Friday, January 25, 2013

stain on your lips? MUACKS! (─‿‿─)

assalamualaikum...
OMG! OMG!
im super crazy about this one lipstick thing.
people who know me knows that im not really into this make up thingy very much.
but last Wednesday i followed my colleague to the Watson in Pasar Seni..
and i fell in LOVE!

yesss.... im so totally in love with the




weyyy... 
like seriously... who will not fall for the beautiful colors of the lip stain.
the chubby crayon look-a-like.
oh my.. oh my..
and here i present to you....
the beautiful colors from the 
Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain
(drum roll pleaseeeeeeeeee)

♪♪♪ Got me lookin so crazy right now
Your love's got me lookin so crazy right now
(your love)
Got me lookin so crazy right now your touch's
Got me lookin so crazy right now
(your touch)
Got me hoping you page me right now your kiss's
Got me hoping you save me right now
Lookin so crazy your love's got me lookin

Got me lookin so crazy your love ♪♪♪
(over kan? hahaha)
http://www.pearlsandpoodles.com/2012/08/revlon-just-bitten-kissable-balm-stains.html
now do you feel the love that i'm feeling right now?
the colors are super awesome but the best thing about this lip-stain is you don't feel like you're wearing anything on your lips..
 it stays on wayyyy more longer than any regular lipstick!
BRAVO!!
i will be one of the proud owner of this lip-stain TODAY!
yes.. am going to buy it TODAY!!!!!!
cant wait for lunch hour..
please come soon....

Wednesday, January 23, 2013

TSU-NAMI & aku yang didera...

assalamualaikum kawan²..
tahu kah anda maksud asal perkataan tsunami?
dalam bahasa jepun, TSU bermaksud besar dan NAMI bermaksud ombak..
jadinya TSUNAMI ialah ombak besar.
teringat kejadian tsunami yg berlaku dulu..
al Fatihah buat semua yang telah pergi kepada Nya....

hmmm.. kenapa aku cerita pasal tsunami pulak eh tiba²?
sebab rumah aku bagai dilanda tsunami kecil...
walaupun kecil, tapi pengaruhnya besarrrrrr...
pening kepala jadinya..
nak tengok TSUNAMI kat rumah aku?



kenapa aku bagi nama tsunami?
sebab budak ni umpama OMBAK BESAR!
huhuhuhu...
jumpa dekat bawah rumah lama, kecik tapi lincah.
mula² ingat nak biarkan je dulu, nanti ada adoption drive dengan SCRATCH baru nak bawak..
lepas tu ade pakcik rumah bawah tu keluar, tegur jangan bagi die makan kat situ sebab budak tu berak kat tempat letak kasut die.
muka die takyah cakap la, nampak sangat tak suka nya...
lepas tu, orang tu masuk rumah, si budak kecik ni boleh ikut kaki pakcik tu.
aku fikir² balik, kalau orang tu menyampah, die sepak plak budak tu nanti..
issshhh.. terus la aku angkut bawak naik rumah..
kalau da besar, aku memang tinggal je. tapi sebab die kecik lagi. 


mula² sampai.. memang la comel sangat!
semua kucing kat rumah die sembur!
kemain garang.. hehe
lepas tu mula lah tragedi yang tak diduga...
AKU KENA DERA!
waaaaaaa....
budak ni kuat menggigit weh.. kalau gigit manja² tak pe..
ini sesungguh- sungguhnyaa...
tengah syok² duduk tengok TV, tiba² die datang gigit tangan, betis, kaki, lengan...
adooiiiiiii.......
tambah² pulak, masa ni die belum serasi dengan abang² & akak die tu..
memang la aku je yang jadi mangsanyaa.. 
ada satu masa je die tenang...
masa die tengah....... 


TIDO!
masa ni je la nampak die tenang.. 
masa lain macam OMBAK BESAR!
sebab tu la nama die aku letak TSU-NAMI..
tapi panggil NAMI je.


ni dengan kawan baru kat rumah baru..
aku dah tak larat jadi chewing gum die da. kadang² bangun tido je mesti ade bekas cakar baru..
tau² pedih je masa mandi..
memang keje budak ni la..
nanti aku cerita lagi pasal die ye...
tungguuuuu..
(T_T)
wassalam....

Thursday, January 10, 2013

kecik hanya pada nama.....

assalamualaikum...
ternampak gambr kecik masa kitten kat atas tilam bono kid ni.
terpikir nak tengok perbezaan saiz masa bulan julai 2012 dengan bulan januari 2013...

membesar bagai johan!!
hahaha..

wassalam..

