh guna anugerah Allah bagi tu untuk rancang keluarga, tapi binatang tak berakal. kita lah sebagai khalifah kat muka bumi pinjaman Allah ni yang boleh nak bantu haiwan² ni. 

ni hah budak dua ekor yang aku hantar pi sunat.  ni gambar sebelum.. kalau korang perasan, populasi haiwan jalanan dah terlalu banyak kat luar sana tu. dari kita penuhkan rumah dengan anak² kucing yang baru lahir tu, kan ada baiknya kalau kita kutip & tolong kucing² atau anjing² terbiar yang merempat & tak cukup makan kat luar tu.  "alaaa... saya duduk rumah kampung, takde masalah la kucing nak beranak banyak²" ini benda yang dah biasa dah aku dengar. okay lah, beranak banyak², lebih kurang kucing kat kampung tu dah ada 20 ekor, cuba tanya diri balik.  mampu bagi makanan terbaik tak untuk diorang??? mampu ke nak rawat kalau 20 ekor tu sakit nya berjangkit sesama sendiri??? mampu ke nak bahagi kasih sayang kat yang 20 ekor tu??? mampu ke nak sediakan tempat selamat, tempat selesa untuk diorang tidur???? kalau mampu, Alhamdulillah. tapi kalau tak mampu??? secara tak langsung nya kite dah 'mendera' kebajikan kucing² tu tanpa kita sedar. betul tak? okay lah, berbalik cerita aku pi "sunat" anak bulus aku yang dua ekor tu. si Momo dengan si Polka. dua² nya aku rescue masa diorang ni kitten lagi. sekor dari kedai makan, sekor lagi dari bawah rumah dalam longkang. aku memang ada soft spot untuk kitten, bukan sebab diorang comel je tau, tapi sebab anak kucing ni belum cukup mahir lagi dengan keadaan sekeliling. sebab tu banyak anak kucing yang jatuh longkang tak pandai panjat balik la, kena lenyek kereta la, masuk enjin kereta la & macam² la. macam baby manusia jugak la kes nya. 

 
 ini video sehari selepas sunat.. tak sampai 24jam lagi ni. kenapa selepas aku upload video? supaya korang nampak "Terseksa" nya kucing aku kena sunat.
hahahaha.. takde lah. diorang dah back to their normal self dah. macam tak de apa² pun kan? 
jangan risau. kucing² ni okay je. kat rumah aku ni ada 11 ekor, alhamdulillah semua dah selamat kena sunat dah. aku ada 4 ekor kucing betina, 7 ekor jantan. semua sihat walafiat... alhamdulillah.. so ape korang tunggu lagi? hehe..
adios~~ 

Monday, May 18, 2015

Volunteer & sukarela. Apa tu?

Assalamualaikum...
selamat pagi Isnin..
nak meluah rasa kecewa pulak pagi ni. bukan sebab apa, sebab manusia² yang tak pernah cuba nak faham maksud sebenar SUKARELA.
Aku pernah cerita, aku join volunteering dengan NGO yang dipanggil SCRATCH f.k.a. Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. mungkin ada yang familiar dengan nama ni & mungkin jugak ada yang tak pernah tahu pun pasal SCRATCH ni.


SCRATCH ni satu pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan ROS  a.k.a Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kami bantu kucing² dan anjing² terbiar. Membantu dari segi apa?
memandangkan SCRATCH tak ada pusat perlindungan atau shelter, ramai yang keliru apa fungsi kami dalam dunia haiwan jalanan ni.
SCRATCH menawarkan subsidi perubatan & subsidi pemandulan bagi kucing² dan anjing² jalanan.
tujuan subsidi perubatan diberikan adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan bagi rescuer²  kucing dan anjing terbiar di sekitar Malaysia. manakala tujuan subsidi pemandulan pula adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan di luar sana, ini secara langsung dapat mengurang kan kejadian yang tidak diingini seperti penderaan dan penganiayaan haiwan.
Mana SCRATCH dapat duit untuk pemberian subsidi ni?
kewangan SCRATCH mainly datang dari untung penjualan barang² SCRATCH seperti Tshirt, non-woven bag, rubber bracelet dan lain². selain dari untung jualan, sumbangan derma dari pengunjung secara terus di booth dan juga melalui no akaun Maybank persatuan SCRATCH.
tapi kenapa aku kecewa harini?


aku kecewa sebab ada manusia yang tak faham konsep volunteering. volunteer ni buat kerja tak berbayar, tak berupah. apa yang kami belanja untuk pergi dan balik event semuanya di atas diri kami sendiri. satu sen pun kami tak usik duit SCRATCH. makan minum semua kami tanggung sendiri. penat lelah kami tak siapa pun ambil peduli tapi kami pun tak harapkan apa². dapat jual merchandise dan donation ada yang masuk untuk anak² bulus terbiar kat luar sana pun kami dah happy sangat.

