Thursday, May 21, 2015

Set Bersalin mana pilihan korang?

Assalamualaikum...
 kali ni aku nak minta pendapat korang pulak. aku kan tengah bersiap² barang nak sambut orang baru kan.. barang baby aku beli dah agak banyak jugak la. sampai lupa diri, mujur husband aku tanya haritu. "ni dok beli barang baby, barang awak dah ada yg beli ke belum?"
 baru sedar diri weh. barang aku untuk masa pantang nanti satu hape pon aku tak beli lagi. haha. sebenarnya aku pun macam un-aware apa barang yang ibu bersalin kena ada. yang aku tau set bersalin mesti kena ada. itu benda wajib kan.
 aku ada la survey², tengok review kat blog² semua. tapi kebanyakkan nya macam review berbayar, review produk yang diorang jual. tapi tak pe la. aku share jugak dengan korang produk mana yang aku dapat tengok & survey...
set bersalin yang paling banyak aku tengok blogger review ialah

Set Bersalin Nona Roguy (NR).

  (harga runcit: RM365)

apa yang ada dalam set bersalin NR ni?
1. PhytoNatal (90 biji)
2. Krim Herbanika Barut (60g)
3. Herbanika Lulur (100g)
4. Minyak Herbanika (100ml)
5. Uncang Cuci Herbanika (10 T-bag)
6. Akar Herbanika (10 T-bag)

mama aku memang pengamal jamu nona roguy dari muda lagi. aku boleh ingat lagi uncang2 jamu die kalau dibancuh, fuhhh... bau satu rumah.. macam mana la mama boleh telan.. haha.. sebab dulu kan mana ada pil² jamu Nona Roguy ni. semua serbuk kena bancuh dengan air pastu minum. memang jenuh ler....

Set Bersalin TanaMera.

 (harga runcit: RM335)

dalam set bersalin TanaMera ni ada...
1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml)
2. Herbal Massage Oil (100ml)
3. Firming Herbal Blend Paste (14 sachets x 15g)
4. Calming Herbal Paste (4 sachets x 20g)
5. Herbal Tea (14 sachets x 2g)
6. Abdominal Body Wrap (Bengkung)
 7. Boreh Body Scrub (4 sachets x 20g)
8. Brown Formulation Body Soap (125g)
9. Herbal Bath (14 sachets x 10g)
10. Feminine Herbal Wash (14 sachets x 10g)
 macam banyak kan barang ni dari barang set nona roguy. macam menarik jugak...

tapi ada lagi satu set bersalin yang tarik perhatian aku. masa aku pegi Mom & Baby Expo kat Mid Valley haritu, ada salesperson bagi pamphlet set bersalin Spa & Ma. so here we go...

 Set bersalin Spa & Ma.
(harga runcit: RM299)

1. Jamu Ratu Dara (60 kapsul)
2. Shape Up Lotion (150 ml)
3. Pilis Herba (50 gm)
4. Bengkung Ratu (1 Helai)
5. Gamat Emulsion (245 ml)
6. Herba Mandian Spa (5 gm x 10 Uncang)
7. Feminine Cleanser (100 ml)
8. Lulur Frangipani (250 gm)
9. Extra Virgin Coconut Oil (130 ml)
10. Tungku Herba (200 gm)
11. Minyak Seri Herba (50 ml)

 haaaa.... macam menarik jugak kan... plus murah lagi dari set famous dua kat atas tu. hehe. baca review dari blogger pun macam okay. hmmmm..... korang ada ke set bersalin yang memang korang prefer atau suka? share la. aku dah pening ni. hahaha
~~toodles~~

Monday, May 18, 2015

Volunteer & sukarela. Apa tu?

Assalamualaikum...
selamat pagi Isnin..
nak meluah rasa kecewa pulak pagi ni. bukan sebab apa, sebab manusia² yang tak pernah cuba nak faham maksud sebenar SUKARELA.
Aku pernah cerita, aku join volunteering dengan NGO yang dipanggil SCRATCH f.k.a. Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. mungkin ada yang familiar dengan nama ni & mungkin jugak ada yang tak pernah tahu pun pasal SCRATCH ni.


