assalamualaikum kawan2..
:)
semoga semua nya sihat & bahagia di samping keluarga & meow2 masing2.,
entry kali ni aku rase macam nak share ape aku rasa...
hari2 aku buka dashboard blog ni.. semata2 untuk tengok update dari kawan2 yang same2 gilakan kucing macam aku...
setiap kali ada entry baru, aku boleh stop buat kerja & baca dulu entry diorg..
tah la.. rase mcm setiap entry tu punya ilmu yang banyak sgt.. even sgt simple..
semakin hari, aku rasa macam semakin rapat dengan kwn2 pencinta kucing..
even kitorg xpenah jumpa, tapi disebab kan minat yang sama, banyak perkara yang kami boleh sembangkan..
seronok sgt..
sejak aku kerja di KL ni, pengetahuan tentang kucing dah semakin bertambah..
aku dah faham kenapa 'PEMANDULAN BINATANG PELIHARAAN ITU HARUS'..
juga yang paling ketara aku dapat rasa ialah mentaliti aku terhadap anjing totally berubah...
dulu, aku akan lari kalau nampak anjing lalu kat sebelah aku..
but now, aku dah xlari lagi.. aku dah xtakut..
sebab aku tahu, xkan ada binatang yang akan carik pasal dengan kita kalau kita xkacau die..
xmacam manusia, punya akal untuk berfikir, tp xgunakan akal yg diberi dengan baik..
aku dah boleh kongsi sidewalk jalan dengan anjing..
aku dah xelak lagi kalau bertembung dengan diorg..
syukur sgt Allah bg aku rasa semua ni..
sumpah, terasa nikmatnya bila perasaan takot pada anjing 2 sudah berkurang..
tp belum lagi sampai tahap untuk memegang anjing.. cuma berani untuk tinggalkan sedikit kibbles untuk mereka jamah kalau terlalu lapar...
masih perlu ambil kira sensitiviti masyarakat & masih perlu belajar dengan lebih lanjut tentang ni...
aku baca blog kawan2 aku.. aku terharu..
menitis airmata aku sebab rasa syukur sgt Ya Allah.. dipertemukan dengan mereka2 ini..
manusia2 yang masih punya perasaan belas pada haiwan xbermaya..
terutama yang sakit & memerlukan pertolongan kita manusia..
sekaligus menyedarkan aku, yang aku juga mampu membantu walaupun sedikit.
kita semua mampu membantu jika kita mahu.
sedih juga rasa bila ada memperlekehkan & memandang rendah niat murni kawan2 aku membantu kucing2 yg xbermaya tu..
semoga Allah sedarkan dia yang dia juga menumpang di muka bumi ni sepertimana binatang yang xbermaya itu..
ingat! keikhlasan kita bukan mereka yang tentukan.. Allah itu Maha Kuasa.. kita hanya mengharapkan bekalan untuk ke SANA nnt.. insyaAllah..
maaflah kalau entry kali ni terlalu panjang & serabut untuk dibaca..
aku xmengarang.. aku cuma luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni..
=)
salam~