Wednesday, January 9, 2013

Say 'NO' to backyard-breeder!! - a tribute for noona.. R.I.P syg..

assalamualaikum kawan²...
topik kali ni bagi aku agak serius la.
'BACKYARD BREEDER',
ada yang sinonim dengan dua gabungan perkataan ni?
'BACKYARD BREEDER' kalau nak diikutkan penterjemahan secara terus & telus adalah
'PEMBIAK BACKYARD'.
"thanks" google translate -_-"

bagi pemahaman aku, backyard breeder adalah manusia yang membiakkan (tidak berlesen) a.k.a. 'kahwin' kan haiwan peliharaan mereka (sama ada kucing, anjing, dll.) bagi mendapatkan baka² yang 'lebih cantik' dan 'lebih menarik' kemudian menjual haiwan² tersebut dengan harga yang tidak masuk akal bagi mendapatkan keuntungan.
contoh : pure persian (hidung penyek) + tabby cat (biasa) = kitten comel harga ribu riban..
pastu jual kat orang harga kucing persian.. duhh?
NONSENSE!
dah la tak berlesen, kau memperdagangkan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. pulak tu..
lepas tu harga melampau².
even kucing² dan anjing² dekat petshop tu kebanyakannya dari backyard breeder.
percaya atau tidak.
so tolong lah..
STOP BUYING, START ADOPTING!
masa nak beli kucing² dekat petshop tu, cuba fikirkan kucing² yang tengah tunggu masa untuk di 'TIDUR' kan dekat pusat² haiwan terbiar seluruh Malaysia ni..


kenapa aku tak sokong sangat beli kucing?
sebab bila ada pembeli, penjual makin tamak la.
kalau dapat kacukan lagi cantik, boleh jual mahal lagi.
ade korang terfikir tak apa jadi pada anak² kucing yang lahir tak seperti apa yang 'backyard breeder' ni nak?
contohnya tak gebu, bulu pendek, nampak macam kucing kampung biasa, nak tau apa jadi kat diorang?
kena buang lah! what do you expect?
kalau diorang sampai hati nak bagi seekor kucing betina tu beranak je sepanjang tahun bagi MENJANA PENDAPATAN diorang, setakat buang anak kucing?
banyak kali sangat dah jumpa anak kucing yang belum putus susu dalam kotak tak ber-ibu.
tolong lah manusia, PAKAI OTAK jangan pakai lutut untuk berfikir!
nak tau apa jadi bila kucing betina yang dijadikan mesin JANA PENDAPATAN diorang tu dah tua, tak boleh beranak atau sakit?
DIBUANG! ye.. dibuang..





ini lah NOONA.. seekor kucing parsi baka asli yang dijumpai merayau kat area bangsar.
semasa dijumpai, 
bulu bergumpal + berat hanya 2.1 kg + cirit birit + badan penuh kutu + buah pinggang bengkak sebelah..
lebih menyedihkan, bahagian sulit noona bengkak jadi vet conclude noona adalah mangsa backyard breeder. disebabkan dia dah tak boleh beranak, jadi dia di buang.
i've met her once, she slept on my lap at a mamak store.
such a calm cat.. manja sangat..



tapi Noona dah takde, she left us on the 29th disember 2012.
buah pinggang noona tak mampu nak bertahan lagi.
R.I.P noona..


you're pain free and happy up there at the rainbow bridge..
more about noona CLICK HERE...

semoga Allah buka hati mereka² yang menganiayai binatang & makhluk² sekalian alam ini..
sesungguhnya kita berkongsi dunia ini bersama makhluk² yang lain.
hormati mereka seperti mana anda mahu anda di hormati.
Allah tu Maha Adil.
what you give, you'll get back..
mungkin bukan di dunia, tapi PASTI di akhirat kelak..
wallahualam...
wassalam...