SCRATCH ni satu pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan ROS  a.k.a Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kami bantu kucing² dan anjing² terbiar. Membantu dari segi apa?
memandangkan SCRATCH tak ada pusat perlindungan atau shelter, ramai yang keliru apa fungsi kami dalam dunia haiwan jalanan ni.
SCRATCH menawarkan subsidi perubatan & subsidi pemandulan bagi kucing² dan anjing² jalanan.
tujuan subsidi perubatan diberikan adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan bagi rescuer²  kucing dan anjing terbiar di sekitar Malaysia. manakala tujuan subsidi pemandulan pula adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan di luar sana, ini secara langsung dapat mengurang kan kejadian yang tidak diingini seperti penderaan dan penganiayaan haiwan.
Mana SCRATCH dapat duit untuk pemberian subsidi ni?
kewangan SCRATCH mainly datang dari untung penjualan barang² SCRATCH seperti Tshirt, non-woven bag, rubber bracelet dan lain². selain dari untung jualan, sumbangan derma dari pengunjung secara terus di booth dan juga melalui no akaun Maybank persatuan SCRATCH.
tapi kenapa aku kecewa harini?


aku kecewa sebab ada manusia yang tak faham konsep volunteering. volunteer ni buat kerja tak berbayar, tak berupah. apa yang kami belanja untuk pergi dan balik event semuanya di atas diri kami sendiri. satu sen pun kami tak usik duit SCRATCH. makan minum semua kami tanggung sendiri. penat lelah kami tak siapa pun ambil peduli tapi kami pun tak harapkan apa². dapat jual merchandise dan donation ada yang masuk untuk anak² bulus terbiar kat luar sana pun kami dah happy sangat.

kerja² mengendalikan page & email semua nya dibuat secara sukarela. nak diingatkan jugak, kesemua volunteer kami bekerja sepenuh masa. kerja dengan majikan. bukan kerja suka hati. bukan 24jam akan menghadap PC, bukan 24jam tunggu email masuk untuk direply.
kami manusia biasa. kami pun ada keluarga yang nak diuruskan. ada kucing² yang nak kan belaian. ada anak² untuk diberi makan. ada suami/isteri yang perlu dijaga.
tapi ada orang yang tak faham. bila lambat reply email, perli² kata kami ni tak efficient. kata kami lambat. bila post dekat wall kadang² terlepas pandang, dah mula nak kata admin tak peka. tak ambil peduli. LETIH. bila berdepan dengan manusia² selfish macam ni memang LETIH.
sumpah aku tak tipu.
nasib baik la kawan² yang sama volunteer ni semua nya kuat semangat. jiwa diorang sangat tough. diorang la yang buat aku kuat jugak. aku akan terus buat kerja ni selagi mampu.
toodles..
p/s: ada ke yang berminat nak jadi volunteer SCRATCH?
kalau berminat boleh email ke ktaj.volunteer@gmail.com
kalau ada yang nak apply subsidy pemandulan pulak,
email ke ktaj0311@gmail.com
kalau ada yang nak iklankan kucing untuk adoption atau tengah mencari kucing untuk adoption,\
boleh check-out KTAJ Online Adoption House
kalau yang belum follow SCRATCH main FB,
klik SINI.

Monday, May 11, 2015

Happy Mom's day! ada masalah ke??

Assalamualaikum & Hola~
terasa nak membebel pulak pagi² isnin ni. pasal ape? pasal Mother's day la...
kan Mother's day semalam. so ramai la kawan² kat Facebook dok post gambaq mak la, ibu la, mummy la, umi la, mama la kan... aku pun tumpang happy la. seronok tengok gambaq² yang depa share tu. pastu ada pulak tiba² terselit satu post ni kat timeline aku. ayat nya lebih kurang....

"hari² pun hari ibu, takkan nak tunggu hari ni baru nak appreciate ibu"


seriously???.....


