Assalamualaikum..
Hujung bulan lepas, aku bawak budak dua ekor kat rumah aku ni pi "sunat". "sunat" tu bahasa senang untuk kembiri. tau tak ape tu kembiri? kembiri tu satu proses memandulkan haiwan.
kenapa memandulkan haiwan? tak kesian ke?....... ini soalan biasa yang aku dapat bila orang tau aku memang "sunat" kan kucing² aku.
sebab aku ni sedar diri. aku tak mampu nak jaga kalau kucing banyak² kat rumah aku tu.
nak senang faham, macam ni lah kan. manusia pun merancang dalam melahirkan anak, betul tak?
ada yang merancang dengan pakai kondom la, pil perancang la, ada jugak yang terus ikat peranakan kan? sebab apa? sebab manusia berakal. kita boleh berfikir. boleh guna anugerah Allah bagi tu untuk rancang keluarga, tapi binatang tak berakal. kita lah sebagai khalifah kat muka bumi pinjaman Allah ni yang boleh nak bantu haiwan² ni.
ni hah budak dua ekor yang aku hantar pi sunat.
ni gambar sebelum..
kalau korang perasan, populasi haiwan jalanan dah terlalu banyak kat luar sana tu. dari kita penuhkan rumah dengan anak² kucing yang baru lahir tu, kan ada baiknya kalau kita kutip & tolong kucing² atau anjing² terbiar yang merempat & tak cukup makan kat luar tu.
"alaaa... saya duduk rumah kampung, takde masalah la kucing nak beranak banyak²"
ini benda yang dah biasa dah aku dengar. okay lah, beranak banyak², lebih kurang kucing kat kampung tu dah ada 20 ekor, cuba tanya diri balik.
mampu bagi makanan terbaik tak untuk diorang???
mampu ke nak rawat kalau 20 ekor tu sakit nya berjangkit sesama sendiri???
mampu ke nak bahagi kasih sayang kat yang 20 ekor tu???
mampu ke nak sediakan tempat selamat, tempat selesa untuk diorang tidur????
kalau mampu, Alhamdulillah. tapi kalau tak mampu??? secara tak langsung nya kite dah 'mendera' kebajikan kucing² tu tanpa kita sedar. betul tak?
okay lah, berbalik cerita aku pi "sunat" anak bulus aku yang dua ekor tu. si Momo dengan si Polka.
dua² nya aku rescue masa diorang ni kitten lagi. sekor dari kedai makan, sekor lagi dari bawah rumah dalam longkang. aku memang ada soft spot untuk kitten, bukan sebab diorang comel je tau, tapi sebab anak kucing ni belum cukup mahir lagi dengan keadaan sekeliling. sebab tu banyak anak kucing yang jatuh longkang tak pandai panjat balik la, kena lenyek kereta la, masuk enjin kereta la & macam² la. macam baby manusia jugak la kes nya.
ini video sehari selepas sunat.. tak sampai 24jam lagi ni. kenapa selepas aku upload video? supaya korang nampak "Terseksa" nya kucing aku kena sunat.
hahahaha.. takde lah. diorang dah back to their normal self dah.
macam tak de apa² pun kan?
jangan risau. kucing² ni okay je. kat rumah aku ni ada 11 ekor, alhamdulillah semua dah selamat kena sunat dah. aku ada 4 ekor kucing betina, 7 ekor jantan.
semua sihat walafiat... alhamdulillah..
so ape korang tunggu lagi?
hehe..
adios~~
No comments :
Post a Comment
CommenT Here guys~~