Monday, July 6, 2015

10 hari lagi puasa!

Assalamualaikum.. 
Subhanallah.. kejap je kan.. dah hari ke-19 dah kite puasa. tinggal lagi 10 hari je lagi nak puasa (kalau raya jatuh 16hb la).. alhamdulillah.. selama Ramadhan ni aku baru ponteng sehari je puasa. itu pun sebab memang dah tak tahan, dahaga sangat lepas tu baby kurang gerak sangat. tu yang amek keputusan buka tu. harap² dapat teruskan sampai habis puasa ni. tak nak ponteng dah.
bila makin dekat nak raya, makna nya EDD aku pun dah dekat.. EDD aku 6 Ogos 2015, dalam 2-3 minggu lepas raya tapi tak tau la kan kalau baby nak keluar sebelum tarikhnya. harap² baby keluar on time la. bukan sebab apa, en.Suami kan susah cuti, aku nak bersalin kat Kedah. so takde la baby new born dengan aku travel jauh sangat nak balik ke kampung. die nak apply cuti balik ke Kedah pun tah berapa hari yang die dapat.
hari ni aku dah 35 minggu 4 hari dah. aku ada pergi scan dekat klinik swasta, hmm.. doktor kata baby breech a.k.a songsang. aku ada google jugak pasal breech ni.

ni ada gambar ikhtiar² yang boleh dibuat untuk galakkan baby yang breech untuk pusing.

 1. duduk dalam posisi bersujud. lagi tinggi lagi bagus la kot. tapi kalau agak² pening, rehat sekejap, lepas tu sambung lagi.

 2. tinggikan kaki & belakang, letak bantal macam dalam gambar. sama jugak macam yang pertama.
kalau pening, rehat sekejap, lepas tu sambung lagi.

 3. boleh cuba letak ais dekat area kepala baby dengan harapan baby rasa sejuk dekat kepala, so die akan pusing la kepala nya ke bawah. selain ais, muzik, alunan al-Quran dan cahaya (torch light) pun boleh tarik perhatian baby untuk pusing tau.

4. ni cara terakhir, External Cephalic Version (ECV).
cara ni hanya boleh dilakukan oleh doktor terlatih saja tau. jangan cuba buat dekat rumah pulak.
kenapa aku kata ni cara terakhir, sebab selalu nya kalau kita setuju untuk prosedur ni, doktor akan bagitau kalau baby tak pusing jugak lepas prosedur ni dah di jalankan, ibu kena C-section terus hariyang sama atau keesokannya sebab taknak risiko kan baby.

 dari google tu jugak, aku dapat tau ramai jugak ibu² yang baby pusing lambat. ada yang pusing masa 37 minggu, yang 36 minggu, yang 38 minggu pun ada.. so sekarang ni aku banyak doa dan tengah pujuk baby dalam perut ni pusing elok². supaya senang baby nak keluar.. mudah mummy nak bersalin nanti.
nervous? giler ke tak nervous. first baby.. aku takut sebenarnya, tapi sebab tak sabar nak tengok zuriat sendiri dengan sang suami tercinta kan. 
nervous + excited
semua ada. 
dalam kepala otak ni dok terfikir macam mana rasa contraction.. macam mana rasa braxton hicks..
macam mana rasa nak terberanak sangat² dah.. haisyh... aku google, baca pengalaman bersalin blogger² yang ada kan, tapi masih tak dapat bayangkan jugak. haha..
bak kata opismet aku, aku ni minah google.
apa² benda yang aku musykil atau nak tau memang aku google je. tapi bukan la semua nya aku percaya kat google tu. tengok sumber dulu la kan.
payah jugak kalau jenis kaki google, lepas tu semua percayaaaaaaa je.. itu bahaya okeh!
okay lah.. ni je for now. nanti aku sembang² lagi..
Selamat berpuasa & bersiap sedia untuk raya...

p/s: saya tak beli baju raya pun tahun ni.,...

~Tabung FurKids~