LAME okay! LAME!!

suka hati diorang la nak wish bila pun. well, tak semua orang yang SWEET macam kau!
hari² pun kau wish selamat hari ibu, hari² pun kau bawak ibu kau keluar candlelight dinner, hari² pun ko bagitau mak kau yang kau sayang dia. KANNNN???... ya right~~~
bukan semua orang jenis tunjuk sayang & perhatian kat orang yang diorang sayang hari² MACAM KAU kan.
so bila ada tarikh yang dikhaskan untuk buat semua ibu kat dunia ni rasa SPECIAL dari hari biasa, biar lah diorang nak sambut. asalkan akidah & cara sambutan nya tak tersasar la dari landasan sebenar.
Allah... ada pulak yang kata sambutan hari ibu ni sambutan untuk Mother Theresa ke Mother Mariam la ape bagai. kalau lah originally memang untuk Mother Theresa or Mother Mariam sekali pun, yang ko sambut & wish selamat hari ibu tu Mother Theresa/ Mother Mariam ke atau pun mak kau? so kalau kau wish mak kau, maknanya mak kau tu Mother Theresa/ Mother Mariam? macam tu ke? kalau kau rasa iman kau tak kuat, akidah kau akan terpesong hanya dengan wish selamat hari ibu & buat special things untuk mak kau,
kau JANGAN LA WISH, JANGAN BUAT APA².
DIAM!


tak payah nak condemn orang sangat. Islam tu indah. jangan serabutkan otak kau.
aku pun masih belajar, tapi benda macam ni basic sangat.
melayu terlalu banyak sangat pantang larang nya. kadang² tak masuk dek akal. kadang² terlajak jauh dari landasan, tapi kau tak sibuk pulak nak condemn & komen pasal tu kan?

lastly....
Selamat hari ibu, mama. you know i love you to the moon and back.
orang tau mama kuat, you definitely can fight all the tumors.
sorry sebab jauh dari mama. how i wish i could be there every single second for you.


love you ma. i will always do.

Good bye for now~

Wednesday, May 6, 2015

pengalaman cabut gigi kekal 1st di klinik gigi kerajaan

Assalamualaikum... 
Like i promise lah kan.. Aku ada cakap kat last post yang aku nak share pasal aku punya visit ke Klinik gigi kerajaan.
Okay. Appointment aku pukul 10 pagi, jadi aku sampai klinik dalam pukul 9.40 mcm tu. Letak kad appointment kat dalam bekas kat meja pendaftaran dan tunggu diorang panggil. Memandangkan ni first time aku buat rawatan kat sini, ada la benda yang aku nak kena isi kan. 
Dalam 10-15 minit lepas aku setel hal pendaftaran, nama aku kena panggil. Not bad. Tak lama sangat. Berdebar debar weh jalan ikut nurse yang panggil aku tu. Dah masuk bilik rawatan, macam biasa la, bukak sandal duduk atas kerusi rawatan dan rawatan pun bermula. 


Ada dua gigi aku nak kena tampal dan dua nak kena cabut. Bab tampal aku macam okay lagi la kan, maybe ngilu sikit² la tapi bab nak cabut tu yang aku tak tahan. Macam aku cakap hari tu, aku macam trauma dengan dentist sebab injection sebelum cabut gigi tu la. 
Seriously, doktor gigi ni buat kerja cepat giler. Doktor ni tampal dua gigi aku secara teliti dalam masa kurang 20 minit kot. *clap clap. Kagum aku. Lepas tu die tanya aku nak cabut gigi hari ni jugak atau nanti, aku cakap, sekali jalan je la doktor. Bukan sebab apa, aku takut aku dah takde kudrat nak menapak ke klinik gigi lagi. Macam² alasan aku buat nanti. Hahahahahahhaa.
Terus la doktor suruh nurse siap kan syringe, aku dengar 2 suntikan. Nak pengsan dah masa tu. Aku punya cuak, aku da membebel bebel kat doktor cakap aku takut la, ape la semua. Doktor tu siap boleh cakap kat aku, sakit injection ni tak sesakit nak bersalin tau. Adoi.. Memang la doktor oiii. Kemudian sampai la nurse bawak jarum suntikan dua ketul. Aku da gugup, gigil. Adohai.. Doktor suruh aku relax dan die masukkan jarum dalam mulut....... Nyettt... Rasa macam kena gigit semut tapi kat gusi la. Hehe. Fuhhh lega weh masa tu. Aku dah macam "yeay! I survived!" drama sangat. Haha. Aku lupa, ada lagi satu jarum belum dicucuk.. Kali ni kat tepi gusi, nyett sekali lagi.. Phewww... Serius weh, aku lega gila. Injection ni xsakit mana pun!


