Tuesday, November 17, 2015

Pengalaman bersalin anak sulung 1 (HUKM)

Assalamualaikum kawan²..
tajuk post sangat lah standard.. haha,. tapi tu lah tujuannya puyn post ni.
saja nak share, sebab aku sendiri pun jenis google, baca blog post orang kalau ada benda musykil or tak pasti. tapi jangan 100% percaya pulak, kena pandai² la kan..
anyway, aku dah pun selamat melahirkan anak sulung aku 29hb Julai yang lepas. serius rasa macam tak percaya je aku dah ber'anak'.

anyway, back to the main story lah. 

aku kena refer ke HUKM dari klinik kesihatan sebab anak aku songsang a.k.a Breech. die tak nak pusing weh, dah tungging terbalik mummy die exercise, sujud nak galakkan die pusing tapi die buat dek je dalam perut. anak oh anak...

so 13hb Julai aku pun melenggang la ke HUKM dengan sang suami..

scan baby tengok kedudukan die masih breech atau dah betul kan, tapi baby aku tetap pendirian. haha die masih breech.

lepas scan semua, pegi jumpa doktor pulak. untuk ibu² yang mengandung anak breech, doktor akan bagi 3 cadangan untuk melahirkan anak serta risiko² nya.
1. Normal 
* tak digalakkan bagi ibu melahirkan anak pertama.
* takut ibu tak larat meneran lepas tu end up kena emergency cesarean.
2. Operation / Cesarean Section
* kena jarakkan kehamilan sekurang² nya 2-3 tahun untuk elak complications.
* risiko pendarahan semasa operation.
* perut kena belah (nangis)
3. External Cephalic Version (ECV)
(cubaan memusingkan bayi melalui teknik urutan dari atas perut ibu. 
jika berjaya, bayi akan berpusing dan ibu boleh melahirkan secara normal)
* risiko degupan jantung bayi naik mendadak.
* risiko bayi terbelit tali pusat
* jika jantung bayi tak stabil akan terus emergency cesarean.
* peratusan untuk berjaya hanya 25%

Doktor mintak aku pilih antara tiga pilihan kat atas ni, aku blur, 
ye la, aku ni tak pernah melahirkan lagi kan, jadi aku betul² tak tau mana yang okay.
aku mintak pandangan dari doktor tu balik. kalau dari segi perubatan mana yang terbaik.
doktor tu cadang kan aku buat ECV dulu. sekurang² nya kita ikhtiar dulu bukan terus ambil jalan mudah katanya.
so aku pun ikut saranan doktor tu.
betul jugak, mana lah tau masa buat ECV tu baby ikut pusing ke kan.
so doktor bagi tarikh untuk masuk wad buat ECV,

kenapa kena masuk wad? nak buat ECV je. 
sebab aku kena ready just in case kena emergency cesar. 
haaa.... pasal ni nanti aku sambung lagi eh. 
toodles~~

~Tabung FurKids~