Tuesday, November 16, 2010

KUCING "JAGAAN" MPJ YG TERBIAR! HANCUR HATI AKU~ ='(

DICOPY DARI BLOG SI TEDI....  
TERLALU PEDIH HATI AKU BACA ENTRY BLOG SI TEDI KALI INI.. MMG MEREKA BINATANG, TAPI MEREKA JUGA LAYAK DIBERI PERLINDUNGAN SEPERTI KITA MANUSIA! MEREKA JUGA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH S.WT.
KITA SAMA2 MENUMPANG DI BUMI KURNIAAN ALLAH..
MANUSIA... MEREKA XBERDAYA, XBERAKAL SEPERTI KITA! KENAPA KITA, MANUSIA YG DIKURNIAKAN AKAL, DIKATAKAN MAKHLUK PALING SEMPURNA DI MUKA BUMI NI XNAK BERFIKIR??? TOLONGLAH MANUSIA.. AKU MERAYU...
BERBELAS KASIHAN LAH KAMU KEPADA SEMUA MAKHLUK ALLAH DIMUKA BUMI NI.
HATI AKU HANCUR BILE BACA PASAL ENTRY NI.. TEMPAT JAGAAN YANG KITA SANGKA MEMBELA NASIB KUCING2 JALANAN CUMA PENJARA SEKSA BG MEREKA...
SUBHANALLAH.. AKU DAH XMAMPU NAK BERKATA APA.. TERLALU SEDIH..
AIRMATA AKU BELUM BERHENTI MENGALIR DR MULA AKU BACA ENTRY BLOG SI TEDI.. TAH LA.. AKU XTAU MACAM MANA LAGI YANG BOLEH AKU BUAT UNTUK BANTU MANUSIA SUPAYA SEDAR..... 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bukan seperti selalu, semalam aku sudah berniat untuk telefon dulu sebelum datang. Kebetulan ada kerja di PPD Jasin. Bawa terus budak 3 ekor, Dak Kunyit, Dak WardWard dan Dak Onchet (Dak Gam ) ke Pejabat Veterinar Jasin untuk suntikan fungus. Ketiga-tiga tempat ini berdekatan antara satu sama lain. Hanya sekangkang kera. Tinggalkan mereka di PVJ dan aku selesaikan urusan. 

Sebelum itu aku cuba menelefon MPJ seandainya ada pegawai yang bertugas di PJKT itu. Jawapnya 'Pegawai berkursus.' 

Selesai urusan di PPd aku terus ke PJKT. 

Photobucket 

Ini yang aku nampak. Rasa macam tidak percaya. MasyaAllah. Astagfirullah Al Azim. Seluruh badan menggeletar. Mata berkaca. Mereka tidak perlu di PTS jika begini caranya mereka di jaga. Mereka akan tidur sendiri. 

Yang hitam itu sudah berbau. Di hurung lalat yang banyak. Sudah berulat. Mungkin mati sehari sebelum . Yang putih badannya itu masih elok. Mungkin baru mati. Yang hujung sekali juga sama seperti yang hitam. Kenapa mereka mati? Penyakit? Kebulur? Jika mereka di luar saat ini, merayap di pasar-pasar basah, adakah mereka akan mati atau sedang sihat walafiat? 

Photobucket 

Photobucket 

Lalat begitu banyak menghurung. Rakan-rakan yang lain juga terganggu dengan lalat dan bau. 

Photobucket 

Photobucket 

Kucing-kucing yang lain mengiaw tanpa henti. Saling bersahutan. Mereka lapar mungkin. Bekas makanan ada makanan yang tinggal sedikit tetapi sudah tidak bergerak keluar dari bekas. Sudah 'stuck'. Air sudah kering. 

Apa yang terdaya aku buat? Jaring itu terlalu halus untuk aku masukkan makanan walaupun aku membawa satu balang 'blackwood' dan air mineral. 

Photobucket 

Kucing sebelah kanan sudah mati. Sebelah kiri bahagian belakang tidak bergerak walau masih bernafas perlahan. 

Photobucket 

Dua ekor anak kucing bersama ibu. Lemah. Tiada ngiuan. 

Photobucket 

Ini kucing kegemaran aku bila tiap kali datang. Dia terlalu aktif. Sila lihat di sini. Dia sangat cantik. Hari ini dia sudah tidak bergerak. Tidak memberi apa-apa reaksi walau aku cuit telinga dan kepala dia berkali-kali. Angkat kepala pun tidak. Tinggal nafas. Ya Allah. Azabnya dia. 

Hati jadi tidak tertahan. Geram! Amarah yang membuak. Aku telefon semula ke MPJ. Bercakap dengan Encik Azuan, Ezwan? Apa-apa sajalah. 