kerja² mengendalikan page & email semua nya dibuat secara sukarela. nak diingatkan jugak, kesemua volunteer kami bekerja sepenuh masa. kerja dengan majikan. bukan kerja suka hati. bukan 24jam akan menghadap PC, bukan 24jam tunggu email masuk untuk direply.
kami manusia biasa. kami pun ada keluarga yang nak diuruskan. ada kucing² yang nak kan belaian. ada anak² untuk diberi makan. ada suami/isteri yang perlu dijaga.
tapi ada orang yang tak faham. bila lambat reply email, perli² kata kami ni tak efficient. kata kami lambat. bila post dekat wall kadang² terlepas pandang, dah mula nak kata admin tak peka. tak ambil peduli. LETIH. bila berdepan dengan manusia² selfish macam ni memang LETIH.
sumpah aku tak tipu.
nasib baik la kawan² yang sama volunteer ni semua nya kuat semangat. jiwa diorang sangat tough. diorang la yang buat aku kuat jugak. aku akan terus buat kerja ni selagi mampu.
toodles..
p/s: ada ke yang berminat nak jadi volunteer SCRATCH?
kalau berminat boleh email ke ktaj.volunteer@gmail.com
kalau ada yang nak apply subsidy pemandulan pulak,
email ke ktaj0311@gmail.com
kalau ada yang nak iklankan kucing untuk adoption atau tengah mencari kucing untuk adoption,\
boleh check-out KTAJ Online Adoption House
kalau yang belum follow SCRATCH main FB,
klik SINI.

Tuesday, April 21, 2015

Elli? Markonah? hah?

Assalamualaikum!
aku jumpa budak ni kat stesen LRT Sungai Besi, sekor² tanggal 10 Januari 2013.
mula² memang niat aku nak bagi makan je, macam yang biasa aku buat kalau aku jumpa kucing² terbiar ni.
tapi hati ni macam berat sangat nak tinggal budak ni kat stesen LRT tu. tak tau kenapa.
masa tu bigboss yang ambil aku kat LRT, aku dengan berat hati tu tinggal jugak budak ni kat situ tapi kejap je la.
kereta da sekerat jalan nak sampai rumah (tak jauh dari LRT), aku mintak bigboss patah balik.
die tengok aku, aku ulang lagi suruh patah balik.
nasib baik bigboss ni kuat melayan aku. IloveU hahaha.
jadi die pon patah balik ke stesen LRT tu dan aku pun angkut la si budak ni balik rumah aku.



ni gambar malam aku bawak balik die tu.
nampak macam berisi kan, tapi sebenarnya kurus. die berisikan anak dalam perut je.
itu antara sebab utama aku nekad bawak die balik jugak.
manja sangat. suka cium muka kalau kite dekatkan muka kite dengan muka die.

aku cerita dekat kawan² SCRATCH aku pasal budak ni, aku risau aku tak mampu nak tanggung kos rawatan & penjagaan die masa tu, jadi aku fikir nak carikan fosterer lain.
jadi salah sorang kawan aku offer nak tolong foster kan.
aku biasa panggil die BangBo je. 
jadi nya 2-3 hari kemudian, si budak ni dah beralih ke tangan BangBo.



ni masa agak baru sampai rumah BangBo rasanya. masa ni die masih okay.
BangBo bagi nama budak ni Elli.
lepas tu ade BangBo nak pegi travel mane tah, die mintak ada sorang hamba Allah ni jagakan sementara die takde, balik je BangBo dari travel ni perangai Elli da lain.
Elli jadi tak manja, agresif.
tak suka di pegang, tak suka di usap. lain nya dari Elli yang aku kutip dulu.
sibuk nak melarikan diri dari rumah.


ni hidung die luka dalam cubaan melarikan diri melalui tingkap.
haih Elli.. Elli..
Tuhan je yang tau kenapa kau tiba² berubah kelaku.
lepas tu, BangBo tukar nama Elli ke Markonah.
kononnya macam kes baby² manusia la, nama berat so anak asyik nangis je kan.
jadi Elli dah bertukar ke Markonah.
ajaibnya, lepas tukar je nama Markonah, die dah makin okay.
kurang sikit meroyan nya tu.


lepas dari tu, si Markonah ni semakin cantik.
nak nama melayu jugak la rasa nya. hahaha

Markonah, MiHo & Jojo (anak Markonah - RIP).




macam kucing kacukan kan? padahal asalnya dari tepi jalan je.


biar gambar² ni  jadi bukti, kucing terbiar pun boleh jadi lagi cantik dari kucing² yang dibeli tapi tak terjaga.


bila dah lawa macam ni, post dekat wall for adoption bukan main berlumba² nak adopt.
tapi nak bagi ke? sorry la. tu hanya nak test market je.
biasa lah manusia kan tamak, nak yang cantik je.
BangBo dah jatuh cinta dengan Markonah dan bercadang nak adopt terus si Markonah ni.
aku tak boleh bayang kan adopter yang lebih baik dari BangBo.
aku tak menyesal sikit pun kutip die dulu tapi aku akan terus senyum sebab Markonah dah happy dengan Apark kesayangannya.

semoga Allah murahkan lagi rezeki BangBo.

p/s>> owh aku ade cakap si Markonah ni pregnant kan masa aku kutip die? nanti aku cerita pasal anak² die pulak bila aku rajin.


~Tabung FurKids~