Siap boleh berlagak lagi cakap kat doktor, ok, tak sakit. Haha.. Doktor gelakkan je aku ni. Macam mana nak jadi mak budak ni. Aku rasa dah hilang sikit kot aku punya trauma nak cabut gigi. Tak tau nak cakap macam mana tapi aku happy sangat. Hahaha.. Tak pernah orang nak cabut gigi happy macam aku kot.
lepas kena cucuk tu, doktor suruh aku keluar dulu sebab nak bagi betul² kebas gusi & mulut aku baru cabut gigi nya. sementara tu doktor tu panggil next patient & buat rawatan kat dia dulu. aku pun melepak la kat kerusi luar bilik rawatan tu. segala takut, cuak, trauma aku da tak de. aku boleh sengih² sambil menaip entry ni. (tapi baru nak post harini).


ni gambar aku nak menyengih (senyum), tapi senyum senget sebab sebelah mulut dah kebas. haha. 
boleh tahan lama jugak la aku tunggu doktor rawat patient die yang masuk lepas aku tu, dekat sejam tapi sebab aku ni dah happy kena cucuk gusi tak sakit macam yang aku expect, aku masih boleh bersabar la. haha. 
Doktor keluar dari bilik rawatan pertama & ajak aku ke bilik rawatan sebelah. berkali² die mintak maaf sebab buat aku lama menunggu, tapi macam aku cakap tadi. aku takde rasa nak marah pun sebab happy. hahaha.. gilo. doktor tu cakap, mesin gerudi gigi kat bilik tu dah lama sangat, masa die pakai dekat aku okay je. datang patient lepas tu macam enjin kereta lama jadinya. sangkut². lepas tu slow je. die pun penat, nak kena duduk menghadap mulut patient lama sangat. padahal prosedur nya kejap je. 
dah masuk bilik rawatan lagi satu, aku pun dah ready atas kerusi rawatan nak cabut gigi. agak ngilu jugak la masa doktor korek² gigi aku yang nak cabut tu. rasa la tekanan sikit kat rahang tapi memang tak sakit. jangan risau. dalam 10-15 minit macam tu doktor dah berjaya cabut gigi aku. Alhamdulillah...
setiap gigi yang dicabut, memang doktor akan bagi mc, so aku dapat mc untuk 29 April 2015. terus la aku balik rumah. dah balik rumah baru terfikir, berapa lama ubat kebas ni tahan? macam mana kalau dah tak kebas nanti? sakit berdenyut² ke? sebab orang kata sakit gigi ni sakit ke-3 selepas sakit nak mati & sakit nak beranak. risau jugak la. tapi syukur, gusi aku berdenyut sikit² je. aku siap boleh makan roti dengan sambal telur lagi tenghari tu. sempoi kan? hahaha.. owh.. doktor takde bagi ubat tahan sakit pun dekat aku. ye la sebab ibu mengandung kan. seeloknya tak payah makan ubat apa² pun. tak elok untuk baby dalam perut ni.
so takat ni je la aku cerita pengalaman cabut gigi kekal aku yang pertama. doktor cakap good dekat aku sebab takde jerit² atau nanges². hahaha..
adios!
till next post~

~Tabung FurKids~