Memang agak kasar bahasa aku mulanya sampai aku menyebut 'Macam mana Encik kerja?' Aku sudah tidak boleh bercakap kerana terlalu sebak. 'Encik datang sekarang, saya tunggu!!' 

Aku tunggu. Seminit... 5 minit... 10 minit.. 15 minit.. 25 minit.. 30 minit! Okey! Kau tidak datang! Pejabat MPJ juga hanya sekangkang kera. Tidak sampai 3 minit kau boleh sampai. Kau main-mainkan aku. Dan jangan ingat aku juga main-main. Aku serius sekarang. Amat serius! 

Photobucket 

Aku terus memecut kereta ke Pejabat MPJ. Bertanya di kaunter dan di tunjukkan arah. Jauh nun di belakang pejabatnya. Atas bukit. Aku di bawa oleh seorang kakitangan wanita. 

'En Azwan? Saya yang telefon tadi. Maaf jika tadi bahasa saya agak kasar. Saya tidak mewakili mana-mana pertubuhan. Saya datang secara individu. Macam mana 3 ekor kucing sudah jadi bangkai? Mungkin 2-3 ekor lagi selepas ini?" 

Dia balik-balik cakap pegawai yang jaga itu berkursus. Tiada kunci pendua. 

'Mahu simpan bangkai kucing sampai bila? Sampai pegawai yang berkursus balik? Makanan pun tiada. Minuman sudah kering. Itu adalah pusat jagaan encik. MPJ yang beri nama pusat jagaan. Tapi kucing tidak terjaga. Kotor. Ini bukan kali pertama saya pergi. Sudah lebih 10 kali. Satu kali pun tidak jumpa dengan pegawai yang bertugas di sana. Kalau begini caranya menjaga, tidak perlu pusat jagaan. Lepaskan mereka di pasar atau gerai makan. Walau mereka merempat mereka tidak terseksa.' 

Saat ini aku sudah jadi terlalu sebak. Airmata sudah menitis. Tiada siapa di pejabatnya kecuali seorang kakitangan wanita. Aku ingin lebih banyak bercakap. Tapi tidak terkeluar kata-kata. Sebak buat aku tidak dapat mengungkap banyak. 

'Sekarang, apa yang encik boleh lakukan.' 

Dia ulang semula ayat 'Itulah pegawai berkursus, tiada kunci. Hanya dia yang tahu semua!" 

'Dia tetap bawah MPJkan? Ketua Jabatan dia tetap MPJ. Kenapa tiada perancangan jangka panjang. Kalau dia tiada, orang lain boleh ganti. Kenapa tiada kunci pendua? Kalau tiba-tiba ada berlaku kecemasan di sana, macam mana? Pandang sahaja?' 

Mungkin dia agak hairan melihat wanita gila ini yang menyerangnya bertubi-tubi dan dia menjawab tanpa konsisten. 'AaAaa...' Itu yang kedengaran dalam tiap awalan ayatnya. 

'Ini satu penganiayaan encik. Encik jawaplah nanti. Saya minta maaf kalau bahasa saya kasar tapi saya harap encik faham apa yang saya cuba sampaikan. Tidak guna ada pusat jagaan kalau sekadar membiar kucing-kucing mati begitu saja' 

Aku keluar dari pejabatnya dengan airmata yang tidak putus-putus. Perlukah aku ke PJKT lagi? Tidak! Aku terus ke PVJ, mengambil budak 3 ekor itu dan terus pulang. Aku tidak boleh berpatah ke PJKT itu kerana aku rasa amat bersalah. Aku tidak dapat selamatkan mereka. Tidak dapat membawa bangkai-bangkai itu keluar dan tanam segera. Aku tidak dapat membantu kucing kegemaran aku yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Tidak dapat membantu. Tidak dapat. 

Semuanya kerana 'Pegawai kami berkursus dan tiada kunci pendua!!' 

What The Fish MPJ? What the what? Kalau pusat jagaan itu terbakar, kau tengok sajalah puluhan kucing itu mati hangus dan rentung. Kenapa? 

SEBAB TIADA KUNCI PENDUA!! 

Nota kakitanganku : Saya hanya bertindak seorang diri. Tiada panduan. Saya terpaksa memberanikan diri demi nyawa-nyawa mereka yang di anggap tidak berharga!! Terima kasih Allah, beri saya kekuatan dan keberanian!! 

2 comments :

  1. tak tahu nak ckp apa lg, hati terlalu sakit melihat si comel yg teraniya ni :(

    ReplyDelete
  2. sy menangis dekt opis td.. dah xhairan ape org nak kata... kesian.. hancuur luluh hati sy

    ReplyDelete

CommenT Here guys~~

~Tabung FurKids~