Tuesday, January 8, 2013

dah sampai masa kecik...

assalamualaikum...
hah.. kecik selesai ape?
hehehe.. untuk pengetahuan semua kecik baru je nak cecah 6 bulan, tp die da miang...
dah mula menggatal.. mengiau-ngiau.. pening kepala amie die ni.. adooiii...
nak tau sape yang die paling berkenan?



hahahaha... ye.. kecik berkenan sangat dengan bobo..
si bobo ni buat muka tak paham. apehal la si kecik ni mengeliat depan die, meroyan semua.. hahaha
gelak tu gelak la jugak, tapi pelik aku. kenapa cepat sangat kecik ni miang. 
kesian tengok die meroyan ke hulu ke hilir ikut bobo. 
tp sabtu lepas aku da pun selesai kembirikan kecik.. alhamdulillah..
dengan bantuan SCRATCH f.k.a KTAJ. thank u so much!!
nak tengok kecik lepas operate?


ni gambar sehari selepas surgery.. kecik je diorang operate.. 
nampak tak nampak je kan? :)
ni pertama kali aku hantar neuter kucing betina, nebes jugak pada mula nya.
tapi alhamdulillah.. semua ok.. lega rasanya. 
kalau ikutkan pesan kawan2, kena kurung kucing betina yang baru lepas kembiri sekurang- kurang nya seminggu..


tapi aku memang tak sampai hati nak letak budak ni dalam cage. nanti sibuk korek- korek nak keluar.
jadi nya aku biarkan je die buat hal die.. harap- harap die ok je.
hari kedua, luka surgery da makin bercantum. die da mula nak menikus. -_-"
haiihh budak ini.. si merlin plak dok ajak die main..


pastu boleh pulak bergomol dua2 ekor ni. sabar je la aku..
kite yang seriau terkoyak balik luka die tu nanti!
kalau aku nampak die main macam ni, memang aku leraikan la. sebab si kecik ni baru sgt kena operate kan. 
risau plak nnt jadi teruk luka nya... yang luar tu xpe lagi, yang dalaman tu yang aku risau.
harapnya baik- baik aje la ye sayang amie ni..


da besar da si kecik yang dulu nya besar tapak tangan je..
naik lrt sama2 amie, dok dalam laci kat meja opis amie.. heee...
kejap je rasa! da setengah tahun kecik dok dengan amie..
da besar ni jangan nakal- nakal lagi ye.. 


tak habis- habis dengan tedi die tu!
ikut ko lah kecik, asal ko sihat & happy...
wassalam... 


Wednesday, January 2, 2013

New Year, New house, New start!

assalamualaikum!
SubhanAllah.. sekejap je dah berlalu setahun kan?
dah masuk 2013 dengan izin-Nya.. 
so apa azam korang tahun ni? 
azam aku sama je tiap2 tahun, 
Untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.. 
mcm boring je kan azam aku?
sebab apa azam aku macam ni? sebab azam tu lebih universal. dalam apa jua bidang yang aku akan ceburi, aku nak jadi lebih baik, kalau list satu2 banyak sangat.. hehe
contohnya, study aku, insyaAllah aku akan cuba dapatkan anugerah dekan, untuk kerja pulak, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjadi lebih baik dan lebih rajin untuk membantu yg lain, untuk kehidupan aku, aku nak cuba menguruskan kewangan aku yang tak pernah terurus ni  (-_-") dan lain2...
ada member aku cakap, buat wishlist barang2 atau target yang kita nak capai, insyaAllah, sekurang kurang nya 3/10 dari wishlist tu akan tercapai.. ini aku akan cuba tahun ni...
tapi next entry baru aku kongsi wishlist aku ok? bagi aku masa fikir dan berangan dulu.. hehehe
errrrr.... aku pindah rumah lagi.. yes! aku tau korang mesti fikir "pindah lagi minah ni"
tp aku tak bermasalah tau! saje nak rasa duduk sendiri. lagipun anak2 dah makin ramai. 
bila menyewa bilik ni, kite kena jugak fikir pasal housemate yang lain ye tak? dah la nakal2 semua nya.. 
sekurang2 nya, bila aku da dok sendiri, anak2 nak tunggang terbalik kan rumah pun, aku je yang nak hadap. bilik pun lebih bersih sebab litter tray boleh letak kat luar, bukan dalam bilik lagi. 
nak solat pun tak was2 dah. :)
ok lah.. walaupun aku da lambat satu hari, tetap jugak nak wish...

avatar aku xnak kalah.. hahaha.. :p
selamat tahun baru.. semoga semua akan ke arah yang lebih baik.. 
semoga maju jaya & sejahtera hendak-Nya.. 
semoga dikurnia kan kesihatan yang baik.... 
semoga dilimpahi rezeki & rahmat dari Nya...
semoga dipermudah kan segala urusan..
amin......
insyaAllah....

Wassalam...

p/s>> sape kucing kiri atas sekali yang nama ebby tu? jeng..jeng..jeng.... entry akan datang ye...

~Tabung FurKids~